*14*

9K 332 5
                                    

Belakang badannya disandarkan pada kepala katil sambil mata tidak lepas dari muka laptop yg tertera dokumen-dokumen penting. Walaupun mata birunya sedang asyik membaca tulisan-tulisan pada dada skrin namun fikirannya jauh menerawang memikirkan perbuatannya terhadap lya. Dia sendiri tidak mengerti kenapa dia boleh bertindak sedemikian. Semuanya berada di luar kawalan.

Pen dilepaskan dari pegangan jari-jemarinya kemudian di bawa ke dahi licinnya. Ya, dia tahu dia salah. Tapi dia tidak mampu mengawal perasaan bila melihat lya sedang berusaha untuk melepaskan diri darinya. Dia benar2 rasa tercabar.

"Tuanku! Tuanku! Boleh saya masuk?" Kedengaran suara Minica dari luar biliknya. Zen tersedar dari lamunannya. Sebaik sahaja memberi kebenaran masuk seorang gadis yg tinggi lampai, lengkap berpakaian uniform pembantu berjalan masuk dengan kepala yg tertunduk memandang lantai.

"Yes?" Tanya zen tanpa memalingkan wajahnya ke arah gadis itu. Matanya sengaja dilarikan ke dada skrin.

"Tuanku, cik lya tak nak makan. Puas kami paksa tapi dia masih degil." Jujur minica sambil tunduk tanpa langsung memandang ke mata zen.

"Biarkan dia. Bila dia lapar nanti, dia makan lah tu."

"Tapi tuanku, dari pagi lagi dia belum makan." Tambah minica bimbang.

Zen mengeluh halus. Sudah dua hari lya dikurung di dalam bilik itu. Saban hari hanya tangisan yg didengari dari balik pintu biliknya. Lucy juga pernah datang mengeluh tentang kedegilan lya yg tidak mahu menjamah makanan.

"Kamu keluar dulu." Arah zen.

"Tapi tuanku? Macam aana dengan cik lya?"

"Saya tahu apa yg saya lakukan." Jawabnya tegas. Minica hanya mampu menurut tanpa sepatah kata.

Sekali lagi zen mengeluh sebaik sahaja kelibat minica hilang dari pandangannya. Apa yg harus dia lakukan sekarang? Haruskah dia memperbetulkan kesilapannya? Tidak! Bukan semudah itu dia akan memaafkan orang yg telah menghancurkan hidupnya.

Tombol pintu dipulas lalu dia melangkah keluar dari biliknya. Wajah lucy semakin lama semakin jelas pada pandangannya. Gadis itu sedang berusaha memujuk lya agar membukakan pintu. Berkali-kali dia mengetuknya namun keadaan sunyi tanpa suara dari dalam.

"Lucy." Tegur zen sekadar mahu memberitahu kehadirannya.

"Tuanku." Lucy tersentak lalu segera tunduk ke arahnya.

"Tinggalkan kami." Arahnya. Lucy terkebil-kebil memandang wajah yg dingin seperti ais itu.

"Tapi cik lya tak nak buka pintu. Dah banyak kali saya ketuk di-"

"Lucy. Just leave it to me." Katanya keras. Lucy tertunduk lalu mengangguk kecil. Dulang yg ditatang lucy bertukar tangan. Kini, gadis itu melangkah pergi dalam tidak rela. Zen pula mengeluarkan kunci pendua dari poket seluarnya lalu pintu terbuka luas apabila dia berjaya membukanya.

Matanya terbuntang melihat keadaan bilik yg agak bersepah. Beberapa helai gaun bertaburan dicampak ke lantai. Cadar katil terkeluar dari tilam. Tingkap pula mungkin sudah dua hari tidak dibuka. Udara di dalam bilik itu seperti sudah sebati dengan tangisan gadis yg sedang lena tidur di atas lantai. Mungkin kerana terlalu letih menangis sehingga dia sendiri tertidur tanpa sedar.

Pintu ditutup rapat dan dikunci dari dalam. Bimbang juga jika lya tiba2 bangun dan bertindak cuba nelarikan diri. Perlahan-lahan dia mengatur langkah menghampiri tubuh kecil itu. Dulang berisi bubur ayam yg masih panas dan segelas fresh milk diletakkan ke atas meja solek.

Zen duduk melutut dengan sebelah lututnya selamat mendarat ke lantai. Persis seperti mahu melamar seseorang. Jari telunjuknya menguis rambut yg menutupi wajah lya dan diselit ke belakang telinga. Lya mengerutkan dahinya, sedikit terganggu dengan tindakan zen namun masih lena diulit mimpi. Zen menghela nafas lega. Khuatir jika tindakannya menganggu tidur lya.

Inikah gadis yg telah menghancurkan hidupnya? Inikah gadis yg tiba2 muncul kerana perjanjian silamnya? Dia sedar, bukan salah lya. Dia sendiri tidak mampu menerima perjanjian yg ditandatangani oleh datuknya dulu. Begitu juga zen. Dia masih tidak mampu menerima semua ini. Dia bingung dengan kehadiran lya. Dia...

"Ibu... ibu..." bisik satu suara. Zen tergamam seketika. Lya?

"Ibu.... lya rindu.... ibu..." bisik lya lagi. Matanya tetap terpejam rapat namun air mata mengalir turun dari kelopak matanya.

"Lya?" Panggil zen lembut. Cuba menyedarkan gadis itu. Bahunya digoncang halus tapi lya masih tidur bersama pipi yg basah dengan air mata.

"Ibu!" Lya tiba2 terjerit. Matanya terbuka luas. Tergopoh-gopoh dia bangun dari pembaringan bila melihat wajah yg paling dibenci. Zen.

"Apa kau buat dalam bilik aku? Keluar!! Aku tak nak tengok muka kau! Keluar!!" Jerit lya kuat. Pipi basahnya disapu kasar dengan belakang tangan.

"Pembetulan, ini bukan rumah kau jadi ini pun bukan bilik kau! Sedar sikit diri tu!" Sindir zen. Dia bangun lalu berdiri tegak dihadapan lya yg masih duduk bersimpuh di lantai.

"Apa lagi yg kau nak hah?! Tak puas lagi ke kau seksa aku?!" Tengking lya.

"Hey, young lady... tolong hormat sikit bila bercakap dengan aku! Kau siapa nak tengking2 aku, hah?!" Balas zen kasar. Dia mencengkam lengan lya utk memaksanya bangun. Matanya direnung tajam ke dalam mata sayu milik lya.

"Untuk apa aku hormat orang yg tak berperikemanusiaan seperti kau? Kau tak ubah seperti binatang yg melalak di jalanan!" Hambur lya.

Zen mengepal penumbuk. Dadanya berombak ganas menahan marah. Dia cuba tarik senyum.

"Aku tak kesah, suka hati kau nak kata apa. But please remember young lady. You're my slave and no one can let you go from me. Even edward, my own cousin." Bisiknya dekat di telinga lya.

Dengan sepenuh tenaga, lya melepaskan pegangan tangan zen dari lengannya lalu tubuh tegap itu ditolak kasar.

"Keluar!! Aku tak nak tengok kau kat sini! Keluar!" Jerit lya lagi.

Zen pasang muka dinginnya. Tangan dimasukkan ke dalam poket seluar lalu dia kembali mendekati lya.

"Aku takkan keluar selagi kau tak sentuh makanan kat atas tu. Aku tak puas seksa kau jadi aku takkan benarkan kau mati macam tu je. So, I'm ordering you to eat your food!" Keras dia berbicara.

Lya memalingkan wajah kosongnya ke arah jari telunjuk zen. Dia mendekati meja solek itu lalu mangkuk bubur dicapainya. Zen tersenyum puas. Berjaya juga dia memaksa lya untuk makan.

"Mudah kan kalau kau boleh ikut dengan rela hati? Aku pun tak perlu guna kuasa veto aku kerana hal2 y-"

Splash!

Zen terbuntang dengan tindakan berani lya mencurahkan bubur ke atas kepalanya. Tidak lupa juga segelas fresh milk disimbah ke muka zen.

Matanya dipejam rapat, mahu mengumpulkan kesabarannya yg masih bersisa namun sia2 saja. Dia tidak mampu lagi. Mukanya memerah menahan marah yg menunggu masa ingin meletup.

Lya tersenyum puas. Biar dia tahu, betapa bencinya aku pada kau!

Tangan dibawa ke muka lalu lelehan bubur bercampur susu dilap dengan jari-jemarinya.

"That's it! Kau yg paksa aku, Lya Meyer!"

------------------------------------------------------

Done for chapter 14. Sorry to all my readers. Dah lama tak update. I'm seriously busy with my work sampai nak buka wattPad pun tak sempat. Anyway, I got a special deal so I have two weeks for relaxing my brain. doakan agar saya dapat curahkan idea utk siapkan bab2 yg seterusnya.

The Royal's SlaveWhere stories live. Discover now