Dia mengelap peluh dengan belakang tangan. Huh! Selesai juga mengemas bilik ni. Lya mendongak ke atas. Dia tertarik dengan sebuah bingkai gambar tergantung elok pada dinding. Di situ raja Azusa tersenyum lebar disebelah permaisuri swift. Dihadapan mereka berdirinya seorang budak lelaki dengan wajah kosong tidak beriak. Matanya bagai mencerlung tajam ke arah lya.
"Dingin macam ais! Agak-agaknya itulah sebab mata dia berwarna biru." Kutuk lya.
Tiba-tiba perasaan sayu menjengah pintu hatinya. Dia teringatkan wajah kedua-dua insan yang amat dia sayangi. Mereka pergi meninggalkannya ketika usia lya masih kecil. Usia yang terlalu kecil untuk dia mengerti maksud kehilangan.
"Abang."
Steven mencari wajah isterinya. Kulit pucatnya dibelai lembut. Mata redup Feona bersatu dengan anak mata steven.
"Kenapa ni? Awak sakit ke? Kejap. Saya ambilkan ubat." Steven bangun dari birai katil untuk mengambil dulang di sebuah meja.
Pantas feona menangkap lengan suaminya. Steven menoleh ke belakang. Dia duduk semula apabila melihat gelengan isterinya itu.
"Kenapa ni?" Steven bertanya lembut.
Feona tersenyum lemah. Tangan steven dibawa ke pipinya.
"Abang, apabila tiba saatnya nanti, saya harap abang dapat jaga lya sebaiknya. Saya nak abang jaga lya sepenuh hati abang seperti abang mencintai saya." Ucap feona.
"Hei. Kenapa cakap macam ni? Listen. I've promise that you gonna be fine. So stop thinking about anything else except your health, okay?" Steven menggosok kepala feona.
Hatinya sakit ketika feona menuturkan kata-kata itu. Dia tidak mahu feona pergi daripada hidupnya. Dia tidak mahu feona pergi meninggalkan dia dan lya.
"Please. Stop giving me a hope. When the time comes, I hope you will always remember me in your heart." Tangannya menyentuh dada steven. Sekali lagi feona tersenyum lemah.
"That's all for today. Close your eyes and be prepare for your next day. Goodnight my sweetheart. " Steven mencium dahi feona. Isterinya itu perlahan-lahan menutup mata. Steven menarik selimut sehingga ke paras dadanya lalu lampu tidur ditekan. Dia berjalan ke arah pintu. Suis di dinding ditekan. Kini bilik itu hanya diterangi dengan lampu tidur bewarna kuning.
Pintu ditutup rapat. Dia terduduk lemah. Tangan meraup muka. Air matanya berlinangan membasahi pipi.
Dia tahu dia terlalu pentingkan diri dengan meminta agar feona bertahan. Dia tahu isterinya itu sudah letih berlawan dengan penyakit yang menyerang hampir dua tahun lamanya. Dia tahu feona juga sudah berada di tahap kritikal. Namun dia tidak rela kehilangan insan yang tersayang. Insan yang memberi sepenuh kasih sayang.
Malam itu, dia menangis sepuasnya. Tanpa sedar satu kelibat memerhati dari celah pintu. Lya tertanya-tanya dengan semua itu tapi entah kenapa kakinya tidak mampu berlari mendapatkan ayahnya. Dia biarkan saja kedua-dua belah matanya menjadi saksi kesedihan steven.
Pagi itu, dia dikejutkan dengan suara seorang pembantu yang menjerit memanggil nama ayahnya. Lya turun dari katil dan melangkah ke arah pintu. Steven tergesa-gesa ke bilik tidurnya.
Sekujur tubuh ditatap lama. Perlahan-lahan dia menapak ke arah katil. Tangan menyentuh pipi isterinya. Sejuk.
"Saya cuba kejutkan puan tapi dia langsung tak beri apa-apa respon." Terang pembantu itu dalam esak tangis.
Air mata bergenang di tubir mata. Tubuh feona dipeluk erat. Dia menahan sedih dengan sepenuh kekuatan yang ada. Namun dia tahu, dia tidak mampu untuk melakukannya. Air mata meluncur laju dari kelopak matanya. Steven memanggil nama feona berkali-kali.
Lya hanya menjadi pemerhati di muka pintu. Dia bingung dengan semua ini. Apa yang sedang berlaku? Kenapa ayah menangis? Kenapa ayah menangis sambil peluk ibu?
Walaupun saat itu lya masih belum mengerti, kejadian yang sama berulang tiga tahun kemudian. Saat itu dia sudah faham erti kehilangan.Hari itu memberi kesan yang paling dalam pada hidupnya.
Sebuah kereta berhenti di hadapan rumah. Dua orang lelaki turun dari kereta dan berjalan ke arah pembantu rumahnya. Lya yang sedang bermain di bawah pokok langsung tidak tersedar dengan situasi itu.
"Ada apa-apa yang boleh saya bantu?" Tanya pembantu rumah.
"Ini rumah Encik Steven Meyer?"
"Ya, inilah rumahnya. Kenapa ya?"
"Dukacita kami maklumkan bahawa Encik Steven terlibat dalam kemalangan ketika bertugas dan telah terkorban di tempat kejadian." Terang seorang lelaki. Pembantu rumah itu terperanjat. Tangannya menutup mulut yang terbuka luas.
Lya terkaku di situ. Matanya memandang kosong ke arah pembantu rumah. Dia kini berada tidak jauh daripada mereka bertiga.
"Apa dia cakap? Ayah dah mati?"
"Cik lya. T-tak.. Tuan tak ap-apa..."
"Cakap! Betul ke ayah dah mati?!" Tengking lya padanya. Dalam serba salah, pembantu itu mengangguk.
"Ayah! Mana ayah?! Bawa saya jumpa ayah!" Tiba-tiba lya meluru ke arah seorang lelaki. Dia memeluk erat lengan lelaki itu. Pembantu tadi segera memeluk lya dari belakang. Tangannya cuba melepaskan cengkaman tangan lya.
"Saya nak jumpa ayah! Saya nak jumpa ayah!" Tempiknya lagi. Pipinya basah dengan air mata. Badannya meronta-ronta dalam pelukan pembantu rumah.
Kereta tadi telah pergi meninggalkan kawasan itu. Lya masih menjerit dalam tangisan. Kini dia keseorangan. Tanpa sesiapa disisi.
"Lya!"
Pintu terbuka luas. Lucy masuk ke dalam bilik itu. Lamunannya terhenti.
"Lya, apa yang awak sedang buat ni? Merata saya cari awak tau!" Bebel lucy padanya.
"Maaf. Sa-"
"No, no. Simpan maaf awak tu. Sekarang ni cepat tolong saya di bawah." Paksa lucy. Dia menarik tangan lya agar mengekori langkahnya.
YOU ARE READING
The Royal's Slave
RomanceDestiny lead me to him. I'm no one and nobody but the heart belongs to somebody.