*13*

8.9K 318 5
                                    

Badannya terasa melayang. Dia dapat lihat tanah yg bakal menjadi tempat pendaratannya. Namun, ada tangan yg merangkul pinggangnya lalu mereka jatuh tersembam.

Lya menyeringai saat terasa sengal pada kakinya. Telinganya jelas menangkap deruan nafas seseorang. Apa yg...

"Lya! Awak okey?" Lya angkat muka melihat wajah yg menegurnya.

"Edward?!" Lya terkial-kial utk bangun dari menindih badan edward. Mukanya terasa kebas.

"Lya, awak okey ke tak?" Ulangnya lagi.

"Saya okey." Jawabnya sambil tunduk menahan malu.

"Apa yg awak cuba buat? Kaki awak boleh patah kalau awak terjatuh dari situ. Nasib baik saya sempat sambut." Bebel edward.

"Maaf. Saya cum-"

"Where do you think you're going?" Edward merenung tajan ke dalam mata lya.

Dia yakin lya mahu lakukan sesuatu. Jika dia betul2 mahu keluar, kenapa dia tidak keluar saja ikut pintu pagar utama?

"Saya..."

"Lya, tell me the truth!" Desak edward.

"Tak ada ap-... edward! Tangan awak." Matanya terbeliak melihat siku edward yg berdarah. Mungkin kerana terkena sesuatu ketika menyambutnya tadi.

"Biar saya tolong bersihkan." Lya bangun lalu menepuk-nepuk seluarnya yg berdebu. Tangan edward dicapai utk membantunya bangun.

"It's okay. I can handle it. Let settle yours first." Edward membetulkan kolar tshirt nya yg sedikit senget. Laju lya menggeleng.

"Tak! Jom saya tolong awak cuci luka tu." Paksa lya.

Tangan edward ditarik menuju ke mansion. Edward tersentak saat tangan lya memimpin erat tangannya. Dia turutkan juga akhirnya langkah kaki lya yg diatur masuk ke dalam mansion mewah.

Lucy berlari anak melihat tubuh lya yg memaksa edward utk duduk di sofa di ruang tamu.

"Cik lya! Puas saya cari cik-"

"Lucy! Bawakan peti kecemasan." Arah lya laju.

"Huh?" Lucy melarikan pandangan ke wajah edward yg hanya diam saja sambil menyandarkan badannya pada sofa.

"Lucy!"

"Oh! Baik!" Tergesa-gesa lucy ke dapur mengambil kotak peti kecemasan yg disimpan di dalam kabinet dapur.

Beberapa minit kemudian dia tiba kembali bersama sebuah kotak di tangannya. Dia memberikan kotak tersebut kepada lya dan lya mula membukanya.

Ubat anti-septik dikeluarkan lalu dia mula menitikkannya ke atas kapas.

"Tahan okey?" Lya meneruskan kerjanya bila tiada respon yg diberikan.

Perlahan-lahan kapas ditekap pada luka di siku edward. Sekali-sekala edward menyeringai bila lukanya terasa pedih. Lya pula sehabis mungkin cuba berlembut.

Dia meniup perlahan, membantu edward dari terasa sakit. Tekun dia melakukan kerja sehingga tidak menyedari ada mata yg merenungnya.

Senyumannya terukir. Wajah yg sedang ralit mengubati lukanya ditatap lama. Edward merasakan ada satu perasaan halus yg mekar dalam hatinya. Sungguh dia benar2 tertarik dgn gadis dihadapannya itu.

"Siap!" Lya tersenyum melihat luka edward yg sudah dilekatkan plaster.

"Thanks." Ucap edward ikhlas. Dia kembali merenung wajah lya.

Tangannya mencapai botol antiseptik dan memasukannya kembali ke dalam kotak. Kemudian, kotak tersebut di tutup lalu lya bangun utk menyimpannya di dapur.

The Royal's SlaveWhere stories live. Discover now