*29*

5.5K 245 2
                                    

Dia tercegat di depan peti ais sambil mata terhala pada sepotong kek. Ini kek yang dibeli vernon ke? Mana kek..

"T-tuanku tak tidur lagi?"

Tegur satu suara. Terperanjat zen dibuatnya tengok muka lya disebelah. Ish! Untung tak jerit. Buat malu keturunan lelaki aje nanti.

Aku ingatkan semua dah tidur. Rupanya ada lagi yang masih merayau malam-malam buta ni. Nasib muka tu okeylah, boleh tahan. Kalau tak, dah lama dapat penumbuk kes tindakan drastik. Oh, penakut juga kau rupanya!

"Hmmm." Balasnya dingin.

Zen menutup pintu peti ais. Dia berlalu ke kabinet dapur dan sebiji mug berwarna hitam dicapai. Sepeket sachet coffee latte diambil dari dalam almari.

"Tuanku nak air ke? Biar saya buatkan." Minta lya. Sebelum sempat zen menjawab, dia terlebih dahulu mengambil sachet coffee yang berada dalam tangan zen.

Lincah tangannya membancuh kopi. Zen duduk di bar mini berdekatan meja kerja. Selesai saja lya letakkan mug itu dihadapan zen.

"Oh ya, tuanku nak kek? Kek yang vernon beli tadi ada lagi. Tapi saya sempat simpan sepotong aje." Lya senyum. Cepat-cepat dia membuka peti sejuk dan membawa keluar sepotong kek di atas pinggan putih.

"Aku tak nak, kau makanlah kalau kau nak." Katanya tegas. Langkah kaki lya terhenti di situ sebelum dia sempat mendekati zen. Kemudian, badannya dipusing untuk menyimpan semula kek itu ke dalam peti sejuk. Kalau tak nak, sudah! Nanti aku habiskan!

"Kek yang kau buat tadi.."

Tiba-tiba zen bersuara. Lya segera palingkan muka menghadap wajah kacak lelaki itu. Malam-malam pun berfesyen ke? Rambut pacak gaya stylo. Tshirt santai warna hitam dipadankan pula dengan sweatpants kelabu dia. Huh! Nasiblah jadi orang kaya. Nak masuk tidur pun perlu bergaya. Baru boleh dinamakan anak raja, kan?

"...dah habis ke?"

Lamunannya terhenti di situ. Dia berkelip beberapa kali. Okey, serius tak dengar apa dia cakap.

"Emm, apa dia tuanku?" Lya mendekati zen. Lelaki itu berdehem perlahan.

"Ish! Pekak ke apa hah?!"

Mug di hadapannya dicapai dan air coffee latte yang dibancuh lya dihirup rakus. Baru aje air tu menjenguk lidah, zen tersedak.

Ouch! Panas dude!

Hampir tersembur air itu ke muka lya. Zen cepat-cepat mengawal keadaan dengan berlagak selamba. Sisa air dimulutnya dilap dengan jari. Sekali lagi dia berdehem. Lya kerutkan dahi. Apa hal dengan lelaki ni?

"Tuanku okey?"

Lya mengambil tisu di meja kerja untuk mengelap air yang tertumpah. Kemudian, matanya kembali fokus pada zen.

"Apa yang-" lya tersentak ketika zen memotong laju.

"Ish! Aku tanya kek yang kau buat tadi ada lagi ke? Itu pun susah nak faham?!" Jerkah zen geram. Dia bangun dari kerusi sambil mendengus kasar. Kedua-dua belah tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar, sekadar mahu menutup perasaan yang meluap dalam hati. Lalu dia berjalan pergi.

"Kenapa dengan dia tu? Asyik nak marah aje. Angin betullah!" Bebel lya. Sempat dia tayang muka menyampah.

Cakap ajelah nak rasa kek aku. Kan senang?

Lya menapak ke peti sejuk dan pintu di bahagian atas ditarik. Separuh kek yang dibuatnya masih selamat dari dimakan lucy dan minica. Ciss! Cakap ajelah kek yang aku buat ni sedap. Itu pun susah ke? Hati frozen agaknya dia tu. Kutuk lya lagi.

Memikirkan mata dah kuyu sebab mengantuk, lya kembali masuk ke dalam bilik tidurnya. Huhh... esok kena kerja. Baik aku recharge dulu. Mungkin perlukan banyak tenaga untuk hadap muka lelaki tu. Kemudian, tubuhnya hilang dari dapur.











The Royal's SlaveWhere stories live. Discover now