Alphonse pov
Aku melihat Eve memanjat pagar sebuah rumah atau lebih tepat lagi Villa yang terletak di dalam hutan . Sedikit terpencil tapi elegan . Citarasa yang tinggi sesuai untuk orang seperti abang aku yang sukakan perkara yang ringkas tapi menarik . Yang aku tertanya-tanya , rumah ni rumah siapa itu ? Kenapa Eve nak masuk pun kena panjat pagar ? Takkan la pagar tu rosak kot , villa da gempak . Takkan miskin sangat pagar pun tak boleh nak repair ? Hahaha aku tersenyum . Sorry lah tuan punya villa sebab terkutuk pula . Sempat lagi mengutuk empunya villa tersebut . Aku memarkingkan kereta sedikit terlindung di kawasan dalam hutan yang gelap lalu turun dari kereta . Aku berjalan ke arah pagar tadi dengan perlahan-lahan untuk memastikan tiada orang yang berkawal di Villa tersebut . Okay Tak ada orang berkawal . Aku memeriksa pagar tersebut sama ada rosak ataupun sebaliknya . Pagar tu tak rosak tapi kenapa kena masuk panjat pagar ? Aku tak faham dengan kau ni Eve . Setelah memeriksa keadaan sekeliling , aku mengambil beberapa langkah ke belakang sebelum memanjat pagar itu seperti gaya Eve memanjat tadi . Biasalah berlatih di tempat yang sama , orang yang sama , latihan yang sama hanya tujuan saja lain . Aku mendarat dengan sempurna lalu dengan pantas mengambil step berjaga -jaga . ' Ada ke orang yang duduk dalam hutan macam ni . Tak seram ke ? ' aku mengintai di balik tingkap villa tersebut . Ada kelibat orang sedang ulang alik di main house tu ' macam tengah mengemas ' aku perhatikan lagi kemudian lelaki itu menaiki tangga ' nampak macam ada orang tengah nak mesyuarat tapi tak jemput aku pun , hahaha ' aku tergelak kecik sebelum berfikir macam mana nak intip tanpa mereka perasan kelibat aku ni . Aku toleh ke atas ' ada beranda ' aku perlukan benda untuk aku bergantung ' wow that's nice , macam tahu je aku perlukan benda ni ' aku lihat ada tiang untuk workout di laman itu . Sebelum melompat lalu bergayut di tiang sebelum mendarat di beranda itu . Aku cepat-cepat menyembunyikan diri di balik dinding sebelum mengerling ke dalam slaiding rumah itu . Aku lihat Eve sedang duduk sambil kakinya ada di atas meja . Kedua tangannya pula dirapatkan lalu diletakkan dimulut . Gaya seperti sedang berbincang . Di satu sudut pula , aku lihat ada dua orang lelaki sedang berbincang sesama mereka ' siapa pula mereka ni ? Eve ni suka betul cari orang macam ni untuk tolong dia . Hish ! Tak faham betul aku perempuan seorang ni ' aku duduk bersila di tepi slaiding . Tiba-tiba aku dengar Eve menjerit . Aku terkejut pistol dipingang aku capai dan mengerling ke tingkap bimbang akan keselamatan Eve . Aku tengok dia okay je . Kenapa menjerit ? Eve sedang berdiri sambil tersenyum dan berkata
" aku dah tahu rancangannya . I want to kill that guy . Aku akan bunuh dia masa majlis tu nanti and I'll need your help , Ace . Can or not ? " kata Eve . Aku tergamam apabila melihat wajah lelaki yang dipanggil Ace tadi . Betullah tekaan aku , villa ini milik abang aku Ace Mickealis ' kenapa lah lembab sangat kau ni , Al . Abang sendiri tak tahu ke ? Bodoh betul ! ' luah hati aku . Kembali pada realiti , aku perlukan maklumat ini jadi aku perlu mendengar dengan teliti . Aku lihat lelaki yang mengemas di main house tadi masuk membawa kertas bergulung bersamanya dan kertas itu diserahkan kepada Eve . Eve letakkan kertas itu diatas meja dan menyambung
" kita akan menyelinap dalam majlis itu . Menyamar sebagai salah seorang pelajar di sana . Untuk ni , aku perlukan pakaian yang sesuai aku dan untuk kau orang "
Seorang lelaki menyampuk
" well aku okay je kalau nak menyamar tapi mana nak cari baju untuk majlis tu . Aku bukan suka sangat beli-beli baju ni . Tak kena dengan taste aku "
" kau jangan risau Ed , aku tahu siapa yang mahir soal pakaian . Boleh tolong tak Ilse ? " jerit Eve , tiba-tiba pintu terbuka . Seorang wanita keluar buat aku terkedu buat kali kedua ' mama ? ' Ilse hanya tersenyum dan mengangguk
" kalau dah macam tu , aku okay je . Lepas dah masuk dalam kumpulan student tu , nak buat apa ? " kata lelaki bernama Ed ." well guys , lets have that party started . Understood ? " kata Eve sambil mengenyitkan mata .
" understood ! " kata mereka serentak . Aku berjalan ke belakang perlahan-lahan sehingga terlanggar pasu di beranda itu lalu pecah . Tindakan aku telah menarik perhatian salah seorang dari mereka .
YOU ARE READING
Sweet Revenge
RomansaSeorang gadis jutawan bernama Eve Alexander yang hidup dengan ceria dan sempurna bertukar apabila kedua ibu bapanya telah dibunuh pada 13 tahun dahulu . Ditambah pula dengan kejadian yang menimpa gadis itu dan rakannya , Alphonse ketika mereka berum...