*34*

5.2K 283 35
                                    

Pelukan dieratkan. Tangannya masih setia membelai kepala lya.

Lya. Apa yang kau dah lalui sebenarnya? Aku sendiri bingung dengan perbuatan aku sekarang tapi hati aku meronta-ronta nak tenangkan kau. Aku tak nak dengar tangisan kau. Aku tak nak dengar luahan hati kau. Semua tu menyakitkan dan aku tak mampu nak menanggungnya.

Ah! Zen! Kau dah gila ke? Mengapa semudah tu kau boleh terkesan dengan dia? Mengapa semudah tu kau boleh jatuh dengan babak air mata dia?

Semakin lama tangisan lya semakin reda. Tiada lagi esak tangis yang kedengaran. Kini gadis itu sibuk mengelap sisa air mata di pipinya.

Saat dia tersedar sesuatu, jantungnya berdegup kencang. Mukanya terasa membahang. Lya gigit bibir. Alamak! Apa aku nak buat ni? Should I just let him be or... Matanya diangkat, memandang wajah zen dari bawah. Secara drastik dia meleraikan pelukan lalu lya segera turun dari katil itu. Dia berdiri tegak di hadapan zen sambil kepala tertunduk ke lantai.

"S-saya minta maaf!" Ucapnya dalam debar. Tak berani langsung nak angkat muka.

"Sa-saya keluar dulu!"

Sebelum dia sempat melarikan diri dari situ, namanya diseru. Lantas kakinya mengeras pada lantai tapi kepala kekal terpaku ke hadapan, malu nak pandang wajah zen. Seriously?!

"Sini jap." Arah zen. Tapi lya masih tidak berganjak. Zen berdecit geram.

"Sinilah kejap!" Jerkahnya kuat. Terhinjut bahu lya dibuatnya.

Ish! Dia nak apa lagi?!

Perlahan-lahan lya pusingkan badannya menghadap zen yang sedang bersandar pada kepala katil. Langkah kakinya diatur perlahan menuju ke katil itu. Kepala ditunduk memandang hujung kakinya. Sampai aje dekat katil, lya angkat muka.

"Kau nak pergi mana? Tadi beria nak aku makan kan? Cepatlah bawa bubur tu datang sini." Arah zen selamba. Comforter tebal yang ditarik ke tepi tadi ditarik semula sehingga menutupi paras pinggangnya. Perlahan-lahan lya menuju ke sebuah meja berdekatan katil. Semangkuk bubur yang telah sejuk dihulur kepada zen. Lama matanya merenung mata biru lelaki itu.

"Kau nak aku makan bubur yang dah sejuk ni?" Tiba-tiba zen menduga sebaik saja dia mengerling sekilas ke mangkuk putih di tangan lya. Lya kerutkan dahi. Huh?

"Kau pergi panaskan. Bawa datang sini dalam tiga minit." Arah zen padanya.

"Ba-baik." Malu nak cakap apa-apa, lya menapak ke pintu.

Kemudian, kelibatnya hilang dari pandangan mata. Zen menghela nafas perlahan. Rambutnya diraup ke belakang dan tangan kanannya diletak ke atas dahi sambil mata dipejam rapat.

Zen... What's wrong with you?

Lima minit menunggu, pintu biliknya terbuka semula. Lya melangkah  masuk sambil membawa semangkuk bubur yang sudah dipanaskan dan segelas susu di tangannya. Zen pasang muka tidak beriak. Sedaya upaya dia cuba menepis debaran yang dirasakan saat ini.

"Kau letak aje kat situ." Arah zen perlahan tetapi dingin saja suaranya. Lya memandang wajah Zen yang kelihatan lemah tidak bermaya.

"Kau letak aje, nanti pandai-pandailah aku makan sendiri." Zen mendesak. Akhirnya Lya meletakkan bubur dan susu di atas sebuah meja bersebelahan dengan katil. Memikirkan dirinya sudah tidak diperlukan di situ, Lya tergesa-gesa keluar dari bilik itu. Meninggalkan zen yang masih bingung dengan diri sendiri.

Zen mengekori langkah kaki Lya keluar dari bilik itu dengan ekor matanya. Tatkala pintu kayu oak berwarna coklat tua itu tertutup rapat, zen tersandar semula pada kepala katil sambil melepaskan keluhan berat. Tangannya dibawa ke kepala. Jari-jemarinya pula sibuk memicit dahi. Ah... Kepalanya semakin pening memikirkan kejadian tadi. Apa semua ni?

Zen, you really need to rest. Being awake just make you crazy!

Matanya yang terpejam tadi dibuka semula. Zen menoleh ke kirinya, memandang bubur yang berasap nipis. Perutnya terasa lapar tapi zen betul-betul tiada selera. Kerana tekaknya juga terasa dahaga dan dia amat memerlukan sesuatu untuk membasahi kerongkong, zen mencapai susu segar yang dibawa untuknya. Saat gelas panjang itu dibawa ke mulut, bau pudina meresap masuk ke rongga hidungnya. Lalu zen meneguknya perlahan. Dalam beberapa teguk sahaja, gelas itu kosong dengan sisa susu di dasarnya.

Dia kembali meletakkannya ke atas meja. Badannya terasa letih. Kakinya juga terasa lenguh. Zen mula betulkan badannya sebelum dia menarik selimut sehingga ke paras leher. Walaupun kesejukan dari penghawa dingin menggigit kulit, dia terlalu letih untuk memikirkannya. Tanpa sedar, zen terlena sambil diulit dengan perasaan sendiri ke alam mimpinya. Yang tinggal hanyalah dengkuran halus dari bibir merah itu.

*****

Lya bersandar pada pintu bilik zen sebaik sahaja dia keluar dari situ. Dia perlukan oksigen! Nafasnya cuba diatur semula. Tangan kanannya selamba menyentuh dada. Matanya pula jatuh pada tangan kiri yang dikepal erat ketika sedang berjalan keluar dari bilik itu tadi. Lya sedar tangan kirinya tidak berhenti menggigil. Perlahan-lahan dia membuka jari-jemarinya, merasai peluh yang membasahi tapak tangannya itu.

Lya tergesa-gesa menuju ke arah tangga. Fikirannya bercelaru. Dia perlukan sesuatu. Sesuatu yang boleh tolong dia tenangkan diri. Lya menerpa ke arah peti sejuk saat sepasang kakinya tiba di dapur. Lya mengeluarkan kek yang masih bersisa petang tadi dan tangannya laju mencapai sudu. Matanya merenung kek bluberi di hadapannya tetapi fikirannya menerawang ke seraut wajah. Lya pejamkan mata serapat mungkin, cuba untuk menghalau wajah itu jauh-jauh tetapi gagal. Wajah itu bagaikan terlekat kemas di mindanya, membantah untuk terus bersemadi di situ.

Lya membuka matanya dalam termengah-mengah. Debaran masih terasa. Dia kalah dengan perasaannya sendiri. Lya berusaha untuk kelihatan tidak terkesan dengan semua itu tetapi lya tahu semuanya mustahil. Semasa dia turun untuk panaskan bubur tadi, lya dapat rasa ada jeritan yang ingin terlepas daripada dirinya. Ah!! I'm crazy! Why I have to face this? Why it's happen to me? And why it's happen with him? Can't I get someone better to start a drama? Anyone except him!

Lya hampir nak menangis sekali lagi memikirkan dirinya yang terjebak dalam situasi sedemikian. Situasi yang pastinya membawa perubahan pada dirinya. Zen? Mungkin tidak kut. Kenapalah aku boleh menangis tiba-tiba depan dia? Why?!! Dahinya dihantuk perlahan pada peti sejuk. Tanpa mengalihkannya, lya mengeluh berat. Zen dah nampak kelemahan dirinya. Mustahil bagi dia untuk berlakon tenang depan lelaki itu.

Pertama kali lya meluahkan apa yang terbuku di hatinya kepada seorang lelaki. Lelaki yang tengah sakit pula tu. Nampak ekstranya di situ. Lya melangkah ke arah meja dan kerusi ditarik mendekatinya. Apabila punggung dilabuhkan lya mula menyumbat masuk kek bluberi ke dalam mulut. Kemanisan bluberi yang meresap ke sel-sel lidahnya sedikit menenangkan debaran di dada. Sedang lya hanyut dengan kek kegemarannya, adegan tadi berputar semula di minda. Umpama video rosak yang memutarkan benda sama berulang kali. Sekali lagi lya bertarung dengan perasaanya. Wajahnya dibenam ke tangan. Kaki dihentak beberapa kali dengan sebuah perasaan yang sukar digambar. Ya, perasaan yang tidak pernah lya rasai selama ini. Pastinya lya sendiri terseksa.











Done another chapter for about a few months having difficulties!
I'm crying 😭 but somehow feeling happy because I can let my readers enjoy the story again. T_T

Sorry sgt² kpd readers semua. Sis betul² minta maaf. Sis dah buat readers semua menunggu. Sis mintak maaf.... Mianei.... T_T
Setiap kali sis baca message yg readers hantar sis tertekan tau! Tertekan sbb dh buat readers mnunggu. Sis dh buat readers resah dgn penantian yg terlalu lama. Sis tahu readers semua tak sabar sbb tu sis cuba jugak munculkan diri dan akhirnya I'm here! Di pagi buta pukul 3.37 pagi sis berhempas pulas jgk nk siapkan satu chapter ditemani earphone di telinga sbb nk dpt aura. Lastly I did! Lastly I can meet all of my readers through my next chapter!! 😭 banyak sis nk cerita,sbb kenapa mnhilang terlalu lama tpi sis rasa semua tu tak penting! Apa yg penting readers semua still support sis. Tak jemu² menunggu... Thanks semua. I will try my best to finish THE ROYAL'S SLAVE. okay? Nantikan chapter sterusnya. Btw vote and komen banyak² tau! Nak tengok berapa banyak yg rindu putera zen dan cik lya kita . 😘 kasi gempak gitu..



The Royal's SlaveWhere stories live. Discover now