*2*

12.8K 384 5
                                    

"Lepaskan! Lepaskan saya!" Lya meronta-ronta mahu dilepaskan. Kakinya cuba dipaku pada tanah tetapi lelaki itu lebih kuat darinya.

"Ke mana kamu nak bawa saya ni?!" Lya sedaya upaya cuba melepaskan pegangan lelaki itu.

"Mak cik! Tolong lya! Mak cik!" Jeritnya. Tetapi selena hanya pasang muka tidak beriak sambil berpeluk tubuh. Cyrus pula kelihatan bingung dgn situasi yg sedang berlaku.

Seorang lelaki yg lengkap bersut hitam tampil bersama sebuah beg bimbit. Dia mengeluarkan beberapa jenis fail dari beg itu lalu ditunjukkan kepada selena.

"Maaf kerana menganggu hari puan tetapi saya harus membawa pergi cik Lya Meyer kerana berdasarkan perjanjian yg ditandatangani oleh Marvolo Meyer pada ta..."

"Tak perlu terangkan apa2 pada saya. Kalau encik nak bawa dia pergi, silakan. Saya tiada kaitan langsung dgn hal2 yg berkaitan dgn keluarga Meyer." Celah selena. Lelaki tadi terdiam seketika.

"Baiklah kalau itu kehendak puan." Lelaki itu berpaling ke arah lya sebelum dia mengarahkan agar lya dibawa pergi.

"Mak cik! Tolong lya! Lya tak nak pergi! Mak cik!!" Jerit lya lagi. Tubuhnya ditolak masuk ke dalam perut kereta mewah. Pintu ditutup. Lya mengetuk-ngetuk cermin kereta bersama air mata yg bercucuran turun.

Akhirnya dia mengalah. Dia tahu. Selena tentu sudah lama menantikan saat ini. Lya terdiam. Pasrah dgn segala kemungkinan yg akan berlaku nanti. Entah siapalah mereka yg datang membawa dia pergi.

***

Pintu diketuk berkali-kali. Setelah mendapat kebenaran, pintu dibuka dari luar. Dia masuk ke dalam bilik itu dan melangkah ke arah seseorang.

"Tuanku, kami dah jumpa dia." Kata lelaki itu.

"Bawa dia ke sini."

"Baik, tuanku." Lelaki itu mengangguk sebelum kakinya berjalan keluar dari bilik itu.

Azusa melempar pandangan ke luar tingkap. Dia berfikir seketika. Apa yg harus dia lakukan terhadap pewaris perjanjian itu? Lya Meyer. Saat yg dinantikan sudah tiba.

***

Matanya membulat bila melihat istana yg tersergam indah dihadapannya. Dia di mana?

Kereta diberhentikan. Pintu terbuka dan seorang lelaki menjemputnya keluar. Lya turun dari kereta mewah itu. Matanya masih terpaku pada istana.

"Ikut saya."arah lelaki itu.

Mereka melangkah masuk ke dalam istana tersebut. Sebuah candeliar yg bersinar menjemput kedatangan mereka ke situ. Beberapa orang wanita tunduk ke arah mereka. Atau lebih tepat, ke arah lelaki yg sedang berjalan dihadapan lya.

Mereka berhenti di sebuah bilik. Pintu besar yg terukir pelbagai corak dipandang. Jantungnya berdegup kencang. Dia benar2 bingung dgn situasi yg sedang berlaku.

Kreak! Pintu itu terbuka luas. Lya diminta masuk ke dalam dan sebaik sahaja dia masuk, pintu itu kembali tertutup.

Perlahan-lahan dia menapak ke sebuah meja. Seseorang sedang duduk sambil membelakanginya di atas kerusi. Lya mengetap bibir. Tangannya dikepal. Sejuk.

"Lya Meyer. Adakah kamu lya meyer?" Kerusi tersebut dipusing menghadapnya. Seorang lelaki berusia 50an tersenyum memandangnya. Lya hanya mengangguk.

The Royal's SlaveWhere stories live. Discover now