Lya terpegun melihat keindahan langit melalui tingkap. Dia tak pernah menaiki kapal terbang atau pesawat . Inilah kali pertama dia menaikinya. Buat pertama kalinya dia terasa bebas. Bebas seperti burung yg melebarkan sayapnya ketika terbang. Walaupun hanya melalui tingkap, dia betul2 berasa bebas.
"Cik lya, silakan. "Seorang pramugari menghulurkan sepotong kek kepadanya sebagai pencuci mulut. Lya senyum mesra .
"Terima kasih."
Dia pandang kek yg terhidang. Kek coklat kacang. Perlahan-lahan dia menolak pinggan itu ke depan.
"Kenapa?"tanya zen tiba2. Zen yg berada tidak jauh darinya menegur.
"Sa-saya tak makan..."
"Jangan nak mengada sangatlah!"marah zen. Dia bangun dari tempat duduknya dan duduk di sebelah tempat duduk lya yg kosong. Sudu di capai dan dia menyumbat kek tersebut ke dalam mulut lya.
"Habiskan!"paksa zen.
Lya menolak tangan zen yg cuba menyumbatkan lagi kek coklat kacang ke dalam mulutnya. Dia ingin meludahnya tetapi kek itu sudah selamat masuk ke dalam kerongkong.
"Mengada!"cemuh zen sebelum dia kembali ke tempat duduknya dan bermain ipad.
Lya mengelap kesan krim pada pipinya.
"Cik lya tak apa2?"tanya pramugari tadi.
"Biarkan dia."arah zen. Pramugari itu akur dgn arahan zen. Dia tunduk dan berlalu dari situ.
Setibanya di London, mereka di bawa ke sebuah vila yg dibeli khas sepanjang mereka berada di situ. Beberapa orang pengawal peribadi sudah siap berkawal di sekeliling vila.
Beberapa orang lagi menyambut kedatangan mereka di pintu pagar. Sebuah kereta hitam tiba di vila tersebut. Seorang lelaki yg lengkap bersut putih keluar membukakan pintu tempat duduk penumpang.
"Selamat datang tuanku zen." sambut seorang lelaki tua sambil tunduk hormat ke arahnya. Zen mengangguk lalu tersenyum.
"Apa khabar pak cik Frank?" Sapa zen ramah.
"Khabar baik tuanku."dia tersenyum lagi.
Lya keluar dari kereta. Dia tercengang melihat vila yg agak mewah tetapi hanya satu per tiga dari kemewahan rumah agam milik zen.
"Mama dah sampai?"tanya zen lagi. Lya hanya mendengar.
"Tuanku dan permaisuri sudah lama sampai. Mereka sedang rehat di dalam."
Zen mengangguk. Tanpa menghiraukan lya, dia berjalan masuk ke dalam vila.
Lya terpinga-pinga seorang diri.
"Cik lya, biar saya bawa cik lya masuk."pelawa seorang lelaki. Dia menoleh ke belakang dan tersenyum.
"Awak ni siapa?"
"Saya vernon. Butler tuanku zen."
"Oh. Awak dah lama ke bekerja dgn tuanku?"
"Em, dalam 20 tahun."
"Lamanya."kata lya perlahan tapi masih boleh didengari dgn jelas oleh vernon. Dia tersenyum.
"Cik lya, awak tak apa2?"vernon meneliti wajah lya yg kelihatan pucat.
"Cik lya nampak pucat." sambungnya lagi.
"Letih kot. Tak ada apalah." Lya senyum.
"Okay."
Seorang wanita datang menyambut mereka. Wanita itu tersenyum.
"Lemon, bawa cik lya ke bilik."
"Mari ikut saya cik lya."pintanya. Lya mengekorinya dari belakang setelah mengucapkan terima kasih kepada vernon.
***
Peluh membasahi dahinya yg licin. Lya cuba gagahkan diri untuk bangun dari katil tetapi kepalanya terasa berat. Tekaknya pula terasa dahaga. Dia cuba juga untuk bangkit.
Perlahan-lahan kakinya mencecah lantai. Kemudian kakinya diheret ke pintu dan tombol pintu dipulas.
Terpempang wajah zen di muka pintu.
"Kau kenapa?" Tanya zen sebaik sahaja terpandang bibir lya yg pucat.
"Da..haga."ucap lya lemah.
Penglihatannya semakin kabur. Badannya benar2 lemah. Dia sudah tidak mampu untuk berdiri lagi. Pandangannya tiba2 gelap dan dia dapat rasa tubuhnya semakin ringan sebelum dirinya disambut seseorang.
Laju zen menyambut tubuh lya yg hampir rebah ke lantai. Pipi lya yg pucat disentuh. Sejuk.
"Lya. Lya. Bangun lya."pipi lya ditampar lembut.
Tubuh lya turut digoncangnya tetapi masih tiada respon. Dia cempung perempuan itu ke katil dan berlari memanggil sesiapa yg dapat mendengar.
***
"Macam mana dgn keadaan dia doktor? "Tanya azusa risau. Zen diam membatu di sisi lya sambil pasang muka tidak beriak.
"Cik lya menghadapi kesan alergik kepada kacang. Tetapi, tuanku tidak perlu risau kerana keadaan dia sekarang stabil." terang doktor Louis.
Azusa menghela nafas lega. Bimbang juga jika terjadi apa2 kepada lya. Matanya menikam mata biru zen. Swift yg berada tidak jauh dari mereka mencebik bibir.
Doktor Louis di bawa pergi setelah selesai melakukan pemeriksaan terakhir pada lya. Azusa pula segera mendapatkan zen.
"What have you done to her?"
"It's not my fault dad. I never know that she can't eat peanut and that's not my business."
"Remember zen. She belongs to you. Kamu bertanggunjawab atas semua yg berlaku kepadanya." Azusa bersuara tegas.
"Azusa! That's not fair! He's our son and her,"
Swift mencelah. Jari telunjuknya dituju kepada lya yg sedang nyenyak tidur setelah diberi suntikan.
"Dia bukan sesiapa pun. For me, dia tak ubah seperti seorang mistress. " bela swift.
"Please! Jangan masuk campur urusan saya dan dia."marah azusa. Swift memeluk tubuh. Geram dgn kata2 azusa.
"Papa, please. Hapuskan perjanjian tu. I don't need her. I don't need a mistress."
"How many time should I tell you? Jangan samakan dia dgn perempuan simpanan."
"Kenapa awak nak pertahankan dia pula?"tanya swift tiba2. Pelik melihat suaminya yg cuba mempertahankan orang luar.
Azusa terdiam. Dia segera keluar dari bilik itu tanpa menjawab pertanyaan swift. Zen meraup rambutnya ke belakang. Rimas.
Wajah putih bersih milik lya direnung tajam. This is all your fault! Bisiknya di dalam hati. Dia betul2 benci dgn perempuan itu.
Dia dah musnahkan segalanya. Aku akan buat dia menderita sebab dah ceroboh masuk dalam kehidupan aku. Tekad zen.
YOU ARE READING
The Royal's Slave
RomanceDestiny lead me to him. I'm no one and nobody but the heart belongs to somebody.