Sorry. Dah lama menyepi sampai tak update yg baru. Sooo busy dgn kerja yg melimpah tunggu utk disiapkan. Btw, thank you sbb dah vote.
Azusa meletakkan buku yg dibaca ke atas meja. Cermin mata bulatnya ditanggalkan dan turut diletakkan ke atas meja. Kehadiran randolph menganggu lamunannya.
"Tuanku, dia baik2 saja di sana." kata randolph sambil menundukkan kepalanya. Azusa mengangguk. Fikirannya kembali melayang ke masa lalu.
"Tuanku, ada sesuatu yg menganggu tuanku ke?" Tanya randolph apabila melihat wajah gusar lelaki itu.
"Randolph, beritahu saya. Betul ke apa yg saya lakukan sekarang ni?" Azusa menyandarkan tubuh tuanya pada sofa dan matanya ditutup.
"Tuanku dah cuba lakukan yg terbaik untuk tebus semuanya."
"Saya rasa serba salah dgn semua yg berlaku dulu. Ya. Saya menyesal sekarang sebab terlampau ikutkan perasaaan." Azusa mengeluh.
"Tuanku. Perkara yg sudah lepas biarkan saja berlalu. Apa yg penting sekarang perkara ini harus dirahsiakan." Nasihat randolph.
"Ya. Pastikan perkara ini tidak sampai ke pengetahuannya. Saya tak nak timbul apa2 masalah nanti. Dan kamu yg bertanggunjawab atas perkara ni." Azusa berpaling ke arah randolph. Pembantu peribadinya itu mengangguk saja.
"Tuanku tidak perlu risau. Saya akan lakukan sedaya upaya saya untuk hapuskan perkara ni daripada diketahui." Katanya yakin.
Azusa mengeluh lagi. Jarinya memicit dahi yg terasa sakit. Gara2 kejadian itu, dia terpaksa menanggung kesannya. Dia mengaku. Semua yg berlaku adalah salahnya. Jadi dia akan cuba utk menebusnya kembali.
***
"Nah." Edward memberikan sebotol air kepada zen.
"Thanks. " ucap zen lalu tersenyum.
Edward duduk bertentangan dengannya.
"Macam mana game aku hari ni? Okey tak?" Tanya zen.
"Ada peningkatan. Kau perlu kekalkan dgn pertahanan yg lebih kukuh. Baru kau dapat tepis asakan pihak lawan." Terang edward.
Zen mengangguk. Dia meneguk air sejuk yg diberikan tadi.
"Ed, kau masih tak nak main ke? Dah hampir 3 tahun kau menghilang dalan sukan polo ni." Kata zen tiba-tiba. Edward diam. Kaca mata hitamnya ditanggalkan lalu diletak ke atas meja.
"Aku tak yakin aku masih boleh main. Aku tak seperti dulu"
"Kau janganlah give up! Takkanlah disebabkan kemalangan tu, kau nak putus asa? Mana edward yg aku kenal? Edward yg selalu bagi aku semangat."
"Kemalangan tu dah banyak kecewakan orang. Termasuklah ayah kau sendiri zen." Edward halakan wajahnya ke padang yg luas itu.
"Tapi semua tu bukan salah kau. Si Tyler tak guna tu yg sengaja serang kau."
"Forget it. Semuanya dah lepas. Aku tak nak ingat perkara ni lagi." Edward bangun dari kerusi dan berjalan pergi meninggalkan tempat itu.
"Kau nak pergi mana?"
"Aku nak jalan-jalan kejap sambil tengok jacob. " Kata edward. Zen menghantarnya dengan ekor mata. Dia sempat mengeluh. Kejadian itu benar2 sudah menjatuhkan edward.
***
"Tuan Edward." Sambut seorang lelaki sambil tunduk hormat. Edward mengangguk lalu tersenyum ke arahnya.
"Apa khabar wilson? Mana jacob?"
"Khabar baik tuan. Jacob di kandang. Saya baru saja bersihkannya."
"Terima kasih sebab dah jaga dia."
"Tuan tak perlu berterima kasih. Itu memang tugas saya." Jawabnya ramah.
Mereka ke kandang kuda yg berada di hujung padang. Kelihatan seekor kuda berwarna perang bertompok putih di hidung sudah sedia menunggu kehadiran mereka.
"Hai jacob. Rindu saya?" Edward senyum. Tangannya membelai kepala jacob. Kuda itu tidak menolak, malah selesa dgn belaian tuannya.
"Maaf jacob. Saya tak dapat nak tunggang kamu lagi. Saya tak nak kecewakan ramai pihak." Edward memandang sayu ke arah jacob. Kuda itu tunduk, seperti memahami kata2 nya.
***
Lya merebahkan tubuhnya ke atas katil. Penat! Seharian dia membersihkan rumah hijau atas arahan Zen. Lelaki tu! Sengaja nak susahkan dia. Bayangkan, dia harus membersihkan rumah hijau yg sebesar rumah mak cik selena seorang diri. Siapa yg dapat lakukan?
Dia mengeluh lagi. Bahunya terasa lenguh kerana mengangkat barang2 berat seorang dirinya.
Baru saja dia mahu terlelap, seseorang mengetuk pintu biliknya.
"Cik lya, cik lya." Panggil lucy.
"Ada apa?" Tanya lya malas.
"Cik lya, tuanku dah balik dan dia minta cik lya datang jumpa dia." Kata lucy.
"Dia dah balik? Cepatnya!" Bebel lya geram. Dia melompat turun dari katil dan mengemaskan gaun paras betis yg dipakainya. Dia terus meluru keluar dari bilik. Lucy yg berdiri di muka pintu tidak dihiraunya.
Dia menuju ke bilik zen. Setibanya di situ, sesuatu dicampak ke mukanya.
"Apa yg kau dah buat ni hah?! Baju aku tu, baju yg aku dapat dari sherry tau tak?!" Tengking zen. Bahu lya terhinjut kerana terkejut. Balik2 marah aku. Itu aje kan yg kau tahu?! Marah lya dalam hati.
Panas! Balik-balik dah naikkan darah aku. Dia ni memang pembawa masalah. Hari2 nak susahkan aku! Bebel zen.
"Jawablah! Apesal diam pula?!" Tengking zen lagi.
"Maaf tuanku tapi bukan saya yg..."
"Ah, dahlah! Orang macam kau memang menyusahkan! Dasar budak malang! Aku tak fahamlah, kenapa papa beria-ria nak kau stay dengan aku. Kau tak habis-habis nak porak peranda kan hidup aku!! Patutlah orang buang kau! Kau ni menyusahkan kau tahu tak?!" Tengking zen lagi. Dia tolak tubuh lya kasar. Lya jatuh terjelepok ke lantai. Luluh hatinya mendengar hinaan yg keluar dari mulut lelaki itu. Hatinya sebak. Saat itu dia cuba tabahkan hati.
"Keluar! Aku tak nak tengok muka kau! Keluar!!" Jerit zen. Terkebil-kebil lya bangun utk keluar dari bilik itu. Dia terus berlari ke biliknya dan mengunci pintu. Lya duduk mencangkung di suatu sudut sambil menangis teresak-esak. Air matanya laju membasahi pipi.
Lelaki tu memang jahat! Aku benci kau! Kenapalah setiap perkataan yg keluar dari mulut kau menyakitkan hati aku? Walaupun aku dah biasa dengan semua ni, tapi aku tak pernah dimaki dengan lelaki macam kau!
Tersedu-sedu lya menangis dan berkali-kali dia menyapu air matanya tetapi air matanya masih degil mencurah keluar dari kelopak mata.
YOU ARE READING
The Royal's Slave
RomanceDestiny lead me to him. I'm no one and nobody but the heart belongs to somebody.