Zen merenungnya dgn muka yg berpeluh. Lya mengundur ke belakang edward. Dia masih tak mampu untuk menghadapi zen.
"Apa yg kau buat kat sini?"
"Sa-saya.."
"Relaks lah zen. Aku yg bawa dia. Lagipun bukan ke dia sepatutnya berada dgn kau?"tanya edward.
"Tapi kau tak perlu bawa dia datang sini. Tak ada apa yg di..."
"Zen!" Panggil seseorang sambil melambaikan tangannya. Seorang perempuan datang ke arah mereka.
"sherry."edward senyum ke arah perempuan itu.
"Edward. You pun ada kat sini. Rapat betul korang ya? Ke mana aje korang pergi, tentu berdua." Sherry ketawa. Edward tersengih menampakkan barisan giginya yg tersusun kemas.
"Zen, jom pergi. You kan dah janji nak belanja I kalau you dah menang. And now, you have win!" sherry memeluk tangan zen. Lya hanya memerhati dari belakang edward.
"Perlawanan dah tamat ke? Kita terlewat lya." Edward jeling ke belakang.
"Lya? Siapa tu?" Tanya sherry. Lya tersenyum bila matanya bertentang dgn mata cantik milik perempuan itu.
"So, this is lya. Hai!"tegurnya ramah.
"Hai!"lya senyum lagi.
"Sorry tapi I tak boleh keluar dgn you. I ada hal yg perlu diselesaikan." zen merenung tajam ke dalam mata lya.
"Zen! You dah janji!"rajuk sherry.
"Yes but not today honey. Maybe tomorrow? "Zen berpaling ke arah sherry, cuba untuk memujuknya.
"Okay fine! Promise me."
"Promise. " tangan sherry dilepaskan. Kemudian, pergelangan tangan lya dicengkam erat.
"Ikut aku!" Dia tarik lya supaya mengekorinya.
"Hei! Zen! Kenapa..." sherry terkejut melihat tindakan zen. Mulutnya ternganga.
"Ed, siapa dia tu?" Sherry memberontak ingin tahu.
"Sherry, let them go. Jom teman I minum?"
"But.."
"Lets go."
Tangan sherry ditarik. Kalau bukan dgn paksaan, tentu sherry akan terus bertanya. Malas dia mahu menjawab.
***
"Kenapa kau ikut dia? Dan macam mana kau boleh kenal dia?"
"Kami terserempak kat taman."
"Jadi kau dah kenallah? Hei! Apesal kau ikut dia?"
"Saya minta maaf tuanku. Saya dah menolak tapi edward tetap nak bawa saya sekali." Lya tunduk bermain jari.
"Dengar sini! Aku dah bagi kau amaran kan? Jangan buat masalah dgn aku. Kenapa kau tak nak dengar hah?!"tengking zen.
"Maafkan saya tuanku. Saya tak bermaksud nak.."
"Diam!" Tengkingnya lagi.
Lya tersentak. Peluh sejuk mula membasahi tapak tangannya.
"Jangan kau pergi mana2 tanpa kebenaran aku. Faham?!"
Lya mengangguk laju. Zen mendengus. Enjin ditekan dan Mazda merah itu meluncur dgn laju melintasi bangunan2 yg berdiri megah.
Setibanya di perkarangan rumah agam itu, zen menarik tangan lya. Lya pula cuba untuk melepaskan pegangan pada tangannya. Pergelangan tangannya terasa sakit.
YOU ARE READING
The Royal's Slave
RomanceDestiny lead me to him. I'm no one and nobody but the heart belongs to somebody.