4

7.1K 351 10
                                    

Usai makan malam, keluarga Iman Nadhirah dan Zafriel Adrian berbual di ruang tamu.

Tepat pukul 11 malam, keluarga Zafriel Adrian pun meminta diri untuk pulang. Iman Nadhirah masuk ke dapur untuk minum air. Puan Sri Ilyana turut ke dapur.

"Mama, sejak bila Pak Haji dengan papa berkawan?" soal Iman Nadhirah pelik.

Puan Sri Ilyana memandang Iman Nadhirah tidak percaya. Laaa... Anak aku ni masih tak ingat? "Dah lama dah. Kalau adik nak tahu, Pak Haji tu dulu rakan kongsi syarikat papa. Tapi sebelum kita berpindah ke Kuala Lumpur waktu adik umur lima tahun, Pak Haji serahkan syarikat itu sepenuhnya pada papa. Itu yang papa dah berjaya sekarang."

Iman Nadhirah mengangguk perlahan. Baik jugak Pak Haji tu, tapi kenapa mesti anaknya itu ialah Zafriel Adrian?!

"Satu lagi, adik lupa ya, adik dengan Zafriel tu kawan dulu waktu kecil? Kamu berdua selalu main sama-sama. Kadang-kadang tu ada juga abang Nadzir join. Kalau ada hari, mama tak bagi adik keluar main, mula lah menangis, mogok bagai. Bukan main lagi ya?" cerita Puan Sri Ilyana.

Iman Nadhirah hampir ternganga. You got to be kidding me!

Tanpa disedari, Iman Nadzir mendengar setiap kata mamanya. Dia tahu dan masih ingat tentang persahabatan mereka sewaktu kecil. Mereka mula berkawan sewaktu dia berumur enam tahun. Zafriel pada waktu itu juga bersekolah tadika sama sepertinya dan adiknya, Iman Nadhirah baru menginjak usia empat tahun.

Manalah Iman Nadhirah mahu ingat, waktu itu dia masih kecil lagi! Iman Nadzir menggeleng kecil.

____

Zafriel Adrian merebahkan diri di atas katil bujangnya. Matanya memandang siling biliknya. Dahinya berkerut-kerut. Biar betul? Aku dan Nadhirah dah bertunang? Dari usia kami masih muda? Gila lah!

Zafriel Adrian asyik berfikir mengenai pertunangan yang baru diketahuinya di rumah Iman Nadhirah tadi.

~Flashback~
Sebelum Iman Nadhirah dan Iman Nadzir turun

"Hah, sampai dah tetamu kita!" ujar Puan Sri Ilyana teruja. Dia bersalaman dan melaga pipi dengan Hajah Aminah dan Zafrina Adirah.

Tan Sri Nazmi bersalaman dengan Haji Umar dan anak-anak lelakinya. "Marilah masuk!" jemput Tan Sri Nazmi.

Masuk sahaja ke dalam rumah, adik Zafriel Adrian, Zakwan Ashraff tak berhenti melihat sekeliling bahagian dalam rumah banglo dua tingkat itu. "Wah, besarnya rumah ni abang!" pujinya.

Zafriel Adrian senyum. Dahulu rumah ni hanya banglo satu tingkat dan tidaklah besar mana. Kemudian, Tan Sri Nazmi mengubah suai rumahnya itu sebelum berpindah ke sini empat tahun yang lalu. Meskipun sudah empat tahun, Tan Sri sekeluarga berpindah, malam itu baru ada kesempatan untuk datang ke rumah.

Zafrina Adirah turut terpegun melihat kecantikan rumah itu.

"Rina, Ashraff, sudah-sudah lah tu. Zaff panggil adik kamu," arah Haji Umar. Zafriel yang mengelamun tak sampai beberapa minit itu tersedar bahawa adik-adiknya sudah jauh berjalan. Pantas saja dia mendapatkan adik-adiknya.

"Zafriel tentu ingat pada Uncle Nazmi dan Aunty Ilya. Mereka ni ibu dan ayah Irah dan Nadzir, kawan kamu waktu kecil-kecil dulu?"

Zafriel Adrian mengerutkan kening. Irah? Nadhirah? Soalnya dalam hati apabila mendengar nama itu serentak terpandang gambar Tan Sri Nazmi sekeluarga. Di dalam gambar itu ada seorang kanak-kanak perempuan yang comel dan seorang kanak-kanak lelaki. Wajah mereka seiras. Melihatkan rantai emas yang tergantung di leher kanak-kanak perempuan itu, baru lah Zafriel Adrian ingat. Itulah Iman Nadhirah, kawannya sewaktu kecil. Dahulu dia naif, kini dia sudah berubah menjadi seorang yang suka merepek dan buat masalah.

Haji Umar memandang Zafrina Adirah. Dia menyuruh, "Rina bawa adik pergi tengok TV kat depan tu. Jangan pergi jauh ya?"

Zafriel Adrian pelik. Kenapa abinya menyuruh Rina dan Ashraff saja? Kenapa bukan dirinya sekali?

"Zaff, abi, umi, uncle dan aunty nak beritahu sesuatu. Kami harap kamu jangan sesekali beritahu sesiapa terutamanya Irah," ujar Tan Sri Nazmi.

Zafriel Adrian menjungkitkan kening sebelah. Tan Sri Nazmi memandang Haji Umar. Haji Umar mengangguk entah untuk apa. Hanya mereka berdua yang mengerti. "Kalau Zafriel nak tahu, Zafriel sudah ditunangkan dengan anak uncle, Iman Nadhirah dari usia kamu berdua masih muda. Rantai emas yang dipakai Irah dari kecil itu lah rantai pertunangan kamu berdua. Uncle tak benarkan kamu beritahu Irah. Irah mungkin akan memberontak. Tambah lagi dia tu dah makin nakal sekarang."

Zafriel Adrian menelan liur. Mata dia terbeliak. APA?!



✩✩✩✩✩

So cliché right? Haha... i know

Cik Troublemaker Pencuri Hatiku! (unedited)Where stories live. Discover now