Tombol pintu dipulas berkali-kali namun masih tidak terbuka. Dia mendengus geram. Lelaki itu sengaja menguncinya dari luar.
"Buka! Buka pintu ni! Zen!" Panggil lya nyaring, tangan mengetuk-ngetuk pintu bilik.
"Let me out of here! Zen!"
"Zen! Zen!"
Klik! Bunyi kunci dibuka.
Pintu ditolak perlahan-lahan. Terserlah muka zen sedang terpacak di muka pintu dengan tangan di dalam poket seluar. Dia hadiahkan pandangan kosong ke arah lya.
"Kenapa kunci pintu?"
"Suka hati akulah! Kau pula, yg terjerit-jerit ni kenapa?"
Lya tertawa sinis sambil tayang muka tidak percaya.
"Let me out of here!" Pintanya.
"Never!" Jawabnya ringkas.
"Kau-" lya menghalakan jari telunjuknya tepat ke muka zen.
"Hey, young lady!" Zen menangkap pergelangan tangan lya. Gadis itu terdorong ke hadapan. Matanya berkelip-kelip membalas pandangan mata zen.
"Am I warning you before? Do respect me. Or not..." zen tarik senyum. Mata lya membulat sebaik sahaja memahami senyuman penuh makna zen. Cepat2 dia menarik tangannya dari tangan zen lalu melangkah ke belakang beberapa tapak. Seriau dengan senyuman lelaki psiko seperti zen.
"Haha." Tawa zen meletus. Lucu dengan gelagat kalut lya.
"Apa yg lawak?" Keningnya bertaut, pelik melihat zen yg beria-ria mentertawakannya.
"Nothing."
"Fine, tuanku. Please, let me go can you? Saya bosan asyik terkurung dalam bilik ni." Jujur lya. Panggilan turut bertukar agar dapat memujuk zen dari terus mengurungnya di dalam bilik. Dia sudah mengalah. Tiada guna jika dia terus memberontak kalau dia sendiri tahu, zen tidak akan terkesan dengan semua itu.
"Look at you. Kau nampak terdesak!" Katanya perlahan tapi sinis saja bunyinya.
"Okey, I will let you go but under one condition. Kau perlu ikut aku pergi show." Tambah zen.
"Show?"
"Yes. Aku akan minta lucy sediakan pakaian kau so tonight, you gonna come with me." Kata zen atau lagi tepat arah zen.
"Kenapa saya perlu ikut tuanku?" Sungguh, dia masih bingung dengan situasi sekarang.
"Listen. Berapa kali aku nak ingatkan kau? You're my slave." Jawabnya ringkas, padat dengan jawapan yg paling tepat.
"Tapi, saya tak pernah pergi majlis apa2 seumur hidup saya." Katanya tidak keruan.
"Fine." Zen menolak lya perlahan agar menjauhi pintu. Kemudian pintu itu ditutup sebelum dikunci kembali. Lya tersentak lalu mengetuk pintu bertalu-talu.
"Tuanku! Tuanku!"
"So?" Tanya zen, meminta persetujuan dari luar bilik.
"Okey, okey. Saya pergi." Kata lya perlahan dalam tidak rela. Sempat dia mengeluh perlahan dengan tindakannya.
"Good. Harap kau jangan bawa masalah utk malam ni." Bunyi derap kaki zen mematikan lamunannya.
Dia bersandar pada pintu dan kepala diangkat memandang siling. Sekali lagi, dia mengeluh berat.
***********
YOU ARE READING
The Royal's Slave
RomanceDestiny lead me to him. I'm no one and nobody but the heart belongs to somebody.