"Tuanku, tuanku. Saya bawakan makanan." Kata lya perlahan sambil mengetuk pintu bilik zen.
Senyap. Dia tidur semula ke?
Lepas lelaki itu pengsan, dia langsung tak makan apa-apa. Tapi peliklah. Kenapa dia tetiba aje angin ni? Mungkin sebab sakit kut.Ha, betul sangatlah teori kau tu lya. Kau tak ingat eh, lucy kan cakap perangai dingin dia tu memang dah sebati dalam diri sejak kecil lagi. Tak perlu nak curious sangatlah.
Eleh... Kau pun, jangan buat-buat tak kenal dialah. Dah berapa bulan kau hidup bawah kawalan zen. Lya memperingatkan diri sendiri.
"Eh, lya. Kenapa tak masuk lagi? Nanti sejuk pula makanan tu. " tegur minica yang dalam perjalanan menghantar makanan ke bilik tetamu.
"Aku dah ketuk tapi tuanku tak jawab. " lya memberi alasan.
"Kau masuk ajelah. Kalau tuanku masih tidur, letak aje makanan tu kat situ. Nanti tuanku bangun makanlah. " cadang minica bersahaja. Lya terdiam.
Akhirnya tombol pintu dipulas setelah penat dia mengetuk pintu. Perlahan-lahan lya berjalan masuk ke bilik yang hanya disinari dengan lampu tidur.
Lya mendekati katil. Dia tidur lagi ke? Fikirnya sambil cuba mengintai wajah zen.
"Em.. T-tuanku. Saya bawakan bubur ni. Tu-tuanku bangunlah makan. Nanti sejuk tak sedap." Bicara lya perlahan.
Ah! Kenapa rasa berdebar pula ni? Takutnya! Kalau dia tiba-tiba mengamuk apa aku nak buat?
Dulang di tangan diletakkan ke atas sebuah meja kecil bersebelahan katil. Kemudian, lya mencari wajah zen yang terlindung disebalik comforter tebal.
"T-tuanku. Bangunlah makan dulu." Katanya sekali lagi tapi masih tidak berjawab.
Geramnya! Cepatlah bangun. Lya ketap bibir.
"Tuanku! " panggil lya geram. Secara drastik dia menarik comforter dari terus membaluti tubuh zen.
Saat itu matanya menangkap sesuatu. T-tuanku?
"Tuanku, tuanku okey ke? Kenapa tuanku berpeluh-peluh ni?" Tegur lya pelik. Tanpa sedar tangannya menyentuh dahi zen.
"Oh my god! Tuanku! Badan tuanku panas ni! " kalut lya mengelap peluh di dahi zen.
Zen mendengus bila merasakan sentuhan di dahinya. Lalu perlahan-lahan dia membuka mata. Melihat kehadiran lya di situ, cepat-cepat zen bangun dari pembaringan. Rambutnya diraup ke belakang.
"What are you doing here? Am I told you to get out from here?!" Jerkah zen kuat.
"Tapi tu-tuanku... Badan tuanku panas sa-"
"Bisinglah kau ni! Aku nak kau keluar sekarang! Keluar! " jeritnya. Hampir bergegar satu bilik dengan suaranya.
"Tapi tu-"
"Get out!!" Jerit zen lagi. Sebiji bantal segi empat dilempar ke arah lya dan tepat mengena di mukanya.
Tergopoh-gopoh lya berlari keluar. Tangannya laju menutup pintu bilik. Sedar dirinya sudah selamat, lya bersandar pada pintu bilik zen sambil menghembus nafas lega. Tangannya mengurut dada yang masih berdebar rancak.
"Huh! Aku pula yang dimarahnya. Suka hati kaulah! Nak makan ke tak nak makan ke. Malas aku nak ambik kisah. Huhh! " bebelnya geram. Dadanya turun naik menahan marah. Putera rajalah sangat! Langsung tak ada ciri-ciri putera impian! Kutuk lya sesedap rasa.
Kakinya dihentak-hentak sambil meninggalkan bilik itu. Ketika lya sedang berjalan turun ke tingkat bawah, kelihatan vernon baru saja masuk ke dalam rumah. Wajahnya nampak sayu dan langkahnya pula diatur lambat ke ruang tamu.
Eh? Kenapa dengan vernon? Ada sesuatu berlaku ke? Lya garu dagu. Hmm.
Kakinya turut diatur ke ruang tamu. Matanya mencari kelibat vernon.
"V-vernon?" panggilnya dalam teragak-agak apabila melihat vernon yang sedang mengelamun sambil badannya disandar pada sofa.
Menyedari kehadiran lya di situ, cepat-cepat vernon membetulkan duduknya. Wajahnya kelihatan terkejut dengan kehadiran lya namun bibirnya cuba tersenyum.
"Awak kenapa? Ada sesuatu berlaku ke? " soal lya ingin tahu. Dia duduk di sebuah sofa berhadapan dengan vernon.
Vernon tidak menjawab sebaliknya dia hanya mengeluh berat. Lya tayang muka penuh tanda tanya.
"Tuanku macam mana?" Tanya vernon, cuba berdalih.
"Badan tuanku panas sangat sampai berpeluh-peluh. Tadi saya ada bawa naik makanan tapi tuanku degil tak nak makan. Lepas tu tuanku halau saya keluar. Tak taulah tu kalau tuanku makan ke tak." Jujur dia bercerita. Sekali lagi vernon mengeluh berat mendengar cerita lya.
Belakang tengkungnya diurut sebelum dia menekup muka lalu menghembus nafas berat. Lya kerutkan dahi.
"Vernon, awak kenapa? Did something happen? Tell me, who knows I could help." Kata lya yakin. Vernon hanya diam. Tangannya masih tidak dialih dari muka.
"Oh ya, awak dah pergi jumpa tuanku azusa?" Kata-kata vernon sejam yang lalu terngiang-ngiang di telinganya.
"Tak." Ringkas vernon menjawab.
"Habis tu, awak pergi mana tadi? " ish! Tak fahamlah. Apa sebenarnya yang dah berlaku?
"Vernon!" Bentak lya geram bila masih tiada respon daripada lelaki itu.
"Huh... Sebenarnya, tuanku tak suka orang ambil berat tentang dia bila dia jatuh sakit. Sejak kecil lagi tuanku lebih suka hadapi kesakitan tu sorang-sorang. Tuanku paling benci bila dirinya nampak perlukan simpati. Sebab tulah bila tuanku jatuh sakit, tuanku cuba berlagak kuat kerana tuanku tak nak nampak lemah depan sesiapa." Akhirnya, vernon meluahkan apa yang terbuku di hatinya.
"Sejak tuanku kecil lagi, saya dah bersama dia. Walaupun pada mulanya perangai tuanku susah sangat saya nak faham, lama kelamaan saya sedar sesuatu. Tuanku tak suka hanya bergantung pada darah diraja yang mengalir dalam diri dia. Apa yang jelas, tuanku cuba buktikan jika tuanku tidak dilahirkan sebagai putera raja, dia masih mampu hidup seperti sekarang. " tambah vernon lagi.
Lya terpempang di situ. Hatinya tersentap mendengar bicara vernon. Zen...
"Lya, let him rest. I will go upstairs to look at the woman. Is she still sleeping?"
Vernon bangun dari sofa. Matanya memandang wajah lya. Perempuan itu langsung tidak memandangnya. Kepalanya pula asyik tunduk memandang lantai.
"Lya? Are you okay? " tegur vernon sekali lagi. Terkebil-kebil lya mengangkat muka. Lalu dia juga turut bangun dari sofa.
"I think you should rest too. Thanks for your help. Tell the others to get some rest. Lagipun dah lewat ni." Pesan vernon. Dia mahu berjalan pergi namun lya pantas menghalangnya.
"Vernon. Will he be okay?" Mata redupnya merenung mata vernon, cuba mencari kepastian. Vernon mengukir senyum.
"Don't worry. Everything will be okay." Vernon tersenyum nipis. Lalu dia pergi meninggalkan lya yang masih berdiri kaku di situ.
Lya mengeluh berat. How could he be so cruel by enduring the pain alone? Bisik hati lya terkilan.
But, is he really going to be alright? Ah! Lantaklah! Lelaki tu juga yang tak nak orang ambil berat pasal dia. So, for what I'm being too care about him?
Lya mengatur langkah untuk pergi mencari minica dan lucy. Ketika dia melalui tangga, kaki lya terpaku di hadapan tangga itu.
Lya gigit bibir. Ah! Kenapa aku rasa bersalah pula ni? Aku tak buat salah apa-apa pun... Dia berdecit rimas. Kepalanya digaru dengan jari telunjuk.
Malas nak berdiri lama-lama kat situ, akhirnya lya menyambung langkah. Whatever! It's not my problem anyway. Siapa suruh degil? Pandai-pandailah dia tu jaga diri. Omelnya sendirian.
YOU ARE READING
The Royal's Slave
RomanceDestiny lead me to him. I'm no one and nobody but the heart belongs to somebody.