*4*

11.2K 350 0
                                    

Petang itu, lya mendapat senarai kerja yg harus dia lakukan dan juga peraturan2 yg perlu dia turuti.

Satu persatu di baca.

Matanya terbeliak bila sampai ke no. 56

Jangan sesekali cuba menolak ajakan dari Tuanku Zen.

Ajakan apa pulak ni? Ish! Bebel lya dalam hati.

"Cik lya! Makanan tengah hari dah siap."panggil lucy yg muncul dalam biliknya.

"Ok. Nanti saya datang. Em, lucy.."

"Ya cik lya?"

"Saya tak selesa dgn panggilan tu. Panggil aje lya."

"Tapi cik lya.."

"Ok. Kalau hanya ada  awak dan saya, panggil saja lya. boleh?"

"Baiklah, cik lya. Oh! Maksud saya... lya." lya tersenyum.

Lucy keluar dari bilik itu. Rambutnya yg panjang disanggul supaya tidak menganggunya ketika makan nanti. Selesai saja, dia berjalan turun ke ruang makan. Kelihatan meja panjang  yg hanya mempunyai empat kerusi dipenuhi dgn pelbagai jenis makanan. Begitu juga dgn pencuci mulut yg mempunyai pelbagai perisa.

"Silakan, cik lya."jemput seorang pembantu sambil menarik kerusi untuknya. Lya tersenyum segan dgn layanan pembantu itu. Baru saja dia melabuhkan punggungnya ke atas kerusi tersebut, zen muncul dgn muka dinginnya.

Pembantu tadi menarik kerusi untuk zen pula. Kemudian, dia tunduk dan berlalu pergi. Lya teragak-agak untuk bangun memberi hormat. Tetapi, sebelum sempat dia bangun, beberapa orang pembantu lelaki datang melayani mereka.

Pinggan lya dipenuhi dgn hidangan yg lazat. Matanya dialih ke arah zen yg sedang menikmati hidangan tengah harinya.

"Silakan cik lya. Salmon kacang bersama sos lada hitam." Kata seorang lelaki sambil tunduk ke arahnya. Dia membantu lya memotong ikan tersebut.

"Tak. Tak perlu. Biar saya lakukannya sendiri."halang lya.

Pisau yg berada di tangan lelaki itu cuba dirampas. Tetapi lelaki itu juga tidak mahu mengalah.

"Stop!" Zen bersuara. Tangannya terhenti dari menyuap daging ke dalam mulut.
Lelaki tadi segera berhenti dan tunduk ke arah zen sebelum dia mengundurkan diri ke belakang.

Lya tersentak apabila mendengar jeritan zen. Tangannya terketar-ketar.

"Biar dia buat. Kau tak perlu nak halang dia. Itu memang kerja dia pun!"kata zen tegas.

"Tapi, s-saya hanya-lah p-pembantu peri-peribadi tuanku. Saya tak perlu d-dilayan dgn b-baik." Tergagap-gagap dia menjawab.

Kling! Garfu dilepaskan dgn kasar. Terjongket bahu lya kerana terkejut.

"Jangan sesekali pertikai apa yg aku arahkan. Faham?!" Zen mengelap mulutnya dgn napkin dan segera bangun dari kerusi. Dia merenung tajam ke arah lya yg hanya tunduk bermain jari. Kemudian, dia berjalan pergi.

Lya menghela nafas lega.

"Maafkan saya cik lya. "Kata lelaki tadi.

"Tak! Ini bukan salah awak." Dia menolak pinggan yg berada dihadapannya.

"Cik lya tak nak makan?"

"Saya tak makan kacang."

"Oh! Kalau macam tu.."

"Tak. Saya tak nak makan apa2. " Tolak lya apabila Efron memberi sepinggan daging bakar kepadanya.

Lya bangun dari kerusi. Gaun paras lutut yg dipakainya dibetulkan. Dia berjalan pergi. Meninggalkan efron yg masih terasa bersalah.

***

"Papa, zen tak perlukan dia."

"Papa  minta maaf zen tapi papa tak mampu berbuat apa2. Perjanjian ni dah lama berlaku. Ayahanda tak boleh ubah."

"Tapi, papa boleh hapuskannya kan?"

"Zen, boleh kita bincang lain kali? Bukan ke kamu ada perlawanan polo dalam sejam lagi?" Teka Azusa. Zen mengeluh.

Dia tahu ayahnya sengaja menghalang perkara itu dari dibincangkan. Zen bangun dari sofa dan berjalan ke arah pintu.
Dia menoleh untuk berkata sesuatu tetapi akhirnya dia pergi tanpa berkata apa2.

Mazda merah dipandu ke kelab polo yg tidak jauh dari mansion  miliknya. Sepanjang perjalanan, dia sedang memikirkan lya. Dia betul2 tidak tahu apa yg harus dia lakukan dgn perempuan itu.

"Bukan salah aku kalau kau rasa menderita." Kata zen.

Enjin kereta ditekan dan kereta itu dipandu laju melepasi kereta2 yg lain.

***

Lya duduk di salah sebuah kerusi yg terdapat di taman itu. Kepalanya di dongakkan ke atas. Memandang langit yg membiru. Dihiasi pula dgn awan yg memutih. Suara burung yg menyanyi merdu cukup membuatnya berasa selesa.

Dia bangun dari kerusi itu dan duduk pula  di atas rumput. Badannya dibaringkan. Lembut. Seperti permaidani mewah yg berada dalam biliknya.

Matanya dipejam rapat dan perlahan-lahan dia menarik nafas kemudian dihembus kembali. Segar.

"Awak tidur ke?"tegur seseorang.

Lya tersentak. Matanya terbuka luas. Sinaran matahari yg memancar menghalang pandangannya dari mengenali kelibat yg sedang berdiri dihadapannya. Tangannya diangkat bagi  menutup cahaya itu dari menghalang penglihatannya. Seorang lelaki tersenyum ke arahnya.

Dia segera bangun dari pembaringan. Pipinya merona merah. Malu dgn keadaannya tadi.

"Maaf. Sebab dah ganggu awak." kata lelaki itu. Dia menghulurkan tangannya untuk membantu lya bangun. Tetapi lya menolak. Dia bangun dgn sendirinya dan menepuk-nepuk punggung yg kotor.

"So, this is lya. Lya Meyer." Lelaki itu tersenyum lagi. Terserlah lesung pipit di pipi kirinya.

"Ya."jawab lya malu.

"Saya edward. Sepupu zen." Dia menghulurkan tangannya untuk berjabat tangan. Lya memandang tangan itu sebelum menyambutnya lalu tersenyum.

"Banyak yg saya tahu tentang awak."

"Ya ke?"duga lya.

"Yup! Lebih2 lagi tentang perjanjian tu."

Lya senyum.

"Oh ya! Kenapa tak ikut zen?"

"Ke mana?"tanya lya pelik.

"Perlawanan polo. Dia tak beritahu awak?"

Lya menggeleng. Edward mencebik.

"Dia memang macam tu. Tak apa. Biar saya bawa awak." pelawa edward. Laju saja lya menggeleng.

"Tak payahlah. Lagipun saya belum habis lagi teroka tempat ni. Awak pergi ajelah."dalih lya.

"Awak boleh buat lain kali. Jom! Ikut saya." Edward menarik tangan lya tanpa segan. Lya tersentak dgn tindakan drastiknya. Dia cuba untuk lepaskan, tetapi cengkaman edward pada tangannya agak kemas.

"Edward!"

"Jangan risau. Saya takkan cederakan awak." Dia tolak lya masuk ke dalam perut kereta BMW putihnya.

Edward masuk ke tempat pemandu dan tali pinggang keselamatan dibelit pada pinggangnya. Dia menoleh ke tempat penumpang di sebelah tempat duduknya.

Lya terkial-kial cuba membuka pintu.

"Lya, kenapa gelisah sangat ni? Rilek ok? Tak ada apalah." Sempat dia tertawa lucu.

"Saya tak nak tuanku zen marah bila tahu saya tak ada."terang lya.

"Tak payah risau. Lagipun awak pergi dgn saya. Dia takkan marah punya. Okey?" Edward angkat kening. Lya berfikir seketika. Sebelum sempat dia berkata, edward terlebih dahulu menghidupkan enjin keretanya. Kemudian, kereta itu meluncur ke jalan raya.

The Royal's SlaveTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang