Langsir tebal yang terselak membenarkan cahaya matahari menerobos masuk ke dalam ruang biliknya yang suram. Zen masih lena tidur bersama selimut yang kekal membaluti tubuh. Sebatang tubuh tinggi lampai dalam sut hitam menghampiri katil. Tangannya dibawa ke dahi zen tanpa cuba mahu menyedarkan zen dari tidurnya. Panas. Tetapi tidak sepanas semalam. Dia tidak mahu menganggu rehat lelaki itu jadi dia mengambil keputusan untuk keluar semula dari bilik itu. Namun sentuhannya tadi sedikit terkesan pada zen.
Perlahan-lahan matanya terbuka. Zen menarik selimut yang sedikit menutupi muka. Dia menggosok mata dan cuba untuk bangun dari pembaringan. Tekaknya terasa pedih, sukar untuknya menuturkan kata seketika. Zen berdehem beberapa kali bagi menghilangkan ketidakselesaan kerongkongnya.
Vernon berpaling ke belakang apabila suara halus zen menerjah ke telinganya. Kelihatan lelaki itu sedang bersandar pada kepala katil dalam keadaan separuh sedar. Vernon segera menghampirinya.
"Maaf tuanku. Saya dah menganggu tuanku." Vernon membantu zen duduk dengan selesa. Zen hanya membalas dengan gelengan kecil.
"Tuanku nak apa-apa?" Zen hanya memberikan isyarat ringkas dengan menggerakkan kepalanya ke kanan, memaksudkan jag air di atas meja. Sedar zen sedang dahaga, vernon menuangkan air ke dalam sebiji gelas kaca lalu gelas itu dihulurkan kepada zen.
Gelas dibawa mendekati bibir merekahnya yang dahagakan air. Zen meneguknya rakus, merasai aliran air turun dari keronkongnya. Tekaknya terasa lega seketika. Dia kembali menghulurkan gelas itu kepada vernon. Zen mengatur nafasnya supaya lebih tenang. Matanya dibiar pejam dalam beberapa saat.
"Perempuan tu macam mana?" Tutur zen perlahan apabila teringatkan perempuan yang dibawa balik ke rumah agamnya itu.
"Dia dah sedar. Doktor Jeremy baru saja selesai periksa luka dia tadi. Dia hanya luka kecil dan tak ada apa-apa yang serius." Zen terdiam seketika.
"Kau dah siasat latar belakang dia?" Tambah zen lagi. Kali ini dia berpaling memandang wajah vernon.
"Maafkan saya tuanku. Saya belum dapatkan maklumat dia lagi sebab nampaknya dia bukan orang sini." Vernon memberikan sedikit butiran yang diperoleh sepanjang siasatannya semalam.
Malas bertanya lebih lanjut Zen menarik selimutnya semula. Dia betulkan pembaringannya dan vernon pula hanya menanti di sisi katil, bersedia untuk pergi jika tiada apa-apa yang perlu dia lakukan lagi.
"Selesaikan tugas kau secepat mungkin." Pesan zen. Dia berkalih ke kiri, membelakangi vernon yang mengangguk.
"Baik tuanku." Jawab vernon ringkas tetapi yakin. Tanpa menunggu lama, vernon menapak keluar dari ruangan itu bersama semangkuk bubur yang langsung tidak disentuh.
******Tiga pasang mata begitu tekun memerhatikan satu figura yang sedang makan di atas katil dengan lengan kirinya berbalut sehingga ke paras siku. Kehadiran Vernon menyebabkan mereka bertiga tersentak.
"Vernon. Tuanku dah okey?" Minica memulakan perbualan. Lya dan Lucy hanya mendengar.
"Badan Tuanku masih panas tapi lebih baik dari semalam. Lya, bubur yang awak bawakan tak disentuh pun. Saya dah bawa turun ke dapur. Bila dah tengah hari awak naiklah semula untuk periksa keadaan Tuanku."
"Wait! Kenapa saya pula?!" Bulat mata lya mendengar namanya yang dicadang. It will never happen! I'm not going to enter the room anymore. Never!
Minica menyentuh bahu Lya sambil tersenyum nipis.
"Ada apa-apa berlaku ke semalam? Tuanku ada marah kau eh?" Minica sempat mengusap lembut bahu lya.
YOU ARE READING
The Royal's Slave
RomanceDestiny lead me to him. I'm no one and nobody but the heart belongs to somebody.