part 3

205 2 0
                                    


Setelah seminggu bersekolah di sini . Aku telah menjalankan 'tugas' di sekolah itu dengan berhati-hati . Sedang aku berfikir untuk rancangan yang seterusnya , aku telah ditegur oleh suara yang amat aku kenali .
"hai awak . Saya tengok awak ni busy je . Awak cari apa . Awak pon macam tak nak layan saya saje " kata jake
" tak lah . Saya kan masih baru lagi kat sini so saya kena sesuaikan diri dulu dengan persekitaran disini . Lain sangat masa kat French dulu " bohong ku sambil tersenyum .

Kami jalan beriringan untuk ke cafeteria . Aku kurang selesa dengan pandangan pelajar-pelajar disitu . Hairan dan terkejut . Aku bertanya kepada jake . Mungkin baju aku kotor atau pun ada sesuatu pada muka aku ? . Jake hanya mengeleng dan tersenyum penuh makna . Semakin hari aku semakin rapat dengan jake . Aku label kan dia sebagai kawan baik ku . Aku tak kekok bila bersama dengan jake . Aku sendiri tak tahu kenapa . Rasa macam aku dah lama kenal dia . Tenang dan familiar sangat bagi aku .

Lamunanku terhenti apabila seseorang menegurku dari belakang .
Lelaki ni lagi , rayyan . Aku berlagak selamba . Lelaki itu tersenyum dan berkata " hmm awak lupa ke yang awak ada hutang saya ? " aku hanya diam . Otak ku giat mencari alasan untuk melepaskan diri dari lelaki ini . Aku ingin percepatkan langkah ku menuju ke kelas tapi dihalang . Dia memandangku dengan pandangan tak puas hati . Marah mungkin . Akhirnya aku bersuara " awak nak apa ? Saya takda masa nak main-main . Tolong serius sikit " . Rayyan ketawa dan menghadiahkan jelingan maut kepadaku . Aku kaku . ' ahh sudah . Mamat ni da kenapa . Apa maksud jelingan dia tu . Haih , aku rasa tak sedap hati la .

Setelah beberapa minit berbalas pandangan . Rayyan berkata " saya bukan nak duit awak . Saya nak awak jadi orang suruhan saya " .
"maksud awak ? " aku kebingungan .
Rayyan mengeluh ' lembab rupanya . Muka dah lawa . Lembab pulak ' kata hatinya " awak kena jadi orang suruhan saya selama 2 minggu . Kerja awak kena standby je . Saya akan bagi arahan dan awak ikut . Tu je . Easy right ? " sambil mengenyitkan mata .
" what ! ! ! " mataku terbeliak . 'mamat ni gila . Memang da gila' .

####

Pada mulanya . Rayyan hanya menyuruh aku temankan dia makan . Kemudian makin teruk sebab kena siapkan assignment dia , bawakan beg dia . Aku betul-betul bengang . Aku jadi kuli dia untuk 2 bulan . 'ohh tidak . Makhluk ni kenapa ! Shit ! Macam mana aku nak buat kerja aku ni kalau makhluk ni selalu kacau aku . Adoii eve , asal kau baik sangat dulu . Kau ni . Teruk betul la . Teruk !'

Aku bebaring kepenatan di katil . Lama juga tadi temankan rayyan ni pergi shopping barang mummy dia . Siap tanya aku pula tentang apa yang mummy dia suka . Warna apa ? Cantik tak ? Yang ni . Yang tu . Aduh serabut ! Aku mana pernah shopping untuk orang lain . Baju-baju aku pon Robert yang pilih dan belikan . Aku cuma tahu pakai je . Hmm aku memang tak mahir benda-benda macam ni . Aku tak pernah nak try buat pon even Robert ada paksa aku untuk bagitahu dia kalau-kalau aku tak suka baju yang dia beli . Robert selalu akan fikirkan apa yang terbaik untuk aku . Dia macam pendua kepada papa . Dah lama juga aku tak hubungi dia . Dia sihat ? Atau banyak masalah dekat sana ? ' Arghh ! Aku tak tahu la ' omel ku dalam hati .
Aku bangun lalu mengambil tuala dan menuju ke bilik air . Pistol dan pisau yang aku selitkan di kaki kanan dan kiri aku letakkan atas sinki . Aku memandang kearah cermin . Hmm aku perlu bertindak cepat . Dan semuanya harus dilakukan teratur . Ni saja peluang aku . Takkan ada lagi peluang macam ni . Aku takkan kalah . Tidak sekarang . Aku menumbuk cermin itu . Retak . 'fokus eve . It's not time to play'

****

Rayyan pov

Aku baring sambil tersenyum memikirkan kejadian harini .

"saya tak biasalah pergi tempat-tempat macam ni . Ni bukan tempat saya . " kata eve sambil memasamkan muka .
"tipu la kalau awak tak pandai . Saya ajak awak datang sini sebab nak minta pendapat awak pasal barang-barang perempuan . " kata ku sambil tersenyum manja .
" tapi awak salah orang . Saya tak selalu datang sini lagipun saya tak pandai bab-bab macam ni . Awak ajak jela awek awak datang sini pilih sendiri barang yang dia suka " kata eve sambil menjeling terhadapku
" hahaha you're so funny la eve . Awak betul tapi saya nak bagi dia surprise sebab nanti kan birthday dia . Dan saya nak jemput awak datang sekali . Biar saya boleh kenalkan awak as my girl " kataku sambil mengenyitkan mata
" what ! Hey ! soryy sir . But for your information . Im not your girl . Lagipun kau nak awek kau datang serang aku ke ? Pandai betul anak orang ni " dengus eve .
" hahaha awak ni . Comel betul la . Awek saya takkan marah lagi suka adalah sebab dapat bakal menantu yang cantik cam awak ." kataku .
" huh whatever . Lantak kau la . Tapi aku takkan datang . Ingat tu ! Jom la . Aku dah malas nak duduk sini dengan kau . Aku nak balik cepat . " kata eve sambil berlalu . Tapi tak jauh dari tempat itu ada sepasang mata yang memerhatikan pasangan itu . Tajam . Dingin .

Hmm dia lain dari yang lain . Seorang gadis yang penuh happy go lucky . Cantik tapi aku rasa ada sesuatu yang tak kena dengan dia . Dia tak pernah cerita apa-apa tentang diri dia pada aku . Keluarga ke ? Masalah peribadi ? Masalah dekat sekolah dan sebagainya . Lagipun kan aku ni kawan dia ( yelah kot . Bos actually . Haha ) degil . Tak pandai berfesyen dan lembab . Haha tapi apa-apa pun kau memang comel , eve luspyna . Eve luspyna . Eve luspyna . Aku rasa aku dah mula suka pada kau . I'm fall in love again ! . Senyuman terukir tanpa aku sedari . Deringan telefon mematikan lamunan ku . Aku memandang skrin telefon . Bella . ' huh tak habis-habis lagi . Serabut la perempuan ni . Bodoh . Dia tak sedar lagi ke . Aku taknak dekat dia dah . Sampah betul ! ' omel ku sendirian . Aku hanya membiarkan panggilan dari gadis diva itu . Beberapa panggilan selepas itu . Senyap . ' haa senyap pun . Serabut betul asyik call orang . Tak tahu ke dah malam . Tak habis-habis kacau aku ' . Beberapa minit kemuadian . Aku hanyut dibawa mimpi .

****

Bella pov

Aku menghentak stereng kereta sport berkali-kali . Perasaan amarah meluap-luap . Panggilannya tidak dijawab ' apa yang dia buat ni . Takkan tidur ! kenapa ? Macam mana dia boleh keluar dengan betina sial tu ! ' . Petang tadi . Rakanku Gina mengajak aku untuk temani dia bershopping baju baru di butik terkenal milik keluarganya . Walaupun kami dah beli banyak baju minggu lepas . Tanpa aku sedari . Hari yang bertuah bertukar menjadi malang apabila melihat orang yang tersayang ada depan mata tengah berseronok dengan perempuan lain dan perempuan itu pula adalah musuh aku . 'aku tak boleh terima semua ni . Bodoh ! Mesti betina ni dah hasut rayyan supaya tinggalkan aku . ' omel ku dalam hati . Aku hidupkan kereta dan pandu ke rumah Ian . Aku perlu tenangkan diri .

Beberapa minit kemudian . Aku tiba di sebuah rumah agam yang terletak di atas bukit . Aku berhentikan kereta dan turun lalu terus menuju ke pintu rumah . Loceng rumah aku tekan berkali-kali . Tiada respon . Loceng rumah ditekan lagi . Senyap . ' tidur ke mamat ni ' kata ku . Tanganku laju medial nombor Ian . Beberapa saat kemudian . Kedenggaran suara seorang lelaki .
" haa hello . Siapa ni . Tak ada otak ke kacau orang malam-malam ! " sergah Ian
" woii ni aku . Buka pintu sekarang . Aku ada depan rumah kau ni . Cepat sikit ! " aku mematikan call . Pintu utama dibuka dan Ian tersenyum dibalik pintu
" honey . Hi . Miss you baby . " katanya ceria sambil memelukku . Aku hanya tersenyum hambar . Ian hanya memakai boxer dengan singlet hitam dan rambutnya sedikit serabai . Mungkin baru bangun tidur .
" baby . Malam ni you layan I bole tak . I tak ada mood la . " kataku manja .
" okay honey . Lama betul tak jumpa you , pretty . " Ian tersenyum nakal . Kami beriringan naik ke bilik Ian ditingkat atas .

Ya betul . Memang aku curang . Dah lama sebab rayyan terlalu membosankan . Tak habis-habis dengan study saja . Aku pula lain . Aku perlukan perhatian . Kasih sayang dan keseronokkan . Ian saja boleh bagi itu semua pada aku . Tapi walaupun aku bosan dengan rayyan , aku tetap tak suka rayyan rapat dengan perempuan lain . Rayyan hak aku . Bukan orang lain . Tak ada siapa pun boleh rampas rayyan dari aku . Kalau ada yang berani . Nasib malang akan menyebelahi mereka . Daddy orang yang berpengaruh . Jadi apa yang aku minta akan dipenuhi walaupun arahan itu terpaksa mencederakan orang lain .

Sweet RevengeWhere stories live. Discover now