*1*

30.6K 413 9
                                    

Jarinya menarik sehelai kertas dari timbunan buku-buku yg berada di atas mejanya. Matanya membaca satu persatu ayat yg terkandung pada kertas itu.

Perjanjian 1955

Marvolo Meyer, selaku seorang penasihat kepada keluarga Elias diperintahkan untuk menunjukkan taat setianya sehinggalah keturunan Meyer sampai ke penghujung. Dalam waktu itu, semua warisnya hendaklah menunjukkan taat setia dari segala jenis aspek termasuklah seorang pembantu. Perjanjian ini akan terbatal jika mendapat persetujuan dari waris Elias yang seterusnya.

Sepanjang tempoh berkhidmat yang diberikan terhadap Elias, Meyer hendaklah menurutinya dengan penuh taat. Jika perjanjian ini dilanggar, generasi Meyer akan dihukum.

Dia menghela nafas sebaik sahaja membaca ayat terakhir yang tertulis pada surat perjanjian itu.

Bahunya disentuh lembut. Dia berpaling pada seorang wanita yang berada disisinya.

"Abang dah buat keputusan?"

Marvolo menggeleng.

"Abang, saya tak kisah kalau abang dilucutkan jawatan sekali pun. Kita masih boleh hidup walaupun kita tahu kerja sebagai seorang penasihat diraja memang membawa kesenangan." kata Lvoine.

Marvolo terdiam mendengar kata2 isterinya. Otaknya ligat berfikir sama ada betul ke keputusan yg dia akan lakukan.

"Kalau abang tandatangani perjanjian ni, keturunan kita hendaklah mengabdikan diri terhadap keluarga diraja Elias. Jika kita mengingkarinya, keturunan kita akan dihukum."terang Marvolo. Lvoine terdiam.

"Abang, keputusan ditangan abang. Abang fikirlah yang terbaik untuk kita sekeluarga. Tapi, saya yakin abang. Meyer mampu untuk lakukan perkara ini."Lvoine mencium pipi marvolo sebelum dia berlalu keluar dari bilik itu. Memberi ruang untuk suaminya berfikir sebaik-baiknya.

1970

Gustave tersenyum melihat bayi yg berada dalam pelukannya. Bayi lelaki yg sedang tidur itu ditatap lama. Isterinya tersenyum lemah ke arah mereka.

"Steven Meyer . Abang namakannya steven."kata gustave. Matanya dihala ke arah Anne. Isterinya hanya mengangguk setuju. Dia terlalu lemah untuk bercakap.

"Abang harap steven dapat berkhidmat dgn penuh taat terhadap Elias."dia mencuit kecil pipi gebu anak lelakinya itu.

Dia benar2 bersyukur kerana telah dikurniakan seorang anak lelaki. Perjanjian yg ditandatangani oleh Marvolo dahulu, diwasiatkan kepadanya. Kini dia adalah pengganti marvolo tetapi sebagai seorang bodyguard diraja.

Dia juga berharap steven dapat menunaikan wasiat ayahnya apabila dia dewasa nanti. Sudah menjadi cara hidup Meyer, berkhidmat untuk keluarga diraja Elias. Elias adalah sebuah keluarga yg berkuasa di Cardign. Elias sudah lama memerintah dari generasi ke generasi. Marvolo, iaitu ayahnya adalah penasihat yg amat disayangi oleh raja Elias dulu sehinggalah dia menyangka bahawa keluarga Meyer memang mempunyai darah setia pada raja. Jadi, Luca Elias telah membuat satu perjanjian untuk mengambil keluarga Meyer berkhidmat dgn golongan diraja.

Sepanjang tempoh Gustave berkhidmat, dia tidak pernah didatangi masalah. Ya. Boleh dikatakan dia hidup senang setelah dibawa bekerja dgn keluarga diraja yg berpengaruh tinggi itu.

1993

Bunyi tangisan dari dalam bilik bersalin menghentikan segala lamunannya. Steven melompat gembira apabila jururawat mengkhabarkan bahawa isterinya sudah selamat melahirkan anak pertamanya.

The Royal's SlaveWhere stories live. Discover now