Dia memandang sekujur tubuh yang sedang lena tidur. Lya dapat dengar hembusan nafasnya yang diatur perlahan. Matanya jatuh pada wajah pucat zen. Kesianlah pula.
Tuala putih di tangan diperah sebelum diletak elok ke atas dahi zen. Lya berdecit geram. Kenapa aku pula yang perlu jaga dia? Omelnya dalam hati.
Tiba-tiba pintu bilik itu terbuka dari luar. Vernon masuk dan menghampiri lya yang berada berdekatan katil.
Menyedari kehadiran lelaki itu, lya bangun dari birai katil dan menanti vernon datang dekat dengannya."Macam mana keadaan tuanku?" Tanya lya.
Selepas zen dibawa ke bilik tadi, vernon segera menelefon doktor peribadi diraja. Sebaik sahaja doktor tu memeriksa zen, vernon terus menghantar dia pulang tanpa sempat lya bertanyakan tentang keadaan zen.
"Tuanku cuma demam. Awak tak perlu risau. " vernon senyum.
Huh?! Risau?! Siapa yang risau? Tak naklah aku risaukan lelaki ni. Menyampah aje! Kutuk lya dalam hati. Matanya sempat dijeling sekilas ke arah katil.
"Oh ya, malam ni saya akan pergi ke istana nak khabarkan tentang keadaan tuanku. Tolong uruskan tentang tuanku ya? "
"Then, how about the woman that you bought here? What should we do? "
"For a moment please treat her well. I'm going to checkout something about her. "
"Dia masih tidur ke? " soal lya ingin tahu.
Sejak tadi dia berada dalam bilik zen. Minica dan lucy pula mungkin terlalu sibuk uruskan perempuan tu sehinggakan langsung tak nak masuk tengok-tengokkan lelaki ni. Ah! Pening jadinya dengan keadaan sekarang. Apa dah berlaku sebenarnya?
"Vernon, are you sure about this?" Tanpa teragak-agak lya bertanya. Vernon memandang ke arahnya.
"What do you mean? "
"I mean, are you sure that we should treat the woman here? I'm just curious about this s-"
"Lya, don't worry. I will handle this out."
Akhirnya lya mengangguk saja. Okey, ini bukan masalah dia. Dia hanya pembantu di sini. Dia tak sepatutnya masuk campur. Lya, mind your own bussiness!
"Okeylah, saya pergi dulu. " kata vernon.
Tanpa menunggu balasan lya, vernon segera melangkah keluar. Lya melirik ke arah katil. Lalu dia menapak keluar dari situ untuk pergi mencari lucy. Biarlah dia tidur. Bisiknya perlahan.
Lya menuju ke sebuah bilik tetamu yang berada selang dua bilik dari bilik tidur utama. Pintu dibuka dan seraut wajah dijeling sekilas. Kelihatan lucy baru saja selesai merawat luka di tangan perempuan itu.
"Lya. Macam mana dengan tuanku? "
"Demam aje."
"Tuanku memang macam tu. Antibodi tak kuat sangat. Sebab tu mudah kena serang penyakit." cerita lucy. Nampak macam lelaki tu dah banyak kali demam. Fikir lya. Ah! Lantaklah dia. Malas aku nak ambil tahu.
Lya berjalan mendekati katil. Matanya leka memerhatikan figura yang terbaring di atas katil itu.
"Lucy. Kau rasakan, perempuan ni siapa?" Lya garu dagu yang tidak gatal.
Lucy mengemas barang-barang yang digunakannya ke dalam kotak first aid lalu kotak itu diletak ke dalam sebuah almari.
"I don't know. Maybe she is her mistress? " teka lucy selamba. Mata lya membulat. What?! Mistress?!
"Nonsense! Takkanlah tuanku bawa perempuan simpanan dia datang ke rumah ni dalam keadaan basah kuyup? Dua-dua pulak tu? Lepas tu tuanku sampai pengsan sebab demam panas." Bersungguh lya mengeluarkan teori.
"Manalah aku tahu kisah disebalik kejadian tu semua. Aku cuma agak ajalah. Kenapa kau emo sangat ni? Cemburu ke apa? " sindir lucy sambil simpan senyum.
Lya terbuntang mendengar pernyataan lucy. C-cemburu?!
"Mengarutlah kau ni! Mana ada aku cemburu? Jangan main-main boleh tak?" Marah lya geram. Tangannya disilang ke dada. Lucy ketawa kecil. Lucu tengok reaksi lya. Haha. Gurau pun tak boleh eh? Marah sangat dekat tuanku sampai nak gurau pun tak boleh."Lya. Aku nak tanya sesuatu dekat kau, boleh tak? "
Lya angkat kening. Pelik dengar soalan penuh beradab lucy. Sebelum ni main terjah aje kalau nak tanya apa-apa. Ini sampai perlu minta izin dah kenapa?
"Apa dia? "
"Kenapa kau benci sangat dekat tuanku? Kau tak rasa ke sebab tuanku kau selamat dari cengkaman mak cik selena kau tu? "
Dengar saja nama tu terpacul keluar dari mulut lucy, memori bersama wanita itu berputar dalam fikirannya. Dah lama dia tinggalkan rumah tu. Mak cik selena... Cyrus... Semua okey ke?
"Lya! Lya! Aku tanya ni. Kau mengelamun pula ke? "
Bagai tersedar dari mimpi, terkebil-kebil lya mencari wajah lucy.
"Wait! Why are you asking me?" Lya cuba untuk mengelak dari menjawab soalan perempuan itu.
"Yalah sebab aku tengok kau asyik angin aje dengan tuanku. Mengikut pengiraan aku, tuanku nampak okey aje dengan kau sekarang. Tak ada pula dia layan kau macam dulu. Tapi faham-fahamlah perangai dingin dia tu memang tak boleh buang sebab dah sebati sejak lahir lagi."
"Maksud kau? Layan aku macam dulu?" Tanya lya acuh tak acuh.
"Huh... Its okay lya. No need to answer it."
Lucy bersedia untuk keluar sebelum lya menahan dirinya pergi.
"Let me treat her.Kau pergilah jaga tuanku. "
"Huh?! No! No! No! You should treat The Highness." Kalut lucy menolaknya.
"Okay, I would ask minica if she want to take care of the prince."
Lya segera keluar untuk mencari minica di tingkat bawah. Lucy hanya memerhati jejak langkah lya sambil menggigit bibir.
-----
"No way!" Tolak minica laju. Kepalanya digeleng berkali-kali.
"Kenapa dengan korang berdua ni? Dua-dua tak nak. Habis tu, siapa yang nak tengok-tengokkan tuanku? "
Lya cekak pinggang. Lucy dan minica dipandang silih berganti.
Tiba-tiba kedua-dua pasang mata itu tertumpu pada lya. Semakin lama semakin lebar mereka berdua tersenyum. Lya telan liur.
"Ke-" belum sempat lya bersuara, lucy memotong.
"Kaulah jaga tuanku. Kitaorang berdua jaga perempuan tu. Simple! Okay, lets end here. Now lets do our job. Minica kau dah masak belum? " lucy menolak tubuh minica ke dapur. Lagaknya macam sengaja nak larikan diri aje. Lya berdecit geram. Apa masalah diaorang tu?
Akhirnya lya seret kakinya naik semula ke bilik zen untuk memeriksa keadaan lelaki itu.
Bila kakinya sudah berhenti di hadapan pintu bilik zen, tangannya mengeras dari memulas tombol pintu apabila terdengar suara dari dalam bilik itu. Lya dekatkan telinganya pada pintu. Nak cuba dengarlah.
"Are you deaf?! I said get here now! Don't you dare to tell them!"
"Kau siapa nak arah aku?! Aku tak nak diaorang tahu jadi kau balik sekarang! Faham?! "
Tengking zen kuat. Bahu lya terjungkit mendengar jeritan itu. Sakit-sakit pun masih ada tenaga nak marah orang?
Tiba-tiba dia terdengar bunyi sesuatu yang jatuh ke lantai. Secara drastik lya meluru masuk ke dalam bilik itu.
Lya terkaku di situ apabila sepasang mata mencerlung tajam ke arahnya. Dia ketap bibir, cuba mengumpul sepenuh kekuatannya.
"What are you doing here?" Tanya zen keras sambil memegang kepalanya. Badan pula disandar pada kepala katil.
"S-saya i-ingat ada sesuatu ber-berlaku pada tuanku j-jadi saya... "
"Get out!!"
Jerit zen pada lya. Tertunduk lya mendengar jerkahan lelaki itu. Huh... Apa lagi yang aku perlu hadap dengan lelaki ni?
YOU ARE READING
The Royal's Slave
RomanceDestiny lead me to him. I'm no one and nobody but the heart belongs to somebody.