Lya gagahkan diri untuk bangun dari pembaringan. Cahaya matahari menembusi tingkap biliknya yg masih tertutup rapat tapi langsir tebal berwarna biru sudah diselak oleh pembantu.
Letihnya! Keluh lya bila teringatkan kerja2 yg dibuatnya kelmarin. Ketika itu juga kejadian itu berputar mencarinya. Wajah zen yg kemerahan hampir menjadi mimpi ngerinya.
'Bila semua ni akan berakhir?' Keluh lya lagi.
Dia mengikat sanggul rambut perangnya lalu menapak ke bilik mandi utk bersihkan diri. Keluar saja, terpempang wajah lucy yg sedang tersenyum. Hampir terkejut dia melihat kehadiran lucy di dalam biliknya.
"Selamat pagi lya!" Tegurnya ramah.
"Selamat pagi."jawabnya seraya tersenyum manis.
"Hari ni, tuanku azusa akan datang ke sini. Jadi Tuanku zen minta saya siapkan lya secepat yg mungkin." Terangnya.
"Tuanku azusa nak datang?!" Lya terbeliak mendengar kenyataan yg disebut lucy. Perempuan itu hanya mengangguk.
"Em, lya ada 20 minit utk bersiap sebelum tuanku tiba." Kata lucy sebaik sahaja melihat jam di dinding. Lya mula gelabah.
"Apa yg saya nak pakai ni?" Tanya lya kalut. Tanpa banyak kata, lucy membuka almari pakaian yg penuh dgn dress pelbagai warna. Tiada satu pun pakaian yg dianggap kelas rendah di dalam almari tersebut. Semuanya direka oleh pereka fesyen terkenal dari seluruh dunia.
Tangan lucy menarik sehelai dress yg berwarna kuning cair dihiasi reben comel di bahagian pinggang. Kemudian, baju tersebut diberikan kepada lya.
"Pakai ni! Cepat, sebelum tuanku sampai." Gesa lucy. Lya mengangguk laju lalu mula bersiap.
***
Bibirnya mengukir senyum melihat seorang lelaki separuh abad berjalan masuk ke dalam mansion mewahnya itu. Dia meluru ke arah azusa lalu tubuh tua itu dipeluk erat.
"Papa. Lama tak jumpa! Maaf, zen sibuk dgn kerja yg banyak nak diuruskan." Terang zen sambil membawa azusa ke ruang makan utk bersarapan bersama.
"Tak mengapa. Papa faham. Tak lama lagi kamu juga yg akan ambil alih takhta ni, kan? Jadi, kamu patut sesuaikan diri dgn kerja2 ni semua." Azusa menyokong anaknya itu. Zen tersenyum.
"Eh, mana lya? Papa tak nampak pun?" Mata azusa tercari-cari kelibat gadis yg dimaksudkan.
Hilang selera makannya bila azusa menyebut nama perempuan itu. Zen mendengus perlahan sebelum meminta pembantu memanggil lya.
"Papa, maaf kalau zen bertanya. Tapi, kenapa papa buat keputusan macam ni? Jujur zen cakap, perempuan tu tak berguna langsung pada zen." Akhirnya dia meluahkan juga rasa yg terbuku dalam hati. Sudah lama dia ingin bertanyakan hal itu tetapi tidak berkesempatan utk berjumpa dgn azusa.
"Zen. Benda ni rumit utk diterangkan tapi percayalah. Papa tak berniat nak menyusahkan kehidupan kamu."
"No! Papa tak buat apa2 pun tapi kenapa semua ni perlu dilakukan? Tak boleh ke perjanjian yg ditandatangani tu dihapuskan? Zen betul2 tidak perlukan dia."
Azusa mengeluh. Dia faham keadaan yg dirasai anaknya itu tapi dia terpaksa. Dia terpaksa melakukan semua itu utk bertanggunjawab di atas apa yg berlaku. Dia tahu tentang keadaan lya sebelum gadis itu dibawa tinggal bersama zen lagi. Kerana itu dia yakin dgn keputusannya utk membawa lya jauh dari wanita sekejam selena. Dia tahu, jika bukan kerana kesilapan bodohnya tentu kehidupan lya bahagia.
"Papa. Papa okey ke?" Tanya zen bila melihat azusa sedang termenung.
"I'm fine."jawabnya ringkas.
YOU ARE READING
The Royal's Slave
RomanceDestiny lead me to him. I'm no one and nobody but the heart belongs to somebody.