*37*

3K 99 3
                                    

"Saya nak jumpa ayah! Saya nak jumpa ayah!" Tempik anak kecil itu lagi. Pipi montelnya basah dengan air mata. Badannya meronta-ronta dalam pelukan pembantu rumah. Kereta tadi telah pergi meninggalkan kawasan itu namun Lya masih menjerit dalam tangisan.

Rangkulan kemas di pinggangnya cuba dileraikan. Tatkala tubuh kecil Lya terlepas dari pegangan tangan pengasuhnya, dia berlari meninggalkan pekarangan rumah. Laungan seorang wanita yang memanggil dari belakang tidak diendahkannya. Lya tetap berlari, membawa diri ke sebuah tempat yang benar-benar dia rindui saat itu. Air mata yang berlinangan membasahi pipi sempat dikesat dengan belakang tangan sambil kaki mengikut rentak hati yang meronta-rontakan sesuatu. Mata yang semakin kabur menganggu penglihatannya namun Lya biarkan saja air mata terus mengalir turun dari kelopak matanya itu.

Dari jauh matanya disapa dengan sebuah tasik yang terbentang luas. Dedaun kering berguguran ke tanah tatkala angin meniup lembut. Lya menyapu sisa air mata di pipi. Pandangan matanya pula dilempar ke tengah tasik. Langkah kaki yang longlai diatur menuju ke tebing sambil cuba mengawal perasaan sendiri.

"Ayah..." Ucap Lya perlahan. Tanpa mampu ditahan, air matanya kembali mengalir. Lya jatuh terduduk ke tanah saat kaki tidak mampu menampung badan yang lemah.

Lya angkat muka, memandang tasik di hadapan matanya. Kenangan lama mula bermain di kotak ingatan. Di situlah tempat dia dan ayahnya selalu pergi. Lya masih ingat, kata ayahnya, ibunya gemar pergi ke situ semasa sedang mengandungkannya. Walaupun sudah berkali ayahnya berpesan untuk tidak ke tasik kerana bimbang ibunya akan jatuh sakit akibat angin sejuk, ibunya tetap berdegil. Mahu juga pergi melihat air tasik yang tenang. Baginya tasik itu setenang hatinya, tenang kerana tahu dia bakal melahirkan seorang bayi yang akan membesar menjadi seorang gadis cantik. Ya, ibunya begitu menyayanginya. Namun kasih sayang yang Lya dahagakan hanya mampu dirasai sedikit cuma. Kini, sekali lagi dia kehilangan seseorang yang amat berharga. Seseorang yang pergi tanpa kembali lagi. Sakit. Itulah yang dirasai ketika itu. Rasa yang tidak mampu dibendung lagi dibiar gugur sebagai butiran-butiran jernih.

Tangisannya semakin lebat, selebat hujan yang sedang turun ketika itu. Lya masih tidak berganjak, membiarkan tubuh kecilnya dibasahi dengan tangisan langit. Kedinginan mula menyengat tubuh namun dia tetap berkeras mahu terus di situ. Lya membenamkan wajahnya pada lutut, cuba menyembunyikan tangisan yang bersisa.

"Apa awak buat di sini?" Tegur satu suara. Laju Lya mengangkat muka, memandang seraut wajah kanak-kanak lelaki.

"Awak tak sejuk ke?" tanya budak itu lagi. Payung yang berada di tangan sedikit dihala ke arah Lya, menutupi kepalanya dari terus ditimpa hujan. Lya membatu di situ. Bibirnya terketar-ketar kesejukan.

"Nah!" kanak-kanak itu menghulurkan sehelai sapu tangan berwarna biru lembut. Lya kekal tidak berganjak. Mata merah Lya menikam mata bercahayanya. Air mata yang bercampur air hujan dikesat dengan belakang tangan. Huluran tangan itu Lya sambut lambat-lambat, kurang pasti dengan kelakuan sendiri. Wajah anak kecil yang kelihatan sebaya dengannya ditatap lama. Lya keliru dengan kehadiran dia namun jauh di sudut hati Lya senang dengan kehadiran seseorang disisinya ketika itu.

"Janganlah nangis lagi. Jom pergi." petah sahaja dia berkata-kata. Sekali lagi tangan kecilnya dihulur dan sekali lagi sepasang mata bundarnya menikam mata kuyu Lya. Saat itu hati kecil Lya bagai berbisik untuk menyambut tangan itu. Senyuman yang dipamer umpama cahaya terang yang mampu menghangatkan hati. Bersaksikan hujan yang mulai reda membasahi permukaan bumi, Lya genggam tangan itu. Membiarkan perasaan sendiri terbenam hilang oleh kehangatan yang menguasai.

"Lya! Lya!"

Panggil Lucy bersama kerutan di dahi. Terkebil-kebil Lya mencari wajah si pemanggil apabila sedar fikirannya sudah mengelamun jauh.

"Apa dia?"

"Kau kenapa ni? Aku panggil tak jawab. Macam tunggul aku dekat sini tengok kau." Bebel Lucy geram.

"Sorry, sorry. Ada apa?" Lya sandarkan vacuum di tangan pada dinding. Tangan buat-buat sibuk betulkan alas meja.

"Kau dah kenapa ni? Lain macam aje aku tengok. Kau tak sihat eh?" Lucy bertanya risau. Sampai berkerut-kerut dahinya pandang Lya.

"Mana ada, tak adalah. Aku okey." Lya senyum segaris. Jelas sangat muka berlakon dia.

"Kalau kau tak sihat masuk ajelah rehat dalam bilik. Biar aku sambung kemas sini. Lagipun bukan banyak sangat yang perlu dikemaskan."

"Lucy, aku okey. Don't worry please?" Lya ketawa kecil. Haihh semakin lama kenal Lucy, Lya semakin terbiasa dengan sikap prihatinannya. Mula-mula dia datang sini bukan main Lucy berkelakuan formal dengan Lya. Apabila dirinya bukan sesiapa lagi, hanya layak digelar pembantu hubungan mereka jadi lebih akrab. Namun jujur Lya senang diperlakukan sedemikian. Dirinya rasa lebih dialukan.

"Ha, tengok. Mengelamun lagi. Kau pergilah rehat. Nanti kalau kau pula jatuh sakit susah kami nak handle Tuanku kalau kau tak ada."

"Eh? Apa kaitannya aku dengan tuanku?" Kali ini Lya pula yang berkerut dahi, tafsir apa maksud tersirat dari kata-kata itu.

"Pura-pura tak tahu pula." Lucy mencebik. Kaki dibawa pergi dari situ, sengaja mahu mempermainkan Lya.

"Jangan main-main boleh tak? Kalau tuanku dengar jenuh pula aku nak menjawab soalan entah apa-apa dia tu."

"Hmmm. Yalah." Lucy ketawa kecil, geli hati tengok reaksi wajah Lya.

"Excuse me. Am I disturbing you guys?"

Sedang mereka sibuk berbual kosong di ruang tamu, Feanna yang baru turun dari tingkat atas menegur. Serentak dua kepala menoleh ke arah datangnya suara lembut itu. Masing-masing tayang senyuman mesra.

"No, no. It's our pleasure to have you Miss Feanna. What can we do for you?" Lucy memulakan bicara. Lya hanya mendengar.

"Em, Your Highness. Is he okay? Saya langsung tak jumpa dia semenjak dia selamatkan saya tempoh hari. I wanna know if everything fine." Terselit sifat prihatin di tutur katanya.

"His Highness is doing great my lady. No need to be worry." Lucy senyum. Lya turut sama tersenyum. Dari sudut mata Lya, Feanna seorang yang berbudi dan lemah lembut. Setiap tutur katanya bagaikan ada sesuatu yang menarik perhatian si pedengar. Dia benar-benar berbeza.

"Thanks God. Perhaps can I take a visit to his room?" Tanya Feanna sekali lagi. Jelas terpamer wajah penuh keyakinannya. Lucy menyiku lembut rusuk kanan Lya. Anak mata cuba menghantar mesej kepada Lya. Kening Lya bertaut, cuba menduga apa yang ingin disampaikan kepadanya. Lucy ni dah kenapa pula? Mata dilirik ke arah Feanna yang tersenyum menanti.

"Come my Lady, this way." Lya senyum.

Anak tangga dipanjat satu persatu naik ke tingkat atas. Langkah kaki Lya atur ke bilik Zen sambal diekori Feanna daripada belakang. Setibanya di hadapan sebuah bilik, pintu diketuk beberapa kali. Lya tunggu maklum balas dari dalam. Sekali lagi dia mengetuk. Kali ini disusuli dengan panggilan.

"Tuanku." tokk! tokk!

"Tuanku. Are you there?" tokk! tokk!

"Tu..."

"I think I will take it from here. Thank you by the way." Feanna senyum. Lya teragak-agak untuk membalas namun sebaik sahaja sedar dirinya sudah tidak diperlukan lagi, Lya ukir senyum sebelum meminta diri untuk kembali melakukan kerja yang terbgendala sebentar tadi. Baru beberapa tapak Lya melangkah, kakinya kembali terpaku pada lantai tatkala ekor matanya menangkap kelibat Feanna yang menghilang disebalik bukaan pintu.

I think he's doing fine today.

Bisik hati kecilnya seraya kembali menyusun langkah turun ke bawah.

The Royal's SlaveWhere stories live. Discover now