bab 2

278 4 0
                                    

Rayyan POV

" awak ni tak nampak ke ? Rabun ? Ke buta ? Atau awak ni sengaja je nak langgar saya ! Haaa . Da 2 kali hrini awak langgar saya . Apa masalah awak sebenarnya ? ! " Aku memandang perempuan yang telah melanggar aku dengan pandangan tidak puas hati . ' budak kelas aku rupanya . Cantik nya mata dia . Coklat dan sepet . ' terdetik dalam hati ingin mengusik perempuan itu .

"kenapa diam . Da tahu salah kan . Apa lagi . Bayar la ganti rugi . " kata ku lagi
" saya akan bayar . Saya betul-betul minta maaf . Saya memang tak sengaja . Berapa ganti rugi yang patut saya bayar " kata Eve sambil mengeluarkan beberapa not dollar

" saya taknak duit awak . Saya kaya . Tak perlukan semua tu . Awak kena bayar pakai cara lain . " kata ku ketika menghampiri gadis cantik itu sambil tersenyum nakal . Aku menolak tubuh gadis itu hingga ke dinding dan tangan kanan ku melepaskan ikatan rambutnya . ' cantik nya . ' detik hati ku
Tanpa ku sedari , gadis itu telah menolak aku dengan kuat  sambil berlari menuju ke kelas .

Aku tersenyum . Membayangkan wajah gadis tadi . Cantik dan lembut saja muka dia . Hati ku berdebar . Aku berlalu untuk ke tandas membersihkan tumpahan air tersebut .  Fikiranku masih mengingati wajah gadis tersebut . 'siapa nama dia'

****

Jake POV

Aku menumbuk cermin yang ada di dalam tandas sehingga pecah berderai sambil fikiran ku melayang mengingati drama pendek di depan matanya sebentar tadi .

"bodoh kau rayyan . Semua orang kau nak rampas apsal . Tak gune ! Aku takkan kalah . Tak untuk kali kedua . Kau tunggu apa yang aku akan buat kat kau nanti . Kau tunggu rayyan ! " kata ku . Darah yang mengalir di tangan akibat menumbuk cermin tadi tidak aku hiraukan . Aku masih marah . Aku bengang . Semua nya sebab rayyan

Disekolah aku dikenali sebagai seorang yang peramah . Ceria . Happy go lucky . Berkulit putih dan menjadi kegilaan pelajar perempuan di sekolah itu . Tiada siapa pernah melihat aku marah dan sikap sebenarku .

Aku cuba menenangkan diri seketika . Beberapa minit berlalu . Aku berjaya mengawal kemarahanku . Aku keluar dari tandas dan menuju ke kelas . Aku masuk dan mengukir senyuman kepada gadis disebelah ku ini .  Dia hanya terdiam . Matanya terbeliak .

" kenapa ? Awak ni nak goda saya ke ? Guna mata awak yany cantik tu ?" Kata ku sambil mengangkat kening . Dia memandang tangan kanan ku . Aku hairan . Baru aku tersedar yang aku telah terlupa untuk membasuh darah ditanganku . Aku hanya tersenyum

Eve terus menarik tangan ku menuju ke paip yang berdekatan . Setelah selesai membersihkan darah pada tangan ku . Dia mengeluarkan sapu tangan berwarna biru lalu membalut luka tersebut . Wajahnya kelihatan cemas . Aku hanya diam . Menyembunyikan debaran hebat dalam dadaku . 'kenapa dia terlalu baik pada aku ? Tak tahu ke aku hanya berpura-pura saja berkawan dengan dia . Dia bukannya orang yang berada . Malahan masuk ke sekolah ini kerana bernasib baik mendapat biasiswa . Dan kenapa dada aku berdebar setiap kali aku tengok dia' kata hatiku . Mataku masih tertumpu pada wajah cantik milik Eve .

*****

Eve POV

"kenapa awak pandang saya camtu ? Sakit ke saya balut luka awak ni ? Saya minta maaf ya" kata ku kepada Jake hanya mengeleng cuma tersenyum . Pandangannya seperti sedang menyembunyikan sesuatu . 'apakah yang dia fikirkan ? Dia memang seiras seseorang yang pernah aku kenal suatu ketika dahulu . Tapi tak mungkin itu dia ! Lelaki itu telah mati 3 tahun lepas . Mungkin hanya bayanganku saja' rasa bersalah menyerbu dalam diriku . 'salah aku ke ? Aku ke penyebab kematian dia' monolog hatiku .

Jake mengucapkan terima kasih sambil tersenyum lalu menarik tanganku lembut untuk menuju ke kelas . Kami meneruskan pelajaran dengan gelak ketawa . Aku terus pulang sebaik sahaja kelas tamat .
"awak nak saya hantar awak balik ke ? Saya pon tak pernah pergi lagi rumah awak " kata Jake kepadaku .
"takpew la . Saya balik sendiri . Boleh naik bas or teksi . Taknak susah kan awak . Lagipun rumah saya taklah sebesar rumah orang tu " kataku sambil mengenyitkan mata ke arah Jake . Wajahnya bertukar merah . Memang aku akui .

Rumah Jake memang besar . Banglo 4 tingkat itu luas dengan pemandangan air pancut buatan . Kolam renang . Taman hiasan turut ada di situ . Dia adalah anak ke-2 dari 3 adik beradik . Ibu bapanya berada di luar negara . Mungkin itu sebabnya dia lebih suka meluangkan masa bersama rakan-rakan berbanding di rumah .

Setelah semua pelajar pulang . Aku keluarkan kunci kereta dan pandu kereta itu menuju ke rumahku yang terletak di kawasan damansara . Banglo 3 tingkat itu adalah meninggalan mendiang ayahku . Aku tinggal sendirian disini . Aku rasa aku perlu lakukan kerja ini sendirian tanpa bantuan sesiapapun termasuk la pengawal peribadi merangkap kepada orang kanan yang paling dipercayai ayahku . Aku terus masuk ke bilik ku di tingkat tiga . Dengan hiasan gaya british . Berwarna biru laut . Aku campakkan blazer dan beg ku ke sofa berdekatan lalu baring ke katil . Otak ku ligat memikirkan perancangan yang harus aku lakukan kerana masa yang aku ada hanyalah beberapa minggu lagi . Kumpulan yang aku syaki telah membunuh mendiang ayahku dengan kejam akan melancarkan serangan rompakan ke atas sekolah baru ini kerana rata-rata yang ada disini datang dari golongan yang kaya-raya . Aku terlelap .

****

13 tahun sebelumnya .

" Eve . Okay ke ? Makan tak ubat yang papa bagi tu ? Eve kan budak baik . Eve nak sekolah kan . Eve makan la ubat papa bagi tu " kata Dre . Aku hanya tersenyum sambil menganguk lalu memakan ubat yang diberikan kepadaku . Aku menghidapi penyakit jantung yang kronik . Pelbagai cara telah dilakukan untuk mengubati penyakit ini . Ketika berumur 3 tahun . Ibu bapa kandungku telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya . Aku diambil menjadi anak angkat oleh rakan karib ibu bapaku . Mr. Dre Alexander bersama isterinya , Mrs. Yuuki Alexander . Mereka tidak mempunyai anak walaupun telah lama berkahwin . Mereka melayan aku dengan baik seperti anak sendiri sehingga aku lupa wajah ibu bapa kandungku . Tak lama selepas itu . Mama telah meninggal dunia . Sebelum menghembuskan nafas terakhir . Dia harap supaya aku sembuh dan boleh menjalani kehidupan dengan gembira . Sejak pemergian mama , papa dah jadi workaholic tentang kerjanya sambil berusaha untuk menyembuhkan penyakit yang aku alami . Aku selalu menemani papa hingga lewat malam ketika di hospital kerana aku tak mahu papa rasa sunyi .

Ketika hari Christmas . Aku telah pergi ke pejabat papa untuk memberikan hadiah Christmas yang aku balut sendiri . Aku peluk papa dari belakang . Papa ketawa kerana kenakalanku . Aku panjat kerusi lalu duduk di atas meja . Kertas-kertas yang berselerakan di atas meja itu . Aku ketepikan . Aku mahu sambut Christmas bersama papa . Setelah makan dan bertukar hadiah . Papa menerima telefon dari seseorang . Wajah papa kemerahan menandakan dia tengah marah . Dia campak telefonnya ke dinding sehingga berderai . Aku terkejut . Papa telah memeluk aku dengan erat sehingga aku dapat lihat gugur manik-manik jernih dari mata papa . 'papa menangis . Tapi kenapa ? Kan aku ada disini . Mungkin papa rindukan mama' . Detik hatiku . Papa membisikkan sesuatu pada telingaku . Kemudian papa mengajakku main 'hide and see' . Aku mengangguk tanda setuju . Aku menyorok dalam almari dekat meja papa . Aku buka sedikit pintu almari tu untuk melihat jikalau papa menjumpaiku .

Tiba-tiba ada seseorang telah menendang pintu pejabat papa dengan kasar . Papa hanya memandang dengan pandangan kosong . Mereka berbual seketika tentang perkara yang aku sendiri tak faham . 10 minit berlalu . Aku lihat papa dan lelaki itu sedang bergaduh . Papa menumbuk perut lelaki itu tapi sempat dielak dari terkena sasaran . Lelaki itu telah menendang perut papa . Papa rebah dan ditendang berkali-kali . Aku lihat darah keluar dari mulut papa . Aku menangis . Papa tahu aku sedang melihat kejadian yang berlaku . Papa hanya tersenyum dan memberi isyarat supaya aku diam .

Lelaki itu telah mengeluarkan pistol yang disambung penyenyap untuk memperlahankan bunyi tembakan . Aku resah 'apa si bangsat ni nak buat kat papa . Tak guna' . Tanpa ku duga . Lelaki itu telah menembak peha kanan papa . Papa mengerang tapi masih tersenyum . Lelaki itu tembak kaki kiri papa . Diikuti dengan bahu kanan dan kiri . Darah melimpah keluar dari badan papa . Bau hanyir darah menusuk hidungku . Papa masih lagi tersenyum . 'tabahnya dia' . Lelaki itu ketawa geli hati kerana melihat papa terseksa . Dia mengeluarkan pisau lalu ditusuk pada jantung papa berkali-kali . Papa menjerit . 3minit kemudian . Aku lihat lelaki itu sudah tiada . Aku pergi dan duduk di sisi papa . Papa dah nyawa-nyawa ikan . Aku menangis teresak-esak .
"jangan nangis sayang . You should be happy because I'm going to see your mom . Papa selalu sayang eve . Papa serahkan harta papa pada eve . Eve jadi budak baik ya . I'm proud with you . My dear " papa tersenyum dan menghembuskan nafas terakhir di pangkuan ku .
" papa ! ! ! " jerit ku lalu tersedar dari mimpi . Nafasku turun naik . Peluh membasahi seluruh tubuhku . Buat seketika aku mengigil bukan kerana takut tetapi geram . Dendam untuk menuntut bela atas kematian papa membuak-buak 'aku akan bunuh korang . Aku tak peduli . Korang sasaran aku !'

Sweet RevengeWhere stories live. Discover now