"Come." Zen menarik tangannya. Berkerut muka lya menahan ngilu yg terasa.
"Tuanku. Kaki saya..." rengeknya.
Zen mendengus. Dia duduk disamping lya sebelum tubuh itu dicempungnya. Terbeliak mata lya dengan tindakannya.
"Tuanku. Let me down." Kata lya perlahan tapi jelas di telinga zen.
"Shut up your mouth young lady." Matanya dikerling ke muka lya. Gadis itu tertunduk dengan tangan merangkul kemas leher zen.
Kakinya mula diatur keluar.
"Kau tak sepatutnya paksa dia." Langkah kakinya terhenti. Badan masih kaku tanpa berpaling memandang edward.
"Let me handle her." Tambah edward lagi. Kali ini, dia melangkah utk menghampiri zen.
Belum sempat dia mengambil lya dari zen, lelaki itu sudah menapak pergi tanpa mengucap kata sepatah pun. Edward terkaku sendiri dengan reaksi sepupunya itu.
"Dia tu..." lama matanya jatuh pada susuk tubuh yg semakin lama semakin hilang di balik pintu.
Di suatu sudut, seseorang sedang melihat adegan yg baru saja berlaku. Bibir merahnya mencebik geram. Fikirannya mula merancang sesuatu. Rancangan utk mengembalikan dia ke tangannya.
******
Tubuh lya diletakkan ke atas sebuah sofa sebaik sahaja mereka masuk ke dalam mansion. Tanpa suara zen berlalu ke dapur.
Lya pula membelek pergelangan kakinya yang mula membengkak. Rasa sakit bagai mencucuk-cucuk.
Dia mencari wajah zen ketika terdengar derap langkahnya semakin menghampiri. Lelaki itu datang sambil membawa semangkuk ais dan sehelai tuala kecil berwarna putih. Dia kemudian duduk melutut di hadapan lya. Tangannya mencapai semangkuk ais yang diletak ke atas meja tadi lalu beberapa ketul ais dibalut dengan tuala. Perlahan-lahan, dia menuam bengkak di pergelangan kaki lya.
Lya membiarkan saja tangan zen melakukan kerja-kerja merawat kakinya. Namun susana hening seperti ini menimbulkan rasa tidak selesa padanya. Beberapa kali dia melarikan mata ke wajah zen yang terlindung sambil mulut tertutup rapat. Tiada langsung tanda-tanda dia akan bersuara. Lya pula yang tidak senang duduk dengan keadaan itu. Pelik melihat muka tidak beriaknya.
"Tu... tuanku.." panggilnya perlahan.
"Hmm.."
"Sa... saya minta maaf.. say-"
"Kaki kau bengkak aje ni. Esok aku panggil doktor datang check. Malam ni kau rehatlah dulu." Celah zen. Dia mengambil kain pembalut lalu kaki lya dibalut kemas. Mangkuk berisi ais tadi kembali dibawa ke dapur.
Lya terpaku sendirian. Dia keliru dengan tindakan zen. Dia tak marah ke? Selalunya ada aje ayat yang dia lempar pada aku. Tapi sekarang, bukan main baik. Siap tolong rawat kaki aku lagi.
"Hoi, kau berangan apa lagi tu? Pergilah naik!" Tegur zen di muka pintu dapur. sebaik sahaja mendengar arahannya, Lya terkial-kial bangun dari sofa. Tapi kakinya belum kuat untuk menampung berat badannya.Akhirnya dia kembali duduk ke atas sofa. Keluhan berat dilepaskan.
"Kau buat apa lagi? Aku suruh naik, naiklah!"
Kini, zen muncul dihadapan lya sambil merenung ke arahnya. Lya mendongakkan kepala agar matanya bertentangan dengan sepasang mata biru milik lelaki itu.
"Sakitlah tuanku. Saya tak boleh bangun." Adu lya jujur. Bukan dia mahu mengada-ngada. Tapi kakinya betul-betul terasa sakit. Jika mahu ikutkan hatinya itu, dari tadi lagi dia naik ke bilik. Malas mahu bersua muka dengan zen.

ANDA SEDANG MEMBACA
The Royal's Slave
RomanceDestiny lead me to him. I'm no one and nobody but the heart belongs to somebody.