Tak tau kenapa idea mencurah-curah keluar but nah! DOUBLE UPDATES!
"Betul ke?" Lya membisu untuk beberapa saat. Tak sangka zen akan bertindak seperti itu.
"But why?"
"I don't know." Lucy menjawab jujur. Lya mengangguk kecil.
"Baguslah! Saya tak perlu hadap muka dia dua puluh empat jam. Nanti saya boleh luangkan masa dengan awak. Boleh kita kemas sama-sama." Kata lya ceria.
Sungguh, dia berterima kasih dengan keputusan zen. Biarlah apa pun alasannya. Dia tak nak ambil tahu.
"One more thing, tuanku nak cik lya pindah ke bilik pembantu. Maksud saya, cik lya akan sebilik dengan saya." Lucy berkata lagi. Kali ini lya tertanya-tanya.
"Kenapa pula?"
"Maaf sekali lagi cik lya. Saya tak tahu." Lya diam.
Kenapa tetiba aje ni?
"Kalau macam tu, stop calling me lady. Let be a good friend. Sekarang status saya sama aje macam awak. Mungkin memang dari dulu lagi tapi saya aje yang tak sedar diri, cuba hidup sebagai cik muda dalam rumah ni. Disebabkan tuanku dah keluarkan perintah, saya berterima kasih pada dia. Sekarang, I'm a maid and it is more better like this." Jujur dia meluahkan apa yang terlintas dalam fikiran. Lucy memandang lama.
"Lya. Do you like that?" Lucy tersenyum.
"Yes." Lya turut mengukir senyum.
"Okay then. Jom kita masuk bilik baru." Ajak lucy. Tangan lya ditarik dan mereka keluar dari bilik itu.
Dia tertanya-tanya dengan semua ini tapi dia betul-betul gembira. Sekarang dengan rasminya dia hidup sebagai pembantu dalam rumah ni. Itu lebih baik dari terus tertanya-tanya apa fungsinya sebagai kepunyaan zen. Mungkin betul kata zen dulu. She is the royal's slave. So just be the slave, lya. Walaupun kau terpaksa berkurung dalam rumah ni, semuanya adalah sesuatu yang cukup indah. But now, she know. So no need to ask anything. Just be like the maid. Ulangnya beberapa kali dalam kotak fikiran.
******
"Your highness. Ada sesuatu yang menganggu tuanku ke? Saya tengok tuanku asyik termenung dari tadi."
Tegur randolph yang fokus pada pemanduan.
Mereka baru sahaja pulang dari sebuah majlis pelancaran di sebuah hotel ternama.
"Randolph. Saya perlukan jawapan. Betul ke apa yang saya lakukan ni? Betul ke saya patut sembunyikan perkara ni? Saya rasa serba salah randolph. Lepas tengok lya depan mata, perasaan tu semakin menggunung." Kata azusa lemah.
Dia tahu dia tak sepatutnya membangkitkan hal lama tetapi selagi perasaan itu tersemat kemas dalam hidupnya, dia tidak mampu menutup mata dengan tenang.
"Your highness.." Randolph membalas dalam serba salah. Dia tidak sangka Azusa akan membuka kisah lama.
"Steven. Dia dah banyak berjasa pada saya. Jika bukan kerana dia, saya takkan hidup sehingga saat ini. Jika bukan kerana dia, dia takkan terkorban demi menyelamatkan nyawa saya. "
"Semua percaya bahawa kematian steven disebabkan oleh kemalangan jalan raya. Termasuklah keluarga dia sendiri. Sebab tu saya rasa bersalah." Tambahnya lagi.
Randolph diam tidak bersuara. Dia cuma mendengar azusa melepaskan bebanan yang kian lama bermaharajalela di dalam hati kecilnya.
Mata dihala menembusi tingkap kereta. Memori lama yang tersimpan kemas dalam kotak fikiran tiba-tiba berputar semula. Ya, azusa masih ingat dengan jelas kejadian itu. Semuanya benar-benar jelas dan di jalan inilah tragedi itu berlaku. Jalan yang sedang dilalui oleh mereka.
YOU ARE READING
The Royal's Slave
RomanceDestiny lead me to him. I'm no one and nobody but the heart belongs to somebody.