*38*

4.9K 154 36
                                    

"How are you today?" Feanna memulakan bicara saat dirinya dipelawa duduk di atas salah sebuah sofa yang berada di tengah-tengah ruang bilik itu. Zen pamer senyum sambil mengambil tempat bertentangan dengan wanita itu.

"I'm fine."

"I'm sorry for suddenly coming to see you, Your Highness."

"No, there's nothing to feel sorry about. How about your wound? Is it okay?"

"I'm definitely fine. Thank you." Feanna tersenyum lagi.

"I'm Feanna O'dwyer. I know it's late already but hope Your Highness don't mind." Feanna hulurkan tangan tanda perkenalan. Senyuman tidak pernah lekang dari bibir mungilnya. Zen tidak menunggu lama. Tangan itu terus disambut dan digenggam lembut.

"What happen actually?" Zen lantas bertanya apa yang bermain di mindanya sejak kemunculan wanita ini.

"I don't know who they are. Semuanya berlaku dengan pantas. Sedar-sedar saja saya ditarik masuk ke dalam kereta. Tapi saya rasa semua ini ada kaitan dengan keluarga saya." Feanna tarik nafas dalam-dalam sebelum melepaskan keluhan berat. Zen tidak bertanya lanjut kerana Vernon ada memberitahu dia yang Feanna anak perempuan kepada usahawan terkenal di Perancis. Tidak mustahillah jika Feanna boleh terjebak dalam situasi begitu.

"So, you drive?" Duga Zen tiba-tiba.

"Huh?" Feanna tayang muka terkejut dengan pertanyaan spontan Zen. Sebelah keningnya terangkat sedikit.

"Awak dalam perjalanan ke airport kan hari tu?" Zen cuba mempersoalkan kembali apa yang dia dengar daripada Vernon tempoh hari.

"You said that you drove your car and then another car suddenly stopped you isn't it?" Tambah Zen lagi tanpa sempat memberikan peluang kepada Feanna untuk menjawab soalan pertamanya tadi.

"Y-yes." Jawab Feanna ragu-ragu. Zen tarik senyum sambil mengangguk kecil. Dia sandarkan badan pada sofa. matanya tidak lari dari merenung wajah Feanna. Tadi wanita itu kelihatan begitu yakin saat bertatapan mata dengannya. Kini wajahnya kelihatan pucat.

"Awak dah pernah datang sini ke sebelum ni? Macam mana awak boleh pandu kereta sendiri kalau awak datang sini sekadar untuk bercuti?" Zen menduga lagi.

Lama Feanna mendiamkan diri. Zen tidak pula memaksa. Dia hanya membiarkan masa mereka berlalu. Sesaat. Dua saat...

"Yup, I've been here for many times. I even have a house here. I thought you know about it? Don't you already investigate everything about me? I mean, Your Highness?" Feanna menjawab dengan tenang. Seperti biasa senyuman tidak lupa untuk diukir. Zen balas dengan senyuman sinis.

Not bad.

Tokk! Tokk!

"Your Highness, I bring some tea." Suara dari luar menerjah masuk ke dalam ruang bilik itu. Zen betulkan duduk sebelum memberi kebenaran untuk masuk.

"I'm sorry for my disturbing." Lya tunduk sedikit sekadar menghormati lelaki itu sebagai tuan mudanya. Mata sempat dikerling ke arah Feanna. Wanita itu kelihatan tidak terkesan dengan kehadiran dia di situ. Senyuman pun sempat dilemparkan.

Murah betul senyuman dia. Air teh ni tak perlu letak gula dah rasanya. Manis dengan senyuman dia aje.

Dulang di tangan dibawa mendekat ke meja kaca yang diletakkan di antara mereka berdua. Lya duduk melutut di bucu meja sebelum tangan sibuk meletakkan cawan-cawan yang dibawa ke atas meja itu. Usai sahaja melakukan kerjanya Lya bangun berdiri. Dulang dipeluk erat dan dia tunduk sedikit, isyarat mahu berlalu dari situ.

Namun sebelum sempat Lya menapak pergi, tangannya dipegang seseorang. Drastik Lya menoleh ke sebelah. Ketika matanya bertemu dengan sepasang mata hazel milik Feanna dia nampak ada butiran-butiran jernih di dahi wanita itu. Wajahnya juga kelihatan pucat.

"My lady, are you okay? Ada apa-apa yang tidak kena ke?" Lya bertanya bimbang.

"I'm sorry for my rudeness but I think I can't have a tea with you." Feanna bersuara. Wajahnya nampak kehampaan dengan keputusan sendiri. Yalah, bukannya boleh sesenang hati sahaja undur diri apabila berhadapan dengan seseorang berstatus seperti Zen.

"No, I'm fine. If you don't feel well, you can take a rest."

"Excuse us, Your Highness." Lya terlebih dahulu meminta diri. Tangannya memegang erat tangan Feanna. Sebelah tangan lagi memeluk bahunya.

Zen menghantar mereka pergi dengan ekor mata. Cawan kaca yang disediakan Lya tadi dicapai. Bibir dibawa mendekat lalu airnya dihirup perlahan.

Who the hell are you?

Zen tidak pasti tentang identiti sebenar Feanna namun apa yang dia pasti tidak lama lagi dia akan tahu semuanya. Let just wait for the right time.

PINTU bilik tetamu dikatup rapat setelah Lya selesai membantu Feanna apa yang patut, Ketika di bilik Zen tadi wajah Feanna kelihatan begitu pucat. Tangannya juga berpeluh semasa Lya mengenggamnya, Apa yang mereka bualkan sebenarnya?

"Kenapa dengan dia tu?" Tanya Minica sebaik sahaja nampak kelibat Lya masuk ke dapur. Lya tidak terus menjawab. Dia menuju ke salah sebuah kerusi di situ lalu punggung dilabuhkan ke atasnya.

"Aku tak tahu. Bila aku nak keluar lepas siap hidangkan air untuk dia orang, tiba-tiba dia pegang tangan aku. Masa tu baru aku nampak muka dia pucat. Dahi dia sampai berpeluh-peluh."

"Mungkin tuanku ada tanya apa-apa berkaitan kejadian hari tu? Kau tahulah kan orang yang ditimpa situasi macam dia kekadang ada yang sampai trauma. Mungkin dia masih trauma kot." Minica garu dagu, mengagak apa yang sedang berlaku.

"Betul juga kau cakap." Lya mengangguk setuju.

Betullah tu, bukan mudah nak lupakan apa yang terjadi. Luka yang Feanna dapat mungkin tidak sedalam kesan pengalaman hitam yang diterimanya.

"Ver-"

Panggilan Minica terhenti apabila Vernon laju menapak melepasi pandangan mata. Tangan yang tadinya tegak diangkat dibawa turun semula. Mulut pula mencebik.

"Lajunya jalan." Gumam Minica selamba. Lya geleng kepala.

"Dia kan selalu sibuk. Nak jumpa tuanku lah tu kalau sampai berdesup macam tu jalan. Yang kau asyik sapa orang ni dah kenapa?" Tak faham dia dengan Minica hari ini. Lain macam saja ramahnya.

"Tak adalah, aku saja nak bertegur tak boleh ke?" Minica bangun dari kerusi mahu berlalu dari situ. Lya geleng kepala. Ada-ada saja dia tu.

"Your Highness,"

Pintu dibuka setelah menerima kebenaran dari dalam. Sebaik sahaja matanya bertembung dengan mata Zen, Vernon tunduk memberi hormat.

"So how?"

Tanpa banyak bicara Vernon tutup pintu rapat-rapat terlebih dahulu sebelum mengatur langkah menghampiri Zen yang kekal tidak berganjak sedari tadi. Sekeping sampul coklat dihulur kepada Zen. Vernon hanya berdiri di situ, menunggu tindakan daripada Zen.

Sampul di dalam tangan Vernon dipandang kejap. Lantas sampul itu diambil lalu isinya dibawa keluar. Mata meneliti satu-satu perkataan yang tertera di dalamnya. Setelah itu barulah dia lemparkan perhatiannya kepada Vernon semula.

"Is this all that you get?" Zen angkat sebelah kening. Vernon sekadar mengangguk. Ada riak hampa di wajahnya kerana tidak dapat memenuhi permintaan Zen.

"Tapi tuanku, saya rasa ada sesuatu yang tidak kena. Saya akan sebaiknya cuba selidik tentang dia. Tuanku jangan risau." Kata Vernon pasti, cuba meraih kepercayaan Zen semula.

Kertas di tangan diletak ke atas meja kaca di hadapannya. Lama dia berkeadaan begitu. Otaknya ligat memikirkan sesuatu.

"I don't care what you gonna do because I know you will find out about it. Kau tak pernah kecewakan aku Vernon. Jadi lakukan yang terbaik untuk cari maklumat tentang perempuan tu."

"Baik tuanku." Vernon tunduk.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 06, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

The Royal's SlaveWhere stories live. Discover now