*11*

9.1K 324 3
                                    

Mereka berhenti disebuah tasik. Walaupun jam menunjukkan pukul 11.30 malam, namun masih ramai yg datang melepak di tempat itu. Lebih2 lagi pasangan bercinta.

Edward keluar dari keretanya. Begitu juga zen. Mereka bersandar pada kereta masing-masing dengan mata terpaku pada tasik.

Mereka baru saja selesai menghadiri sebuah majlis jemputan ahli korporat yg terkenal di London. Tapi edward mahu segera keluar kerana tidak terlalu suka dgn bunyi bising. Zen pula turutkan saja permintaan sepupunya itu.

"Hei zen, aku nak tanya sikit ni?" Edward bersuara, sekadar hilangkan sunyi. Zen menoleh ke sebelah, angkat kening.

"Apa yg kau buat dgn si lya tu sampai dia takut sangat dgn kau?"

"Oh, tentang perempuan tu ke? Em, nothing. Kau tak perlu tahu."

"I think I should know since I've fall in love with her." Jawab edward sambil tertawa. Zen kelihatan terkejut dgn kenyataan itu. Matanya membulat, serius tidak percaya.

"Are you serious?!"

"Kau ada nampak aku bergurau ke?" Edward sengaja tayang muka serius. Cuba yakinkan sepupunya itu.

Zen masih tidak percaya. Tapi entah kenapa perutnya terasa senak tiba2. Mungkin terkena bayu malam.

"Come on ed! Takkanlah perempuan macam tu pun kau nak try?" Zen ketawa sinis. Kenal benar dgn perangai playboy edward. Habis semua dia nak cuba. Nasib baik si Sherry tu sempat dijadikan hak milik.

"No zen. Kali ni aku betul2 serius. Aku tak nak main2 dah." Kata edward pasti.

"Apa yg buat kau jadi macam ni?" Zen ketawa lucu.

"Aku dapat rasa something pada dia. Kau tahu, perasaan..." dia cuba mencari kata yg sesuai utk menggambarkan perasaannya kini namun dia sendiri tidak tahu apa yg harus diucapkan.

"Ok, I see. Kau betul2 dah jatuh cinta ed!!" Zen ketawa kuat. Lucu melihat gelagat sepupunya. Dia menepuk belakang edward berkali-kali. Edward hanya tersenyum.

"Congratulations dude! Akhirnya kau dah jadi orang yg berperasaan." Tambah zen lagi.

"Thanks diatas pujian kau tu. But zen, aku betul2 berharap kau boleh layan lya dgn baik." Minta edward. Zen terdiam.

"Aku tak nak sebab dia, kita gaduh nanti." Tambah edward lagi. Zen tersenyum hambar. Tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar dan turut bersandar pada kereta edward.

"Aku tak dapat janji dgn kau but I will try. Tapi kau tahu kan, aku tak suka ada orang yg cuba masuk campur dlm hal aku." Zen tersenyun penuh erti. Edward mengeluh seraya tersenyum. Faham benar dgn kata2 zen.

"Dude, let's go. Angin malam ni buatkan suasana jadi tegang." Sinis edward berkata. Dia terus membuka pintu kereta dan masuk ke dalamnya. Enjin dihidupkan dan selepas melihat tubuh zen turut berada di dalan kereta, dia memecut laju ke jalan raya.

Zen memandang saja kelibat kereta mewah itu pergi. Pedal ditekan dan Mazda merahnya berdesum meninggalkan tempat itu.



***


Jaket kulitnya dicampak ke atas katil size king yg dihias dengan langsir tebal. Jarinya memicit dahi yg terasa sakit. Kata2 edward tadi bermain di fikirannya seperti radio buruk.

Dia sudah berjanji yg dia akan hancurkan hidup perempuan tu tapi pada masa yg sama dia tersepit antara harapan ayahandanya dan edward sendiri.

"Apa yg special sangat pada perempuan tu?" Zen menggumam.

Tiba2 pintu terbuka dari luar. Lya berjalan masuk sambil menatang dulang berisi air susu mint yg diminta zen. Tangannya cuba ditahan dari menggigil. Dia hanya tunduk tanpa memandang mata zen yg terpaku padanya.

Zen duduk di salah sebuah sofa yg ada dalam biliknya. Kaki yg masih tersarung kasut diletakkan ke atas meja. Menanti kehadiran lya.

"Tuanku " ucap lya sambil meletakkan gelas tersebut ke atas meja. Dia bengkokkan badannya 90 darjah dan mahu segera pergi dari situ.

Namun bunyi gelas pecah menyentap jantungnya. Dia terus berpaling ke belakang. Kelihatan gelas yg diletakkannya sudah pecah berderai. Zen diam tidak berganjak.Lya juga turut kaku sambil memeluk dulang.

"Kau buat apa lagi tu?" Tanya zen perlahan. Lya teragak-agak utk menghampirinya.

"Kemaslah!!!" Tengking zen kuat. Lya tersentak. Cepat dia melutut disisi kaca yg pecah utk mengutipnya.

Zen memerhati tingkah lya yg sedaya upaya mencuba dari memandangnya. Entah kenapa perasaan marah mula menyelubungi dirinya. Dia jatuhkan kakinya dari meja dan memijak tangan lya yg baru saja ingin mencapai serpihan kaca di hujung kaki sofa.

"Argh!" Lya mengetap gigi, menahan rasa sakit pada tangannya. Zen tidak peduli malah semakin kuat tangan lya dipijaknya.

"Kau dah buat apa pada ed?" Tanya zen. Matanya mencerlung tajam ke arah lya yg berada tepat dihadapannya.

"Apa maksud tuanku?" Lya cuba mengangkat kaki zen dgn tangannya yg sebelah lagi. Tapi semakin kuat dia menarik kaki zen, semakin kuat lelaki itu memijaknya. akhirnya dia biarkan saja tangannya diperlakukan sedemikian.

"Kau tak payah nak berpuara-pura lah perempuan! Kau bercinta dgn edward kan?!" Hambur zen tanpa usul periksa. Kedua-dua belah pipi lya dicengkam kuat. Kepala lya terdongak ke atas.

"Tak, tuanku!" Dalih lya bersungguh-sungguh. Marahnya semakin menggunung. Zen alihkan kakinya dari tangan lya dan dia mencengkam tangan perempuan itu pula lalu memaksanya bangun.

"Kau cakap! Kau bercinta dgn edward kan?!" Tengking zen tidak puas hati.

Matanya menjadi panas. Sakit di hati dan sakit di badannya bercampur baur. Dia tidak mampu berbuat apa2 melainkan membiarkan saja air matanya mengalir.

"Kau dengar sini! Jangan kau berani nak permainkan perasaan sepupu aku!! Kalau tak, aku akan buat yg lebih teruk dari ni!" Tubuh lya ditolak kuat sehingga dia jatuh tersungkur ke lantai.

"Satu lagi! Jaga mulut kau! Jangan kau bagitau sesiapa pun tentang apa yg berlaku pada kau kalau kau rasa nak hidup lama!!" Ugut zen keras.

Lya dihalaunya keluar dari bilik. Sedaya upaya perempuan itu menguatkan diri utk berjalan turun ke dapur. Tangannya yg memerah tidak dihiraukan. Dia biarkan saja air matanya dilihat oleh beberapa pembantu yg sedang melakukan kerja.

"Eh, kenapa tu? Dia buat masalah lagi ke?" Bisik seseorang saat lya muncul di dapur utk membilas tangannya yg terasa pedih.

"Biarkanlah dia. Tak payah masuk campur. Nanti kita pula yg kena."jawab satu suara lagi.

Lya bawa perasaan yg membengkak ke bilik. Sungguh dia menderita saat ini. Dia lebih rela mati dari terpaksa melalui kehidupan seperti ini.

"Kenapa semua ni berlaku pada aku?! Kenapa aku terpaksa setuju dgn perjanjian bodoh ni??!!!" Jerit lya. Tangannya mencapai apa saja lalu melemparnya ke arah pintu.

Dia terduduk di birai katil. Mukanya ditekup dgn tangan sambil esak tangisnya semakin kuat. Jika ada yg mendengarnya, tentu mereka dapat rasa penderitaan yg dilaluinya.

The Royal's SlaveWhere stories live. Discover now