*30*

6.6K 289 12
                                    

"Vernon! Kau dekat mana? Kereta aku rosak ni! Ni mesti kau terlupa service kan?!!" Marah zen sambil membelek enjin keretanya. Dia bersandar pada kereta sambil kepala diangkat memandang langit yang kelihatan gelap.

Ingat boleh balik mandi dekat rumah. Tengok-tengok masalah pula datang. Malang betul nasib aku hari ni.

"Saya minta maaf tuanku. Jangan risau, saya on the way sekarang." Kalut vernon menjawab.

"Lebih baik kau cepat! Aku dah berpeluh dekat sini ni!"

Panggilan dimatikan. Zen campak telefonnya ke atas tempat duduk pemandu.

"Siap kau kereta! Kalau kau tak nak hidup, aku bakar aje nanti!" Bebel zen pada keretanya.

Rambut pacaknya diraup ke belakang. Mana vernon ni? Dah hampir sejam aku tunggu. Bebelnya lagi.

Ketika zen sibuk membebel dekat kereta, tiba-tiba ada sebuah kereta yang melintasi tempat itu. Tanpa sedar, kereta itu berhenti di seberang jalan. Satu kelibat keluar dalam terburu-buru apabila pintu kereta terbuka luas.

"Lepaskan akulah! Lepaskan aku!" Jerit perempuan itu. Seorang lelaki sedang memegang tangannya dan seorang lelaki lain berusaha ingin menutup mulut perempuan itu. Zen mengalih pandang. Kenapa tu?

"Masuklah perempuan! Aku cakap masuk!" Jerkah lelaki bertopeng itu.

"Tolong! Tolong!" Tidak semena-mena perempuan itu menjerit kuat. Zen tersentak. Melihat keadaan jadi tidak terkawal, dia tergerak untuk masuk campur.

"Hei! Lepaskan perempuan tu!" zen hadiahkan renungan helangnya. Lelaki itu berdecit.

"Ini bukan urusan kau. Pergi dari sini!"

"Tolong! Tolong saya! Lelaki ni nak cu-" sebelum dia sempat menghabiskan ayatnya, satu tamparan melayang di pipi perempuan itu. Dia jatuh tersungkur sambil memegang pipinya yang kemerahan. Zen genggam penumbuk.

"Kau jangan tunjuk lagak dekat perempuanlah. Lawan dengan aku kalau kau hebat sangat." Kata zen dingin. Matanya mencerlung tajam.

Salah seorang dari mereka berdua menerpa ke arah zen. Sebiji penumbuk cuba dilayangkan ke muka zen namun cepat dia mengelaknya. Seorang lagi mula naik angin dan cuba menendang perut zen.

Sekali lagi zen mengelak dari tendangan itu. Malas mahu bermain-main dia melayangkan penumbuk ke muka lelaki itu. Dengan sekali hayun, lelaki itu jatuh tersembam ke bumi.

Baru saja dia nak layangkan penumbuk yang kedua, muncul vernon di hadapannya.

"Your Highness, let me handle it." Mintanya yakin. Zen hanya terdiam. Dia mengerling ke arah perempuan tadi. Lalu dia menghulurkan tangan untuk membantu perempuan itu.

"Awak okey?"

Dalam takut-takut perempuan itu mengangguk. Dia menyeringai apabila tersentuh luka di sikunya. Zen kalih pandang. Sempat dia tersenyum sinis melihat Vernon yang sepantas kilat menumpaskan lelaki-lelaki itu.

Vernon menghampiri mereka dalam tercungap-cungap apabila kereta yang dinaiki lelaki itu memecut laju meninggalkan tempat itu. Saat itulah hujan mulai turun membasahi jalan. Kalut vernon pergi ke kereta untuk membawa zen pulang.

"Awak nak-"

Kata-katanya terhenti di situ apabila perempuan tadi rebah ke tanah. Cepat-cepat zen mendapatkannya. Hujan turun dengan lebat, membasahi dua orang manusia itu. Akhirnya, tubuh perempuan itu dicempung dan dibawa masuk ke dalam kereta. Lalu, kereta yang dipandu vernon memecut laju ke jalan raya.

*****

Masing-masing tercengang di muka pintu melihat sebatang tubuh masuk dalam keadaan basah kuyup. Lucy segera bersuara.

"Tuanku. Apa yang dah berlaku?" Minica dan lya menunggu jawapan sambil mata melirik ke arah seorang perempuan yang berada dalam dukungan zen.

"Vernon. Bawa dia naik ke bilik. Minica, kau tolong lucy tukar pakaian dia." Semua mengangguk mendengar arahan zen. Perlahan-lahan vernon mendukung perempuan itu dari tangan zen untuk dibawa naik ke bilik tetamu. Minica dan lucy mengekorinya dari belakang.

Kini, hanya lya saja yang masih berdiri memandang zen. Lelaki itu tanpa suara, duduk di atas sebuah sofa. Tersedar sesuatu, lya menghilang sebentar sebelum muncul semula bersama sehelai tuala di tangan.

"Tuanku." Dia hulurkan tuala itu kepada zen. Namun hulurannya tidak bersambut.

Zen tunduk sambil kedua-dua belah tangannya ditongkat ke atas lutut. Tangan kanannya memegang kepala.

"Tuanku. Tuanku okey tak?"

Lya juga bingung dengan tindakannya. Apa yang dia tahu dalam sekelip mata tubuhnya sudah berada di hadapan zen. Tuala di tangan mengelap rambut zen yang basah terkena hujan yang semakin lebat. Dua-dua tersentak. Tangan lya mengeras secara tiba-tiba.

Lya! Apa kau cuba buat ni? Matilah aku! Dia gigit bibir.

"Apa kau buat ni?" Zen mencerlung dari celah tuala. Tangan lya ditepis kasar. Cepat-cepat lya jarakkan diri. Bimbang dirinya menjadi mangsa tetapi kakinya tersadung sesuatu menyebabkan badannya terjatuh ke belakang.

Tuala di tangannya terlepas dari pegangan. Lya! This is the end...

Melihat tubuh lya yang hampir jatuh, zen terbangun dari sofa dan tangannya merangkul pinggang lya.

Masa bagaikan terhenti seketika. Wajah mereka berdua terlalu dekat sehingga hembusan nafas zen dapat didengar dengan jelas di telinga lya. Mata lya membulat apabila zen menariknya agar kembali berdiri tegak.

Dia merenung anak mata lya. Entah kenapa timbul satu perasaan yang sukar ditafsir. Dia...

Tiba-tiba kepalanya terasa berpusing. Badannya menjadi lemah. Zen jatuh terduduk ke lantai. Hampir saja lya menghempap badan zen. Mujur dia sempat imbangkan badan.

"Tuanku! Tuanku!" Panggil lya gelabah.

Zen tersandar pada sebuah meja kaca. Tangannya meramas rambut. Menyedari kelakuan zen, lya menyentuh dahinya.

Panas!

"Tuanku! Let me help you!"

Tangan kanan zen disangkut pada lehernya. Kemudian, lya merangkul pinggang zen untuk membantu lelaki itu bangun. Tubuh zen yang lemah menyukarkan lya melangkah. Dalam beberapa tapak saja, mereka hilang imbangan dan jatuh ke atas sofa.

Lya ketap gigi apabila badannya dihempap dengan tubuh zen. Lelaki itu pula sudah tidak sedarkan diri. Lya mula jadi tidak keruan. Hanya satu nama saja yang muncul di dalam fikirannya.

"Vernon!!"



----------

Jangan kecam sis! Idea tak keluar. Ini aje yg mampu hadiahkan utk readers. Sorry sangat, sbb dh lama tak update. Jgn lah merajuk ya? Sis kan dh janji? Walaupun ad anak ke-2, ank sulung ni takkan di anaktirikan. ✌ So, korang pun jgnlah meng'anaktirikan' cerita trbaru sis. Sedih sis dibuatnya. (ni kalau ckgu bm aku thu salah dlm penggunaan ayt, baru naya hidup aku!)

Anyway, thanks kpd pengikut setia. Bestlah korang! Cerita baru sis pun korang follow. Tip top lah! nanti klu nk follow my real life, jgn lupe dm ya? Rahsia kita brdua aje!

Okey, done! Nantikan smbungan ya? Hehe. Bila? Sis pun tak tau! Tunggu ajelah. ✌








The Royal's SlaveWhere stories live. Discover now