Sejak lya bekerja dengan zen, dirinya sentiasa sibuk dengan hal-hal pejabat. Lebih-lebih lagi apabila terpaksa mengekori zen ke mana saja lelaki itu pergi. Mula-mula memanglah agak susah untuk lakukannya kerana inilah pertama kali dia bekerja diluar. Tapi untung lya cepat belajar. Tak adalah hari-hari kena marah dengan zen.
Atas sebab kerja, dia sedar dirinya semakin dekat dengan zen. Yalah, dua puluh empat jam terpaksa ikut zen ke hulu ke hilir. Siapa yang tak rimas? Lya pun kadang-kadang menyampah dengan sikap cerewet zen. Lelaki itu jika melibatkan kerja, semua nak sempurna. Hal remeh pun boleh jadi besar. Ah! Tertekan betul!
"Lya! What are you doing?"
Lya kembali ke realiti. Matanya terarah pada susuk tubuh yang berdiri tidak jauh daripadanya.
"Ta-tak ada apa-apa." Katanya perlahan. Lya berjalan dibelakang zen, mengikuti lelaki itu masuk ke dalam sebuah restoran mewah. Tiga orang bodyguard berkawal dihadapan pintu masuk sesudah mereka berdua melepasi pintu itu. Hanya vernon sahaja yang masuk bersama mereka berdua.
Tengah hari itu lya diarah untuk ikut bersama dalam perbincangan antara wakil negara Thailand. Walaupun puas dia berdalih, zen tetap berkeras mahu dia turut menghadiri perjumpaan itu.
"How are you, Your Highness? It's good to see you." Sampai sahaja di sebuah meja, seorang lelaki yang kemas bersut hitam bangun lalu tangannya dihulur. Tubuhnya hampir sama tinggi dengan zen. Rambutnya digayakan stail pacak. Menampakkan sisi karismanya. Mungkin lelaki itu dalam lingkungan 30-an apabila melihat wajah kacaknya itu.
Zen ukir senyum. Tangan lelaki itu disambut. Dua orang lelaki disamping lelaki itu turut melakukan hal yang sama.
"My name is Pykarl. Just call me by that name if you may Your Highness." Pykarl senyum, menyebabkan hampir separuh matanya terpejam.
"Meet my assistant, Lya." Zen memperkenalkan dirinya. Lya tersenyum malu ketika mata Pykarl beralih padanya. Sekali lagi, pykarl senyum.
"So, can we proceed?" Tanya pykarl tidak sabar. Sebaik sahaja zen duduk di kerusi, lelaki-lelaki itu lantas duduk kembali di kerusi mereka tadi.
Lya mengambil tempat disebelah zen. Buku notanya dibuka, sengaja mahu nampak profesional biarlah kenyataannya dia langsung tidak tahu apa peranannya hari ini.
"About the..." pykarl memulakan perbincangan.
Beberapa saat berlalu. Diganti pula dengan beberapa minit. Akhirnya, hampir empat jam mereka bermesyuarat. Lya mula bosan. Punggungnya terasa kebas. Helaian bukunya penuh dengan pelbagai lukisan. Macam-macam dia conteng.
"Yeah, it's hard to do it. Come, let's eat something first. This thing made me feel hungry." Gurau zen. Pykarl tertawa mendengarnya.
Setelah dipersetujui ramai, mereka memanggil pelayan untuk memesan sesuatu. Lya menggunakan kesempatan itu untuk meregangkan otot-otot badan yang terasa lenguh.
"Em, tuanku." Bisik lya perlahan. Mujur dia duduk disebelah zen. Senang untuknya menyuarakan keinginan hati.
Zen tidak menjawab. Matanya fokus membaca menu. Lya menyambung lagi.
"Tuanku, may I go to the ladies?" Bisiknya lagi. Beberapa saat menanti, zen memusingkan bebola matanya ke wajah lya.
"Five minutes." Jawabnya. Lya tarik senyum. Dia bingkas bangun perlahan-lahan dari kerusi lalu melangkah ke tandas wanita.
Dia menuju ke sinki sambil membelek-belek muka supaya penampilannya kekal kemas. Keluhan dilepaskan tanpa sedar. Lama dia merenung diri sendiri yang terpantul pada cermin. Lya duduk di birai sinki, membelakangi cermin itu. Kaki yang tergantung digoyang-goyang. Kepalanya pula didongak ke atas.
YOU ARE READING
The Royal's Slave
RomanceDestiny lead me to him. I'm no one and nobody but the heart belongs to somebody.