26

4.9K 251 11
                                    

Puan Sri Ilyana membuka pintu utama selepas menjawab salam yang diberi. "Eh, Zafriel? Masuk lah! Irah ada di atas."

Zafriel Adrian mengangguk. Setelah ibu Iman Nadhirah pergi, dia pun berlalu ke tempat biasa dia mentutor Iman Nadhirah. Dalam fikirannya asyik teringatkan kejadian di perpustakaan tadi. entah bagaimana dia boleh langsung tidak sedar kehadiran tunang dalam diamnya.

Zafriel Adrian meraup wajah kemudian kepalanya tergeleng. Dia menyandarkan tubuhnya pada kerusi. Mulutnya terukir senyuman. Nakal sungguh kau ya, Nadhirah?

Sementara itu, Iman Nadhirah mundar-mandir di dalam kamarnya. "Apa aku nak buat ni? Masaklah aku!" dia kemudian menghempaskan punggung di atas kerusi di meja soleknya. Kepala disembamkan ke atas meja dengan dilapik kedua-dua belah lengannya.

Tok tok tok!

Iman Nadhirah terus mengangkat kepala apabila mendengar ketukan di pintu.

"Adik! Zafriel dah tunggu kat tempat biasa tu, cepatlah turun. Jangan biarkan dia tunggu lama-lama." Kedengaran suara Puan Sri Ilyana di sebalik daun pintu.

Iman Nadhirah tidak menjawab sebaliknya dia tersenyum penuh makna.

________

Zafriel Adrian mengulang kaji mata pelajaran Fizik. Sesekali dia memandang sekeliling mencari kelibat Iman Nadhirah. "Mana tunang dalam diam aku ni? Lambatnya tur..."

"BAAAAA!!!!!" tiba-tiba muncul seorang gadis dengan wajah yang menyeramkan.

Mata Zafriel Adrian terbeliak. Dia terlalu terkejut sehinggakan kerusi yang didudukinya terdorong ke belakang dan dia terjatuh ke bawah. "Argh, sakit!"

Gadis itu ketawa mengilai-ngilai.

Sementara itu di dapur, Puan Sri Ilyana yang sedang menggoreng cucur udang mengurut dada. "Astaghfirullahalazim... Langsuir mana terlepas siang-siang ni?"

Zafriel Adrian bangun dari jatuh. Kerusinya diangkat. "Kau dah kenapa dengan baju dan tudung serba putih. Muka pulak make up dah serupa hantu. Buang tabiat ke apa?"

"Hahahaha... Takut jugak kau ya tengok aku make up macam ni?" soal Iman Nadhirah.

Zafriel Adrian menggeleng kepala. Dia duduk kembali. "Takde maknanya aku nak takut. Aku terkejut saja. Eh, tapi kau nak tau something tak?"

Iman Nadhirah menjungkitkan kening. "Apa dia?"

Zafriel Adrian menggamit gadis itu duduk dekat sedikit dengannya. "Aku dengar ada orang cakap, kalau pakai serupa hantu ni tambah lagi dengan ketawa mengilai. Malam-malam..." dia berhenti.

Iman Nadhirah berasa seram sejuk tiba-tiba. Terasa bulu romanya mulai menegak. "Malam-malam apa?"

"Hantu tu akan kacau," sambung lelaki itu.

Mata Iman Nadhirah terbeliak. "K... kau biar betul?"

Zafriel Adrian menayangkan wajah serius. "Betul! Baik kau pergi tukar sekarang."

Iman Nadhirah cemas. Tanpa berkata walau sepatah, dia terus memecut masuk ke dalam rumahnya. Zafriel Adrian sudah tidak tahan lagi, dia ketawa. "Percaya sangat pun! Itulah kau, kenakan aku lagi. Padan muka!"

______

Iman Nadhirah menggaru-garu kepalanya menjawab soalan berkenaan isi padu pepejal gubahan yang baru dipelajarinya di sekolah pagi tadi. "Zafriel, ni macam mana? Kusut kepala aku nak cari isi padunya."

Zafriel Adrian yang sedang menekan-nekan kalkulator menjawab soalan Matematik Tambahan berhenti. Buku teks milik Iman Nadhirah diambil. "Mana?"

"Nombor dua tu. Susah!"

Zafriel Adrian membaca soalan yang dikatakan susah itu. "Kau kira isi padu bongkah kayu yang dia dah bagi dalam soalan ni. Lepas tu, kau cari isipadu prisma segi tiga. Apa isipadu prisma?"

Iman Nadhirah mengetuk-ngetuk dagunya menggunakan pensel mekanikalnya. "Ermm... Luas tapak darab tinggi?"

Zafriel Adrian mengangguk. "Tepat sekali! So, lepas dapat kedua-dua isipadu ni, kau tolaklah. Isi padu bongkah kayu ni dengan isi padu prisma. Dapatlah isipadu bongkah yang tinggal. Dah faham?"

Iman Nadhirah mengangguk. "Thanks!" Dia kembali menyambung membuat kerja sekolahnya. "Eh, Zafriel! Aku nak tanya something boleh?"

Zafriel Adrian mengerutkan kening. "Apa dia?" dalam hatinya ada rasa sedikit gundah. Takut apa yang dikatakannya tadi pada gadis itu sudah diketahuinya bahawa pernyataan itu palsu.

"Tadi waktu aku nak terkejutkan kau tu, aku dengar kau cakap tunang something. Aku tak berapa dengar. Tunang apa eh, sebenarnya kau cakap?"

Zafriel Adrian menggaru belakang lehernya. Dia menyeringai. "Ughh... Tak ada apa-apa lah. Kau silap dengar kut. Aku cakap tuna tadi. Teringin nak makan."

Iman Nadhirah memandang muka lelaki itu. dia seakan tidak percaya dengan kata-kata lelaki itu. Zafriel Adrian resah. Alamak, jangan kata dia tak percaya!

"Apa susah, kau pergilah beli tuna dalam tin tu. Kedai runcit Pak Tam tu banyak jual," ujar Iman Nadhirah.

Zafriel Adrian menghembus nafas lega. Mujur dia percaya. Hampir-hampir sahaja terbongkar rahsia!






✩✩✩✩✩

Hey guys, long time no see! Siapa rindu Zafriel dengan Iman? Sila angkat tangan. hehehe... Sorry sesangat. Lately ni, author busy dengan exam. Sekarang ni pun tak berapa nak sihat lagi. Baru baik demam. Tapi aku gagahkan diri juga menaip cerita. Gagah ke? Hahaha...

Dekat sebulan jugak story ni tak diupdate. Hmm... by the way happy holidays pada pelajar sekolah yang akan bercuti dua minggu mulai esok. Tapi cuti, cuti juga, pelajaran jangan lupa. hehe!

Cik Troublemaker Pencuri Hatiku! (unedited)Where stories live. Discover now