84

3.2K 197 80
                                    

Zafriel Adrian merebahkan diri di atas katil. Mata memandang kipas siling yang berputar ligat itu. Fikirannya melayang mengingat kembali kata-kata Iman Nadhirah

"Pakailah jam tu. Mana tahu dia nampak kau kat mana-mana. At least dia tahu kau hargai pemberian dia"

Bibir lelaki itu terukir senyuman. Jumpa di mana-mana? Boleh jadi ke?

Kalau dah Allah tetapkan kau akan berjumpa dengan dia lagi, boleh saja jadi.

"At least kalau kau pakai, mana tahu dia dapat kekuatan untuk beritahu pada kau yang dia ialah pemberi hadiah tu?"

Kekuatan?

Zafriel Adrian bangun dari katil. Dia melutut melihat kotak di bawah katil. Kotak yang sudah sarat dengan habuk itu dikeluarkan. Dia buka kotak itu dan lihat ketiga-tiga pemberian pengirim hadiah misteri itu.

Jam tangan yang masih berada di dalam kotak itu dikeluarkan. Zafriel Adrian memandang lama jam tangan itu. Kenungnya berkerut-kerut cuba menghadam kata-kata yang disampaikan Iman Nadhirah.

Adakah gadis itu tahu siapa pengirim hadiah itu?

____________________________

Hari ini Restoran Dapur Cinta Manisah ditutup buat sementara waktu atas sebab ingin membuat pengubahsuaian.

Encik Bakri dan Puan Manisah sudah serahkan beberapa tugasan kepada anak-anak buahnya. Zafriel Adrian diberi kepercayaan untuk memantau kerja-kerja pembersihan yang dilakukan pekerja restoran itu.

"Bosanlah asyik mop sini, mop sana! Dahlah semua senyap macam dekat library. Seriau I! I rasa macam I duduk sorang-sorang dekat restoran ni," rungut Adam.

"Eh kau ni Adam bising aje mulut tu. Diam sajalah! Orang suruh angkat meja tak nak! Kata tak laratlah apalah... gedik mengalahkan perempuan!" Kutuk Atiqa tanpa berlapik.

"Eh korang ni! Tak payahlah gaduh-gaduh. Aku bosan tau? Aku ni kat rumah buat kerja pun kena ada music. Baru feel!" Qaid pula bersuara.

"Kat sini ada radio?"

Semua orang di situ menggelengkan kepala menjawab pertanyaan Iman Nadhirah.

Iman Nadhirah berlalu ke dapur tanpa berkata apa-apa.

Semua yang di situ memandang sesama sendiri bertanya apa yang mahu dilakukan gadis itu.

Tak lama kemudian, Iman Nadhirah keluar dengan speaker di tangan. Telefonnya dibawa keluar. Dia meletakkannya di atas kerusi yang sudah disusun bertingkat-tingkat. Wayar pembesar suara itu dicucuk pada telefon.

Iman Nadhirah memandang semua yang berada di situ yang sedang tercengang melihat perbuatannya.

Tak lama kemudian, keluar lagu bergema di dalam restoran itu.

"Ha, baru feel!" Sahut Qaid.

Dan selepas itu, penyapu, mop semua dijadikan bahan untuk menari. Err.. faham-faham sajalah!

Satu restoran bergema dengan suara mereka. Ada yang suara sumbang pun turut menyanyi.

Zafriel Adrian dan Irshad keluar dari dapur melihat apa yang telah berlaku di bahagian hadapan restoran.

Lantai yang licin dengan sabun itu sudah ada orang yang jadikan tempat meluncur seperti bermain skating.

Kedua-dua orang lelaki itu berpandangan seketika. Irshad memberikan senyuman meleret. Zafriel Adrian membuntangkan mata. Kepalanya digeleng. Dan tangannya ditarik Irshad untuk meluncur sama.

Adam bersorak girang. Dia meluncur dari pintu dapur ke depan dan akhirnya...

Bedebuk! Jatuh seperti nangka busuk!

Cik Troublemaker Pencuri Hatiku! (unedited)Where stories live. Discover now