Kehadirannya di situ disambut oleh lelaki yang lengkap bersut hitam di muka pintu pagar istana. Kereta yang membawanya sudah lama pergi. Kini dia melangkah menghampiri lelaki bersut hitam itu bersama sesuatu di tangan.
"I'm Randolph." Ujar Randolph dengan tangan dihulur pada tetamunya. Lelaki itu menyambutnya sambil tersenyum.
"Mister Edwin, let me take you the King. He's waiting." Edwin mengangguk. Dia mengekori langkah kaki Randolph masuk ke dalam kawasan istana yang tersergam indah.
Sebaik sahaja kaki menapak masuk ke dalam istana, chandeliar kristal yang tergantung di tengah-tengah ruang itu menyapa mata. Randolph toleh sekilas ke belakang, memastikan Edwin masih mengekorinya. Setibanya di hadapan sebuah pintu kayu berwarna coklat gelap, Randolph mengetuk perlahan.
"Your Highness, he's here." Katanya sambil menunggu jawapan dari dalam.
"Come in."
Randolph segera memulas tombol pintu. Apabila daun pintu terkuak luas, terpampang wajah seseorang yang menunggu di sebuah meja sambil bersandar pada kerusi. Randolph berjalan masuk bersama Edwin di belakangnya.
"Edwin Mackelton. Is that you?" Azusa bangun dari duduknya. Sedar dirinya yang menjadi perbualan, Edwin mengangguk lalu dia memberi tunduk hormat.
"Its me, Your Highness."
"Randolph, you can leave us now. Thank you." Azusa senyum. Randolph mengangguk kecil. Dia kembali melangkah ke pintu untuk keluar dari pejabat peribadi Azusa.
"I have wait for too long to meet you Edwin. Come, have a seat with me." Dia mengajak Edwin duduk bersamanya di sofa di tengah-tengah ruang itu. Edwin sekadar menurut. Beg kertas di tangannya diletak di sebelah.
"I'm sorry Your Highness for troubling you. Saya terlalu sibuk ke luar negara sehinggakan saya tak sedar Lya dibawa pergi."
"Saya tahu tentang perjanjian yang ditandatangani keluarga Meyer. Steven pernah beritahu saya sebelum dia meninggal. Saya ingat saya nak beritahu Lya sebelum hari jadinya yang ke dua puluh. Tapi saya tak sempat." Tambah Edwin lagi. Nada suaranya jelas mengatakan dia kecewa kerana dia tidak mampu menunaikan hajat Steven untuk memberitahu tentang perjanjian keluarganya itu kepada Lya.
"Its a tradition Edwin. Nothing can change." Azusa menegaskan kenyataan yang satu itu.
"Lya budak baik. Tapi sayangnya saya tiada bersamanya di saat dia membesar. Kalau boleh saya nak bawa dia bersama setiap kali saya ke luar negara tapi saya tahu bila-bila masa sahaja Lya akan dipanggil ke istana. Saya banyak terhutang budi dengan Steven sepanjang hidup saya. Sebab tu saya berjanji dengan Steven untuk jaga Lya sebaiknya." Luah Edwin pada Azusa.
"You have done your best Edwin. She looks exactly as her father when I first saw her." Azusa senyum. Edwin turut tersenyum seperti bersetuju dengan kata-kata lelaki itu.
"Your Highness, can I ask something?" Dalam teragak-agak Edwin bertanya.
"Sure, go ahead."
"I really want to meet her. I bring something for her 20th birthday." Tangan dibawa ke beg kertas di sisinya. Azusa turut menjatuhkan pandangan pada beg kertas di sisi Edwin.
"I'm afraid I can't let you meet her Edwin. Its a protocol that I need to mind." Edwin tunduk bersama senyuman nipis di wajahnya. Nafas berat dihela perlahan.
"So, can you give this to her, your highness? I know she really need this. It's something that she have kept for a long time." Edwin meletakkan beg kertas di sisinya ke atas meja kaca dihadapan mereka.
YOU ARE READING
The Royal's Slave
RomanceDestiny lead me to him. I'm no one and nobody but the heart belongs to somebody.