97

3K 208 40
                                    

Iman Nadhirah menyedut air sirap limau. Matanya meliar ke sekeliling kafeteria itu. Najwa yang enak makan nasi campur memandang Iman Nadhirah. "Kau tak nak makan ke Iman? Qaira yang suka berdiet pun makan donat tau?"

"Eh lantak akulah!" Marah Qaira.

"Tak ada seleralah. Lagipun sebelum ke kuliah tadi aku dah makan banyak," terang Iman Nadhirah. Hari ini nasib mereka baik kerana tidak dikacau si malaun bernama Hazqel itu.

Malaun malaun pun, dia still baik.

Sedang enak tiga orang gadis itu menjamu selera, Hakimi datang ke meja yang mereka duduki. "Eh, korang jadi kan stay kejap?"

"Stay?" Tanya Iman Nadhirah pelik.

Hakimi mengerutkan kening. "Eh, bukan aku dah bagitahu kat kau dengan Najwa ke stay kejap. Ada group disscusion untuk projek baru Sir Zaidi bagi tu?"

"Qaira takde?" Tanya Iman semula.

Najwa menyampuk, "Eh, kau lupa ke Iman? Qaira group dengan si Thaqif tu. Aku pun dah bagitahu kau pagi tadi, harini kita stay kejap. Nyanyuk ke apa, minah ni?"

Mata Iman Nadhirah membulat. "Pagi tadi? Tak ada pun kau cakap?"

"Adalah! Aku pun dengar. Kau yang mengelamun sampai ke Turki, siapa suruh? Tahulah teringat kat si dia," celah Qaira.

Iman Nadhirah menjungkitkan kedua-dua belah kening. Biar betul? Apasal aku tak ingat langsung ni?

"Apa-apa jelah. Aku tahu, mesti jadi harini, okay? Sebab yang lain pun dah setuju," kata Hakimi sebelum berlalu.

Iman Nadhirah terkebil-kebil.

"Tulah kau, berangan lagi! Taulah dah bahagia."

Iman Nadhirah memandang Najwa yang sudah habis makan itu. "Wawa, aku balik dengan kau boleh?"

"Suami kau tak ambik ke?"

"Dia tak tahu aku balik lambat. Aku pun lupa harini kena stay. Boleh tak, babe? Aku nak bagitahu dia ni, aku balik dengan kau."

Najwa mengangguk. Dia bangun lalu membuka langkah ke sinki yang tersedia di situ.

Iman Nadhirah terus mengeluarkan telefon dari poket seluar jeans. Aplikasi Whatsapp dibuka. Nama Zafriel dicari.

Tiada.

Kening Iman Nadhirah berkerut. Macam mana boleh tak ada pulak ni? Dia save kan nombor dia dengan nama apa?

Iman Nadhirah membuka contact telefon pula. Jenuh dia scroll dari atas ke bawah mencari nama suaminya. Sehingga dia terjumpa satu nama.

Eh?

Hubby Ian

Terbuntang mata Iman Nadhirah. Tak ada kerja ke apa letak nama macam tu. Payah nak jumpa! Omelnya dalam hati.

Aplikasi Whatsapp dibuka semula. Nama tadi dicari. Melihatkan profile picture yang diletak gambar... gambar nikah? Mana dia dapat?

Iman Nadhirah menggeleng. Dia terus menaip.

Iman Nadhirah: Aku balik lambat sikit harini. Tak payah ambik. Aku balik dengan Najwa.

Tak sampai tiga saat, mesej tersebut menunjukkan dua tick berwarna biru menunjukkan Zafriel Adrian membaca mesej itu.

Hubby Ian: Ok

Mata Iman Nadhirah membulat. Ok aje? Memang bikin panas hati betullah!

"Babe, jomlah. Kelas dah nak start, nanti lambat, tak pasal-pasal tak boleh masuk pulak," suara Qaira mematikan rasa tak puas hati Iman Nadhirah pada suaminya.

Cik Troublemaker Pencuri Hatiku! (unedited)Where stories live. Discover now