*26*

7.5K 365 10
                                        

Tingkap kereta diturunkan untuk membenarkan angin malam masuk menyapa mata yang berat untuk dibuka. Tubuh yang keletihan di sandar pada kerusi. Matanya sedaya upaya cuba dihalang dari tertutup.

"Vernon. Aku terfikir sesuatulah." Ucap zen tiba-tiba. Vernon senyap, menunggu ayat seterusnya.

"Sebelum ni, papa ada pesan sesuatu pada aku. Dia minta aku jaga lya baik-baik sebab hanya aku yang boleh langsaikan semuanya. Aku tak faham. Apa maksud papa?"

"Kenapa tuanku cakap macam tu?" Tanya vernon yang sedang memandu.

"Aku keliru vernon. Tiba-tiba lya muncul dan hidup bersama aku. Kau tak pelik ke? Kenapa papa letak dia bawah kawalan aku? Kenapa papa tak ambil aje dia tu bekerja di istana? Why me?" Zen mengeluh sebentar. Sudah lama dia mempersoalkan semua ini namun tiada satu pun jawapan yang memuaskan.

"Tuanku nak saya cari maklumat?" Vernon tawar diri. Sekali lagi zen mengeluh.

"Tak perlu. Aku sendiri akan cari jawapannya." Zen menutup tingkap kereta. Dia berkalih ke kiri dan perlahan-lahan matanya tertutup.

*****


Prangg!

Lucy tersentak melihat pinggan yang jatuh bersepai di lantai. Dia angkat muka, memandang wajah lya.

"Lya! Awak okey?" Kalut dia pergi mendapatkan lya yang berdiri berdekatan sinki.

"Its okay, I'm fine." Lya segera mengutip kaca-kaca yang bertaburan.

"Eh, eh! Tak perlu kemas. Let me do it." Lucy pelawa diri. Lya pantas menggeleng.

"Lucy, its okay. Let me handle it. Awak pergilah sambung buat kerja. Nanti tuanku mengamuk pula tengok tak ada siapa yang bersihkan halaman dekat luar." Lya menolak lembut. Dia sempat tersenyum manis. Lucy mengangguk lemah.

"Okeylah. Hati-hati, nanti luka pula jari tu. " Pesannya sebelum melangkah pergi dari dapur.

Lya mengambil sebatang penyapu. Sebelum sisa-sisa kaca disapu, dia mengutip serpihan yang lebih besar dulu.

"Ahh!" Lya gigit bibir melihat darah yang mula mengalir keluar di jari telunjuknya. Cepat-cepat dia membilas dengan air. Dahinya berkerut apabila luka di jari terasa pedih.

"Hishh! Masalah betul!" Bebel lya pada diri sendiri. Lya menarik sehelai tisu dan lukanya dibalut ala kadar.

Nanti-nantilah dia sapu ubat.

Selesai mengemas, lya mengambil kotak first aid dari dalam kabinet dapur. Dia duduk di meja kerja dan kotak itu dibuka.

Tiba-tiba, datang seseorang menegurnya.

"Kau buat apa dekat sini? Curi tulang ke? Tak buat kerja, huh?" Zen mencebik. Dia berjalan mendekati lya. Kedua-dua belah tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar.

"T-tuanku!" Lya segera berdiri tegak. Kepalanya ditunduk ke bawah.

Zen terpandang jari lya yang terbalut tisu. Malas mahu ambil tahu, dia melangkah ke arah peti sejuk dan pintunya dibuka. Satu jag air oren dikeluarkan.

"Nah! Tuang untuk aku! Ini bukan kerja aku." Arah zen selamba. Jag diletak ke atas meja. Dia duduk di sebuah kerusi.

Lya tergopoh-gopoh mengambil gelas panjang yang tersusun kemas. Lalu, jus oren dituang ke dalamnya dan disua kepada zen.

"Silakan, tuanku." Katanya perlahan. Kepala ditunduk semula, tak berani nak tenung mata helang zen.

Dia mencebik sebelum jus oren itu diteguk. Ah! Leganya! Zen letak semula gelas itu ke atas meja. Dia melarikan pandangannya ke arah lya.

The Royal's SlaveTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang