Iman Nadhirah memakai baju kemeja labuh bercorak petak-petak berwarna merah bersama seluar jenama Voir Jeans berwarna biru. Tudungnya, tudung shawl kosong berwarna peach.
Beg sandang belakang kecil berwarna sama nada dengan tudung dicapai. Tali beg itu disangkutkan pada kedua-dua bahu.
"Haii, adik, pakai cantik-cantik ni nak pergi mana? Jumpa pakwe ehh?" Usik Iman Nadzir muncul entah dari mana.
Iman Nadhirah menjeling abangnya. "Mana ada. Adik pergi keluar dengan Intan je. Dia nak jumpa someone yang tak perlulah abang tau, ya?"
Iman Nadzir mencebik seolah-olah berkata 'ceh, gaya macam nak bagitahu tadi'.
Iman Nadhirah hanya sengih. "Dahlah, abang ku sayang. Adikmu ini sudah lambat. Bisa permisi dulu ya?" Ujarnya dalam Bahasa Indon. Tunggang langgang minah ni cakap bahasa itu.
Iman Nadzir hanya menggeleng kecil.
_____
Intan dan Iman Nadhirah berjumpa di pintu masuk Sunway Piramid.
"Intan, kau tau ke siapa Taufik tu?"
Intan menggeleng. Dia sedari tadi asyik tersenyum. Mungkin disebabkan rasa teruja mahu bertemu dengan pengirim surat itu.
Iman Nadhirah menggaru kepala. Tak tau, tapi excited. "Kau biar betul? Kau tak takut ke kalau Taufik ada niat tak baik ke apa? Lelaki yang crush kau haritu mana pergi?"
Intan memandang Iman Nadhirah. Dia berkata tidak puas hati, "Kau ni saja kan nak takut-takutkan aku? Entahlah, aku tak rasa pun dia orang yang jahat. Lagipun, kalau dia jahat pun, kau kan ada blackbelt taekwando. Kau lindungilah aku."
Iman nadhirah mengangguk seraya berkata, "Ha yelah blackbelt. Aku bagi ni, nak?" Penumbuk ditunjukkan betul-betul di hadapan Intan. Hampir juling Intan melihat. Tak pasal-pasal karang ada gelaran Intan Juling pulak.
"Assalamualaikum."
Dengar sahaja orang memberi salam, laju sahaja tangan Iman Nadhirah dijatuhkan. Serentak dia dan Intan menoleh.
Intan membuntangkan matanya. Oh my Allah! Mamat ni?!
Iman Nadhirah pula memfokuskan pandangan pada seorang lagi. Dia membuat isyarat bertanya, 'kau buat apa kat sini?'
Zafriel Adrian yang menemani Taufik berdeham. "Kot ya pun terkejut, jawablah salam. Menjawab salam itu wajib."
Iman Nadhirah dan Intan menjawab salam hampir serentak. Iman Nadhirah menjeling wajah ketua pengawas sekolahnya itu. Nak berceramah pula kat sini!
Intan dan Taufik mula berbual-bual. Pada awalnya memang agak janggal namun lama-lama nanti okeylah.
Zafriel Adrian menarik hujung lengan baju kemeja Iman Nadhirah yang mahu berjalan mengekori Intan dan Taufik yang sudah melangkah masuk ke dalam Sunway Piramid.
Iman Nadhirah merengus, "Ish, apa ni?"
"Intan dah tau ke?" Soal lelaki itu.
Iman Nadhirah menggeleng. "Taufik?"
Giliran Zafriel Adrian pula yang menggeleng. "Tak perlu beritahu mereka. Biar mereka tahu sendiri."
Iman Nadhirah hanya mengangguk. Kemudian, Zafriel Adrian berjalan masuk ke Sunway Piramid diikuti Iman Nadhirah.
Tetapi, Zafriel Adrian berhenti. Dia menggaru kepala. Mana mereka? Tadi rasanya ada je kat sini.
Iman Nadhirah turut berhenti. Keningnya berkerut. "Kenapa kau ni? Jalan je lah!"
Zafriel Adrian memandang gadis itu. Dia merengus. Minah ni kan , tak pernah buat hidup aku tak aman. "Masalahnya sekarang, kawan kau tu dah menghilang dengan Taufik."
Iman Nadhirah membuntangkan matanya. "Biar betul? Kau ni, mereka kat depan kita je tadi. Macam mana boleh hilang pulak. Ni semua sebab kau lah ni!"
Zafriel Adrian berasa tidak puas hati apabila gadis itu menyalahkan dirinya. "Apasal aku pulak?"
"Yelah, kau yang tarik aku tadi. Tak pasal-pasal mereka dah pergi tinggalkan kita!"
Zafriel Adrian terdiam. Haah, betul jugak minah ni! Zafriel Adrian akhirnya berkata, "Dahlah pedulikan lah mereka. Kita jalan berdua jelah."
Iman Nadhirah membulatkan mata. "Jalan berdua? Dengan kau? No way!"
Zafriel Adrian menjegilkan matanya. "Kau nak bantah ke setuju ke, ada aku kisah? Kalau kau hilang macam mana? Kau tu dahlah adik Nadzir." Merangkap tunang dalam diam aku. Ayat akhir itu hanya disebutkan di dalam hati. "Mati aku dikerjakan abang kau. Dah, jom!"
Iman Nadhirah memuncung. Ish, kenapalah abang aku kawan dengan mamat ni? Iman Nadhirah mengekori Zafriel Adrian dari belakang dengan rasa tak puas hati.
Zafriel Adrian hanya senyuma dalam hati. Comel juga bila tengok gadis itu tak puas hati. Macam budak lima tahun bukan lima belas tahun!
![](https://img.wattpad.com/cover/58704508-288-k959285.jpg)
YOU ARE READING
Cik Troublemaker Pencuri Hatiku! (unedited)
RomanceHighest ranking : #5 in Romance (22/01/2017)(25/01/2017) Published : 04/01/2016 Completed : 07/06/2017 ⚠️Perhatian⚠️ Hero Troublemaker ialah versi CTPH yang sudah diedit. Buku ini ditulis semasa penulis budak PT3 (Jadi minta maaf kalau ada yang crin...