*12*

8.7K 304 8
                                    

Dia bangun dari pembaringan lalu menggeliat malas. Matanya digosok-gosok sebelum kaki mencecah lantai. Zen sarungkan kakinya ke selipar berbulu lembut lalu melangkah untuk mencuci muka.

Hari ini jadualnya tidak terlalu padat jadi bolehlah dia keluar berjumpa sherry. Sudah lama dia tidak meluangkan masa dengan perempuan itu. Tak nak lah si Sherry tu merajuk pula.

Selesai sahaja dia memberus gigi dan memcuci muka, dalam keadaan masih berpijama dia turun ke ruang makan utk menjamah sarapan yg tentu sudah disediakan.

Matanya bertembung dengan seraut wajah yg sedang fokus membaca majalah di meja makan. Bibirnya mengukir senyum ketika wajah itu berpaling memandangnya.

"Sherry." Panggilnya. Perempuan itu berpaling sambil tersenyum teruja.

"Zen! You dah bangun? I baru aje nak naik kejutkan you." Sherry menerpa ke arah zen lalu memeluk teman lelakinya itu.

"Thanks for coming. Let's get some breakfast together." Ajak zen. Sherry hanya mengangguk lalu duduk kembali di meja makan. Zen mengambil tempat berhadapan dengan sherry.

"Sorry, I got a lot things to do. Tak sempat nak jumpa you."

"Uh, it's okay. I'm fine doing my work." Balas sherry lalu tersenyum. Zen angkat kening, pelik dengan kelakuan sherry.

Eh? Selalunya ada aje yg dia tak puas hati tentang aku. Hari ni, okey je.

"Sherry, are you okay?"

"Of course. Why are you asking that way? Am I look weird on you?" Sherry menyuap roti bakar yg disapu jem ke dalam mulut.

"No. You're perfect! You just look happier this morning." Zen mengambil madu lalu dituangkan ke atas pancake yg masih panas.

"Haha. Really? I think that too." Sherry ketawa lagi.

"Apa yg berlaku? Tell me." Zen sengaja mahu berbual-bual dgn sherry setelah lama mereka tidak berjumpa.

"Nothing. It's only about work. Tak ada kaitan apa2 pun. You makanlah." Sherry tersenyum.

"Sherry. Ceritalah, I pun nak tahu apa yg berlaku. " desak zen.

"zen, believe me. Tak ada apa2 pun. Okey?" Sherry merenung ke dalam mata biru zen.

"Okey." Jawabnya pasrah.

"Hey, wanna go strolling somewhere? " ajak zen setelah menghirup kopi cappuccino karamel kegemarannya.

"When? Pagi ni?"

"Em, pukul 2 nanti? Are you busy?"

"Sorry zen. Sejak akhir2 ni banyak benda yg perlu I handle. I ada big event hujung minggu nanti. You tahu kan, sebagai seorang pereka fesyen bertaraf antarabangsa memang perlukan usaha yg gigih utk bersaing." Terang sherry. Keluhan dilepaskan sebelum dia mengangguk lemah.

Dia faham dengan kerjaya sherry. Walaupun sherry adalah kerabat diraja, dia lebih suka berdiri di atas nama sendiri. Kerana itulah dia perlu berusaha sekuat mungkin utk meluaskan namanya di persada dunia.

"I'm sorry again." Kata sherry lagi.

"It's okay."

"Oh yea! Before I forget..." sherry mencapai tas tangannya yg berada disisi lalu menyelongkarnya. Mencari sesuatu yg diselit ke dalamnya.

"Nah! Jemputan event I. Jangan lupa datang tau?"

Sherry menghulurkan sekeping kad tertulis SHERFINE MAHONE FESYEN WORLD EVENT.

"Look great!" Puji zen.

"Don't forget to come. Oh! I dah lambat." Sherry melirik jam dipergelangan tangannya lalu tergesa-gesa bangun sambil tangannya mencapai beg tangan Gucci.

"Okay, honey! I need to go." Kata sherry. Pipi zen sempat dikucup lembut.

"Bye!" Sherry melangkah pergi. Zen hanya memerhati lenggok badan sherry yg berjalan ke pintu.



******




"Lucy, saya ada event pukul 9 malam nanti. Please remind me that." Pesan zen. Matanya masih fokus pada dada skrin laptop yg terletak dihadapannya. Lucy yg sedang berdiri tidak jauh darinya mengangguk.

"Baik tuanku." Jawabnya ringkas.

"One more thing, suruh lya tempah sejambak bunga ros dan minta dia hantar pukul 8 nanti." Tambahnya lagi.

"Baik tuanku."

Setelah diberi keizinan utk keluar, lucy melangkah pergi. Dia mencari kelibat lya. Sudah puas dia meneroka segenap mansion, wajah gadis itu masih belum kelihatan.

"Mana dia pergi?"

Lucy menggaru kepala yg tidak gatal.

"Lucy. Awak cari apa?" Tegur seseorang yg muncul dari balik pokok.

"Vernon, nampak cik lya tak?"

"Cik lya? Tak ada pula."

Lucy menggelabah mendengar jawapan vernon. Fikirannya mulai kusut.

"Vernon, tolong saya cari cik lya. Kalau tuanku tahu cik lya hilang, habis kita!" Gesa lucy cemas.

"Tenang. Saya akan tolong carikan." Tanpa banyak soal, vernon terus berlalu pergi. Lucy pula kembali masuk ke dalam mansion, mahu menyelesaikan tugas lya yg diarah zen sebentar tadi.



******


Dia pandang kiri dan kanan. Mujur tiada kelibat yg muncul. Dinding tinggi yg memagari kawasan kediaman zen dipandang dgn kepala yg terpaksa didongakkan.

"Tingginya. Macam mana aku nak panjat?" Bisik lya.

Dia mencari sesuatu yg dapat membantunya melalui dinding itu. Matanya tertancap pada timbunan guni yg berada di tepi sebuah bangsal lama. Tanpa berlengah, dia terus mendapatkannya.

Guni itu ditarik lalu dibawa ke tepi dinding. Dia susun guni tersebut sehingga merasakan sudah mampu digunakan utk memanjat dinding itu.

Keadaan dinding yg mempunyai ukiran berbantukan lubang-lubang bercorak bunga sedikit sebanyak memudahkan kerjanya.

Tangannya yg mula terasa sakit akibat terlalu lama menyokong badan, cuba digagahkan supaya dia berjaya memanjat ke atas.

"Lya! Cepat lya! Kau boleh buat!" Katanya memberi semangat kepada diri sendiri.

Dengan lebihan tenaga yg ada, dia berjaya sampai ke atas dan bersedia utk melompat turun ke seberang. Perlahan-lahan lya berdiri di atas puncak dinding batu itu.

Tingginya! Getus hati lya saat melihat keadaan dari atas. Jantungnya mula berdegup pantas. Pelbagai kemungkinan yg akan berlaku mula berputar dalam fikirannya.

Lya. Betul ke kau nak lompat?

Ah! Aku perlu buat juga. Aku tak nak hidup kat tempat ni lagi. Aku nak bebas.

Tapi, kalau kau mati macam mana?

Aku takkan mati. Kalau ya pun, patah kaki aje.

Setelah lama berfikir, dia nekad utk melompat ke seberang. Lya tarik nafas sedalam mungkin lalu dihembus perlahan-lahan. Dia sudah bersedia!

Lya menunggu saat yg sesuai. Okay, inilah masanya!

"Lya Meyer!" Jerit satu suara. Lya tersentak. Dia berpaling ke belakang utk melihat gerangan yg menegur.

Namun, dia tidak berjaya mengawal keseimbangan badannya. Kakinya tergelincir dari dinding dan badannya melayang jatuh.

Tak! Aku tak nak mati!

"Lya!!"

The Royal's SlaveWhere stories live. Discover now