Lya berdiri kaku. Tangannya,terketar-ketar melihat tubuh yg sdg merenungnya. Randolph sedari tadi sudah beredar dari situ. Hanya dia yg berada di dalam ruangan itu.
"Jadi, kaulah Lya Meyer?"
"Y-ya. " jawabnya gugup.
"Kau tahu kenapa kau dibawa ke sini?"
"Y-ya."
Lelaki itu berjalan ke arahnya. Dapat dia lihat warna mata zen yg membiru. Cantik. Wajahnya pula hampir sama dgn wajah tuanku Azusa. Tetapi, matanya terlalu jauh jika hendak dbandingkan dgn mata azusa yg berwarna perang itu.
"Jadi, kaulah kepunyaan aku? Jangan kau ingat boleh pergi dari tempat ni." Lya telan liur mendengar ugutan zen.
"Tugas kau mudah. Hanya perlu sentiasa dgn aku. Dan aku, paling benci orang yg ingkar dgn arahan aku. Kau faham kan?" Duga zen. Lya mengangguk laju sambi tunduk memandang lantai.
"Bawa dia ke bilik. Siapkan dia selengkapnya dan bawa dia jumpa aku." Arah zen kpd seorang perempuan yg berdiri tidak jauh dari mereka. Perempuan itu mengangguk sebelum meminta agr lya mengekorinya. Lya hanya menurut dgn hati yg pasrah. Tiada apa yg mampu dia lakukan untuk membatalkan perjanjian itu.
Mereka tiba di sebuah bilik. Pintu dibuka dan mereka melangkah masuk. Bau bilik itu sungguh harum seperti disembur sebotol minyak wangi. Katil saiz queen berbalut cadar berwarna merah baldu menarik perhatiannya. Hiasan kaca yg terletak di atas sebuah meja berdekatan dgn tingkap cukup menunjukkan bahawa rumah agam ini agak mewah.
"Ini bilik cik lya."kata perempuan itu sambil tunduk ke arahnya. Cepat2 lya meminta dia bangun kembali.
"Tak. Awak tak perlu buat macam tu. Saya hanya seorang pembantu macam awak. Saya tak perlu diberi layanan yg istimewa macam ni."
"Saya rasa cik lya keliru dgn status cik lya sekarang ni. Cik lya sekarang adalah milik tuanku zen. Maksudnya, status yg lebih tinggi dari pembantu. Tapi, bukan gundik." Terang perempuan itu.
"Habis tu?"
"Em, susah untuk saya terangkan memandangkan saya pun kurang arif dgn status ni. Tapi, cik lya tahu kan apa maksud gundik? Lebih kepada perempuan simpanan. " lya mengangguk.
Tentu saja dia tahu apa maksud gundik.
"Kita tafsirkan saja status cik lya ni sebagai pembantu peribadi tuanku."
"Itu lebih baik dari perempuan simpanan." Kata lya lega.
"Oh ya! Siapa nama awak?"
"Lucy, cik lya."lucy senyum.
"Lucy."ulang lya.
"Tuan muda mahu cik lya jumpa dia selepas cik lya selesai bersiap."kata lucy sambil membuka almari pakaian yg agak besar.
Matanya terbeliak apabila melihat deretan baju2 yg digantung di dalamnya. Banyaknya!
"Semua ni kepunyaan cik lya. Di dalam rumah ni ada dress code. Jadi, untuk berjumpa dgn tuanku, pakaian formal harus dipakai." Lucy mengeluarkan sehelai gaun paras lutut dari almari tersebut.
"Lebih kurang macam nilah pakaian yg perlu cik lya pakai."
Lya kaku. Gaun?!
"Kenapa tak boleh pakai t-shirt atau blaus aje?"
"Tuanku zen mementingkan kekemasan dalam setiap orang yg bekerja dgn dia. Termasuklah cik lya sendiri. Jadi baju2 yg ada dalam ni memang sudah menepati dress code dlm mansion ni." Terang lucy lagi.
"Cik lya bersiaplah dulu. Kalau ada apa2, cari saya di tingkat bawah."
Lucy tunduk 90° sebelum keluar dari bilik itu. Meninggalkan lya yg kaku sejak tadi.
Dia mengeluh perlahan. Gaun yg diambil lucy ditatap. Halus buatannya. Cukup untuk menggambarkannya sebagai hasil dari seorang fashion designer yg terkenal.
***
Cawan yg berisi kopi cappuccino didekatkan ke bibirnya yg merah. Perlahan-lahan dia menghirupnya. Kehadiran seseorang mematikan lamunannya. Dia berpaling ke arah perempuan itu.
Zen bangun dari sofa dan berjalan menghampiri lya. Lya tunduk memandang kakinya yg bersarung sandal.
"Pandang aku."arah zen. Lya hanya akur. Lambat2 dia mengangkat muka. Matanya menentang mata zen yg biru.
"Dengar sini! Aku tak nak ada apa2 masalah dgn kau. Dan kau, jangan buat apa2 masalah dgn aku. Sepanjang kau dgn aku, kau kena ikut semua arahan aku. Memandangkan ayahanda dah berikan kau seratus peratus kepada aku, kau adalah milik aku."kata zen.
Kata2 dia macam aku ni perempuan simpanan pulak! Kutuk lya dalam hatinya.
"Satu lagi..." zen semakin menghampirinya. Sehinggakan lya terpaksa mendongak memandang zen yg lebih tinggi darinya.
"Aku tak suka dgn orang yg melanggar perintah aku." Zen tunduk memandang kaki lya yg beralaskan sandal.
Lya terdiam. Dia terlupa untuk menukarnya dgn kasut yg disediakan lucy tadi. Wajah zen cuba dipandangnya tapi hatinya berdegup resah. Takut untuk menentang pandangan mata zen.
"Lain kali, aku tak nak tengok kesilapan bodoh macam ni."zen berlalu dari bilik itu. Lya terduduk di lantai. Tangannya sejuk kerana terlalu resah.
"Nampaknya aku harus kuatkan hati aku ni untuk orang macam dia."bisik lya.
"Aku nak balik. Aku lebih rela tinggal dgn mak cik selena daripada terus menjadi milik dia."
YOU ARE READING
The Royal's Slave
RomanceDestiny lead me to him. I'm no one and nobody but the heart belongs to somebody.