*28*

5.7K 262 0
                                    

Lya dihalang oleh minica saat kakinya baru nak jejak anak tangga pertama. Lya tayang wajah pasrah.

"Tuanku dah balik ke?"

Lya mengangguk lemah.

"Patutlah aku dengar suara dia tadi. Ingatkan bermimpi." Rungutnya separuh berbisik.

"Eh, kau nak bawa pergi mana kek dan air tu?"

"Aku nak bawa naik atas." Baru saja lya melangkah, minica mengahalangnya dengan tangan. Lya berdecit geram.

"Wait! Where did you get the cake?"

Malas mahu berdalih, lya menceritakan segala yang berlaku di dapur tadi. Melopong minica mendengarnya. Dia menggaru kepala yang tidak gatal.

"So, dia minta aku bawakan kek ni ke atas. Terpaksalah aku potong kek tu kau tau tak? Susah payah aku buat, sesenang rasa aje dia minta aku potong. Nampaknya musnahlah rancangan kita nak sambut birthday vernon. " kata lya perlahan. Bila diingat balik ayat-ayat zen, rasa meluap jugalah amarahnya tadi. Ada ke cakap aku buat kek ni untuk memperingati kematian aku? What the heck?! Kalau aku mati, kau orang pertama aku akan ganggu. Nak sangat jumpa hantu kan?

"Huh... nak buat apa lagi? He's the prince anyway. Pergilah naik cepat. Nanti marah pula kalau kau lambat." Gesa minica. Lya cuma mengangguk. Anak tangga dipijak satu persatu untunk sampai ke tingkat atas.

Kemudian, lya berjalan ke bilik zen. Pintu diketuk beberapa kali dalam debar.

"T-tuanku?"panggil lya perlahan.

"Masuk ajelah! Nak aku bukakan pintu ke apa?" Jerit zen dari dalam. Lya ketap gigi. Lya, you can don this. Tarik nafas dalam-dalam lepas tu hembus.

Tombol pintu dipulas lalu lya melngkah masuk ke dalam bilik zen. Dulang di tangan dibawa dengan berhati-hati.

"Letak atas meja tu." Arah zen pendek. Lya hanya menurut. Sempat juga lya jeling sekilas. Zen sedang membelek telefon bimbitnya. Sekali pun dia tak pandang lya. Sebaik sahaja dia letak dulang tu atas meja, tanpa ada lagi suara mengarah lya terus keluar dari bilik. Pintu ditutup semula.

Tapi sebelum sempat dia berjalan pergi, muncul satu suara dari dalam.

"Yes, just choose what you like."

"Tak perlu banyak tanya buat aje apa yang aku suruh. Bawa balik dengan kau malam ni."

"Tak kisahlah flavour apa pun. Yes, kau yang pilih. Huh! Banyak tanyalah kau ni."

Kemudian, tiada lagi suara yang kedengaran. Lya angkat bahu. Malaslah nak ambil tahu hidup lelaki tu. Lebih baik lya hidup dengan tenang sebagai orang gaji. Lagipun itulah fungsi sebenar dia di rumah agam ni.

Kehadirannya di dapur disambut oleh dua orang perempuan yang sedang asyik menikmati kek yang dibuatnya. Lya mencebik sambil menghampiri mereka.

"Eh, lya. Pandai kau buat. Sedap juga rasa dia!" Puji lucy jujur.

"Bagus juga tuanku minta kau potong bagi dia." Minica mencelah dengan mulut yang penuh dengan kek. Sedap sangat agaknya.

"Kenapa pula?"

"Vernon alergik dengan cheese. Kalau kau bagi dia pun, membazir aje. Dia mana boleh makan." Minica berkata lagi. Tangannya tak henti-henti menyuap kek itu ke dalam mulut.

"Mana kau tahu?" Soal lya tak puas hati.

"Kita orang tahulah sebab kita orang dah hidup lama dengan dia." Lucy jeling minica. Perempuan itu mengangguk saja.

"Patutlah dia tanya aku tentang kek tu." Bisiknya perlahan. Lucy dan minica buat tak endah. Dua-dua sibuk menikmati kek.

"Makanlah sampai gemuk! Menyusahkan aku aje buat kek ni!" Kata lya geram.

Dia terus menapak pergi. Tanpa sedar, perbualan zen tadi menerjah masuk ke cuping telinga.

Dia cakap dengan siapa tadi?

Hatinya menjerit inginkan jawapan. Tapi bila ingat balik siapa yang dia perlu hadapi, keinginannya dibiar terkubur di situ. Memang taklah aku nak tanya dia. Nanti dia tuduh aku macam-macam. Bebel lya dalam hati.

Ah! Lantaklah. Lebih baik aku sambung kerja. Lya keluar dari rumah itu untuk membersihkan kolam renang yang sememangnya sudah menjadi tugasnya.


*****


Pintu utama terbuka dan seseorang berjalan masuk bersama sebuah kotak yang diikat reben. Masing-masing memandang pelik.

"Apa tu?" Selamba minica bertanya.

Vernon melirik ke arah kotak di tangannya.

"Kek. Tuanku minta saya belikan."

"Eh? Apa tuanku nak buat dekat kek tu? Takkanlah dia dah obses dengan kek?" Bisik lucy pada telinga lya.

Dia terdiam. Apa tuanku cuba buat sebenarnya?

Perbualan mereka terganggu apabila muncul seseorang dengan tangan dimasukkan ke dalam poket seluar. Semua mata tertumpu pada tangga, menanti tubuh itu turun dari tingkat atas.

"Kau beli tak?" Soal zen dingin. Vernon mengangguk sambil mengangkat kotak kek di tangannya.

"Kau orang makanlah kek tu."
Masing-masing hampir ternganga mendengar kata-kata zen. Lya pandang wajah lelaki itu. Aku mimpi ke apa?

"Tapi, kenapa pula tuanku?" Vernon pun pelik mendengarnya. Tuanku okey ke tak? Bimbang pula aku dengan dia.

"Hari ni birthday kau kan? Tak payah nak banyak bunyi. Makan kek tu sampai habis." Zen mendengus kasar. Itu pun tak faham ke?

Vernon tersentak. How can I forget about this? Tanpa sedar dia mengukir senyum.

"Terima kasih, tuanku." Vernon memberi tunduk hormat. Terharu aku dibuatnya.

Zen tayang muka tidak beriak. Nak mulalah tu tunjuk muka ais dia! Lya juih bibir. Bila lelaki itu hilang dari pandangan, mereka bertiga segera menyerbu vernon.

"Awak lupa lagikan?" Lucy meneka.

"Lupa apa ni?" Lya menoleh ke kirinya.

"Kalau kau nak tahu, tiap-tiap tahun dia lupa birthday dia." Minica mencebik. Vernon tersenyum malu.

"Dahlah. Jom kita makan kek!" Sorak lucy teruja.

"Kau nak makan lagi?" Tanya lya tidak percaya.

"Tentulah. Susah tau nak rasa kek pemberian tuanku. Bila dah ada peluang, kita guna sebaiknya." Lucy sengih tunjuk lesung pipitnya. Lya ketawa kecil. Betul juga cakap dia.

"Aku tolong ambilkan pinggan." Lya beredar ke dapur. Dia dapat dengar suara-suara teruja di ruang makan. Lya senyum.

Baik juga tuanku ya? Tapi tak habis-habis dengan sikap dingin dia tu. Tak sweet langsung! Lya. Okey apa? Yang penting, dia sendiri keluarkan duit untuk ganti balik kek hasil tangan kau tu.

Tak nak berlama-lama di situ, lya capai tiga biji pinggan lalu dibawanya ke ruang makan. Vernon sedang duduk di kerusi manakala minica dan lucy pula bukan main teruja lagi nak vernon potongkan kek. Huh! Dua-dua lagak macam budak-budak.

"Pinggan dah sampai!" Lya letak ke atas meja. Dia mengambil tempat di sisi minica.

"Happy birthday, vernon!" Ucap mereka bertiga. Vernon tersenyum malu. Pipinya menjadi merah bila minica dan lucy mula menyanyikan lagu. Lya hanya ketawa tengok dua orang tu cuba tiru gaya penyanyi terkenal. Ada-ada aje diaorang ni.

"Ish! Dahlah tu. Jom makan kek." Halang lya sebelum sempat minica nyanyi lagu lain.

"Yalah, yalah. Nah! Tiup lilin tu dan potong kek. Cepat! Tak sabar nak makan ni." Gesa minica.

Vernon cuma menurut. Sebaik sahaja lilin terpadam, mereka bersorak riuh. Vernon mengambil tugas memotong kek dan masing-masing mula menikmati kek pemberian tuanku tersayang. Terima kasih tuanku!!

The Royal's SlaveWhere stories live. Discover now