"Lya. Lya. Bangun lya."
Bahu lya digoncang lembut. Namun tiada respon darinya. Lalu pipi gadis itu disentuh. Sejuk. Zen mula tidak keruan. Bahu lya digoncang lagi. Perlahan-lahan lya membuka mata kala tidurnya terganggu.
"Kau okey tak?"
Eh? Dah sampai ke? Dalam mamai lya mengangguk. Sepatah haram pun dia tak faham apa maksud zen. Spontan saja dia mengangguk tadi. Kepalanya dijenguk ke luar. Melihat saja perkarangan mansion, barulah ingatannya kembali pulih. Dah sampai rupanya.
Tiba-tiba kepalanya berasa pening. Tangan diangkat, memegang kepala sendiri. Matanya dipejam rapat, cuba menahan rasa berpinar.
"Lya. Kau okey tak ni?" Tanya zen cemas. Dia membuka pintu lalu menuju ke pintu di tempat duduk lya.
"Come." Zen memegang tangan lya agar keluar dari kereta. Sebelah tangan lya berada dalam tangan zen manakala sebelah lagi terlekat pada kepalanya. Sungguh, kepalanya berdenyut-denyut. Dadanya terasa sakit. Pernafasannya menjadi tidak teratur.
Lya berhenti melangkah, sekali gus menyebabkan zen turut berhenti. Dia berpaling ke arah lya.
Lya tertunduk apabila dadanya bagai dihimpit batu. Nafasnya sesak, susah mahu mengumpul oksigen. Lya mula tercungap-cungap menarik nafas dan terbatuk-batuk. Sakit dikepalanya pula semakin hebat menguasai diri. Perbuatannya menimbul keresahan zen. Dia segera memeluk pinggang lya lalu tubuh itu dicempungnya.
"Lucy! Lucy!" Jerit zen. Lucy tergopoh-gopoh muncul dari dapur. Wajahnya terpancar seribu satu soalan melihat tubuh lya berada dalam pangkuan zen.
"Call the doctor! Now!" Arahnya.
"B-baik, tuanku!" Lucy belari mencari telefon. Mujur dia tidak terlanggar sofa kerana kekalutannya itu.
Tanpa berlengah lagi, lya dibawa ke bilik lalu diletakkan ke atas katil. Lya memegang dadanya yang semakin lama semakin sukar untuk bernafas.
"Sabar lya. Doktor dalam perjalanan. Sabar okey?" Zen cuba menenangkannya. Dia bertindak mahu turun mencari lucy namun sebelum sempat dia pergi, lya bangun dari pembaringan lalu berpaut pada lengannya. Dalam tenaga yang masih bersisa, lya menggeleng. Melarang zen dari meninggalkannya. Dia takut untuk menghadapinya seorang diri. Tangan kanannya setia menekan dada yang perit menanggung beban sehingga peluh -peluh dingin membasahi dahinya. Zen terasa bersalah melihat keadaan lya. Dia sendiri tak tahu apa yang harus dilakukan.
"Tuanku!" Vernon meluru masuk dengan seorang lelaki yang lengkap berpakaian doktor. Lelaki itu segera mendapatkan lya.
"Tuanku jangan risau. I can handle it." Doktor itu memberi jaminan.
Dia memulakan rawatan. Lya diberikan rawatan pernafasan dan satu suntikan. Untuk tidak menganggu kerja doktor itu, zen mengambil keputusan untuk menunggu di luar. Badannya disandar pada dinding, mengadap pintu bilik lya. Vernon memerhati wajah gusar zen untuk pertama kalinya sepanjang dia hidup sebagai butler lelaki itu. Tuanku...
Setengah jam kemudian, lelaki itu keluar dari bilik tersebut. Zen cuba berlagak selamba. Kedua-dua belah tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar.
"Macam mana doktor?"
"Don't worry. She's fine. But your Highness, do you know about her... "
"Yes, I know about it already." Potong zen apabila sudah menangkap kata-kata yang bakal keluar dari mulut doktor itu.
"So, next time tolong berhati-hati dalam pemakanannya. Jika dia mengambil kacang dalam kuantiti yang lebih banyak, mungkin cik lya akan mengalami keadaan kritikal sehingga perlu dimasukkan ke hospital. Tapi jangan bimbang, sekarang keadaannya sudah terkawal. Cuma dia perlu berehat supaya pernafasannya kembali normal." Pesannya. Zen mengangguk faham.
YOU ARE READING
The Royal's Slave
RomanceDestiny lead me to him. I'm no one and nobody but the heart belongs to somebody.