Pinggan disusun sebelum dia membawa ke dapur. Tiba di dapur, tugasnya diambil alih oleh minica. Lya kembali ke ruang makan untuk mengemas apa yang tinggal.
Seronok juga buat kerja-kerja ni. Dah lama dia tak sentuh kerja macam ni. Hidupnya kini penuh dengan urusan pejabat. Sehinggakan langsung tiada masa untuk membantu lucy atau minica menguruskan mansion mewah ini. Ikutkan hati dia lagi suka jadi pembantu rumah daripada terpaksa mengadap muka ketat zen dua puluh empat jam.
Tapi seksaan sebagai pembantu rumah lagi teruk daripada seksaan sebagai pembantu peribadi. Sekurang-kurangnya zen takkan memarahi dia di khalayak ramai sebab nak jaga reputasi diri. Huhh! Lya, apa yang kau merepek ni? Kepala digeleng berkali-kali. Menghalau segala pemikiran yang melingkar dalam otak.
"Lya!" Suara seseorang menerjah masuk ke dalam dunianya. Lya terkejut. Hampir luruh jantung melihat tubuh edward berdiri disebelahnya sambil tersengih tayang gigi.
"Edward. Terkejut saya!" Omelnya perlahan. Tangan mengurut dada.
"Haha. Sorry." Edward tertawa kecil. Pinggang disandar pada meja kayu dengan mata tidak lepas dari meneroka muka cantik lya. Rindunya. Dah lama fly ke luar negara membuatkan dia teramat rindu dengan gadis itu. Yes, miss her damn much!
"What are you doing here?" Tanya lya gugup. Kerana terlalu lama mereka tidak berjumpa, suasana menjadi kekok sedikit. Edward tersengih lagi.
"Saya datang dinner lah." Jawabnya selamba. Lya menjegilkan biji mata. Geram pula dengan ayat tak berkualiti edward.
"No, maksud saya kenapa awak tak balik lagi?"
"Nothing. Cuma terfikir nak berbual dengan awak sebelum saya balik." Edward angkat kening, menanti reaksi daripada lya. Gadis itu tertunduk ke bawah. Dia blur. Tak tahu apa nak cakap.
"Hey, lya. Don't you miss me? Saya dah lama tinggalkan awak. Mesti awak selalu teringatkan muka kacak saya ni." Luah edward tanpa segan silu. Lya mencebik."Beri saya sebab kenapa saya perlu rindu dekat awak." Cabar lya. Penyapu di tangan sudah disandar pada meja. Tangan mencekak pinggang, tenang menanti jawapan daripada edward.
"Because I'm your friend?" Teka edward. Lya terdiam.
"Okay, tapi jujur ya? Saya langsung tak rindu dekat awak. So now, excuse me. Saya ada banyak kerja." Lya mahu segera pergi dari situ. Entahlah. Dia betul-betul rasa tak selesa.
"Wait." Edward menangkap pergelangan tangan lya. Bulat matanya dengan tindakan spontan edward. Mata mereka saling bertentangan.
"Saya janji yang lepas ni saya takkan sesekali tinggalkan awak. I will be by your side. But before that, I will make you mine. Sebenarnya saya terfikir untuk mengalah. Tapi tak ada sebab yang kukuh untuk saya lepaskan awak." Kata edward dengan suara yang cukup perlahan tapi meresap ke dalam telinga lya. Jelas sekali.
"Ed-edward. Saya tak f-faham. Apa semua ni?"
"Suatu hari nanti awak akan faham." Edward senyum. Tangan lya dilepaskan. Kemudian, dia berlalu dari situ.
Matanya mengekori bayang edward sehingga tubuh itu hilang dari pandangan. Apa semua ni?
******
"Tuanku. Boleh saya masuk?"
Suara vernon kedengaran jelas di luar biliknya. Zen memberi kebenaran. Pintu ditolak perlahan.
Zen mengalihkan pandangan dari skrin laptop. Kini wajah penuh karisma vernon menjadi perhatian. Lelaki itu berdiri penuh hormat dihadapan meja kerjanya.
"Yes, vernon?" Zen angkat kening. Vernon berdehem beberapa kali.
"Em, tuanku. Betul ke tuanku dan cik muda sherry dah... sudah..." teragak-agak dia berkata. Bimbang jika tetiba zen naik angin. Irang baru lepas putus, kadang-kadang emosi jadi tak stabil.
YOU ARE READING
The Royal's Slave
RomanceDestiny lead me to him. I'm no one and nobody but the heart belongs to somebody.