"Lya!!" Jerit zen dari dalam biliknya.
Tergesa-gesa lya berlari masuk ke dalam bilik itu. Kelihatan zen sedang bersandar pada meja kerjanya dengan sebelah tangan diletak pada dahi. Lya berjalan mendekatinya.
"Kau ada sentuh barang-barang aku dekat sini?"
"T-tak ada, tuanku.." jawab lya perlahan. Kepala ditundukkan sambil bermain jari.
"Tipu!! Kalau tak, kenapa kertas kerja aku hilang?! Kan aku dah cakap jangan kau berani usik pun barang-barang aku dalam bilik ni! Kau pekak ke, hah?!!" Tengking zen kuat. Terjongket bahu lya dengan suara zen yang bagaikan kilat menyambar bumi.
"Betul tuanku! Saya tak pernah sentuh pun. Saya tak tipu." Bersungguh-sungguh lya menafikan tuduhan zen.
"Diam!! Aku tak nak dengar lagi alasan kau! Sekarang ni, kau keluar dari bilik aku lepas tu cari balik kertas-kertas aku yang hilang! Kau pergi sekarang!" Marah zen. Jeri telunjuknya diangkat dan dihala ke arah pintu. Tergopoh-gopoh lya melangkah keluar dari bilik itu.
"Menyusahkan betul!" Zen mendengus geram.
Zen mahu berjalan pergi tetapi kakinya terlanggar kaki meja. Dia terduduk sambil mengadu kesakitan. Hujung jari kakinya digosok tanpa henti.
"Ah! Sakitnya!"
Tiba-tiba dia terpandang sesuatu di bawah meja kerjanya. Perlahan-lahan zen menarik helaian kertas itu dan isinya diteliti satu persatu.
"Eh? Ini kertas kerja aku. Macam mana boleh jatuh dekat bawah tu?" Dia menggaru kepala yang tidak gatal.
"Alamak! Malunya. Aku ingatkan hilang tadi. Ish! Angin punya pasallah ni!" Bebel zen kegeraman. Dia sempat menyepak kaki meja dan sekali lagi terlompat-lompat kesakitan dengan memegang sebelah kakinya.
******
"Ish! Aku pula yang disalahkan." Rungut lya perlahan.
Semua tempat sudah diselongkarnya. Tak ada pula nampak gumpalan kertas di situ. Manalah kertas dia menghilang? Hish! Asyik nak susahkan aku aje. Nasib baik kau tu anak raja. Kalau tak, dah lama aku bagi kaki.
Lya, lya. Berani ke kau nak buat? Tadi pun bukan main menikus kena jerkah dengan dia.
"Hai lya!"
Muncul satu suara menyapanya dari belakang. Pantas lya menoleh. Kelihatan edward sedang tersengih tayang gigi.
"Oh, hai." Lya senyum nipis.
"Awak cari apa? Dari tadi lagi saya nampak awak dekat sini." Tanya edward ingin tahu.
"Eh, tak adalah. Mana ada. Saya tengah buat kerja ni." Dalih lya. Dia mencapai sebatang penyapu yang disandar pada dinding dan berpura-pura sibuk menyapu lantai.
"Nak ke-"
"Em, edward. Saya ada banyak kerja nak buat. Saya pergi dululah." Ujar lya.
Cepat-cepat dia melangkah pergi meninggalkan edward yang terkebil-kebil sendirian.
Setibanya di dapur, lya bersandar lega pada peti sejuk. Dia sempat menjeling ke luar kalau-kalau kelibat edward masih di situ. Untung Edward tidak mengekorinya. Lya mengeluh berat.
'Maaf, edward. Saya tak nak bagi masalah pada awak.' Keluh lya dalam hati.
Lya sedang sibuk mengemop lantai ketika sepasang kaki berdiri tegak di hadapannya. Lya angkat muka.
"Em, cik sherry. Selamat pagi. Tuanku tak ada. Dia pergi kerja. Nan-"
"I don't want to meet him. I just want to meet you." Bibir merah menyala sherry mengukir senyum. Lya terdiam lama. Kemudian dia mengekori sherry ke ruang tamu dan berdiri di hadapan wanita itu ketika sherry mula duduk di atas sofa.
"Kau nak tahu secret tak?" Mula sherry sambil matanya jatuh pada wajah lya.
"Ap-apa dia cik sherry?" Soalnya teragak-agak.
"Sejak kau datang tempat ni, banyak perubahan yang berlaku. Lebih-lebih lagi berkaitan zen." Saat itu ekspresi wajah sherry telah berubah. Tiada lagi senyuman manis terhias di wajah anggunnya.
"Aku betul-betul tak suka tentang tu, kau tahu tak?" Lya tunduk memandang hujung kakinya.
"I will make it simple. Kalau takdir kau sudah ditentukan untuk jadi pembantu, jadi hidup dengan status pembantu. Jangan kau berangan nak hidup seperti puteri raja dekat sini."
"Cik sherry, sa-"
"Hmmm. No need to answer me, just listen." Sherry goyangkan jari telunjuknya di depan muka lya.
"Aku peliklah, kenapa tuanku nak susahkan diri libatkan keluarga kau dalam keluarga diraja? Menyemak aje!" Sherry mencebik.
"Sebab tulah aku nak kau dengar baik-baik. Aku, sedikit pun tak tergugat dengan kehadiran kau tapi kalau aku tahu kau cuba buat sesuatu nahas kau! Jangan ingat kes kau berbeza dengan yang lain, kau boleh hidup senang dekat sini. One more thing, aku nasihatkan kau supaya jangan berani nak bercakap dengan kaum kerabat aku. Diri kau takkan pernah layak nak berbual dengan kerabat diraja. Sedar sikit diri tu siapa! Bayang pun aku tak benar kau pijak!" Suara sherry tegas. Lya langsung tak berani nak angkat muka. Dari tadi dia hanya tunduk memandang hujung kaki. Sekali-sekala dia telan liur mendengar amaran keras daripada sherry.
"Huh! Buang masa aku aje cakap dengan orang macam kau!" Cemuh sherry lagi. Dia bangun dari sofa.
Sebelum dia berlalu pergi, matanya mencerlung tajam ke arah lya.
"Ingat, just stay in your shoes!" Sherry berlalu keluar dari situ. Leon sedang menunggu di kereta. Sebaik sahaja sherry masuk ke dalam kereta, mereka meninggalkan rumah agam itu.
Terduduk lya seketika apabila kelibat sherry hilang dari pandangan. Dia mengeluh berat. Apa semua ni?
YOU ARE READING
The Royal's Slave
RomanceDestiny lead me to him. I'm no one and nobody but the heart belongs to somebody.