" Hey trish . Buat apa lagi . Cepatlah " laung Jake dari luar rumah .
" hish abang ni . Saja je jerit-jerit . Cuba diam sikit . I nak make-up pon tak senang " rungut Trisha
" dah you tu make-up macam mak nenek , dah lama I tunggu kat luar ni " balas Jake
" Eleyh , biasa lah . I kan model . Takkan nak keluar selekeh-selekeh " kata Trisha menjinjit begnya .
" model la sangat . Kita nak pergi holiday je pun , bukannya nak pergi photoshot . Tak payah nak make-up sangat lah . Kalau cantik sebab make-up buat apa ? Lain lah kalau muka tu cantiik natural tak pe lah juga . Ramai yang terpikat " sindir Jake .
" mama ! Tengok abang ! Dia kata Trish tak cantik ! " jerit Trisha
" Ehh mana ada I cakap you tak cantik ? " tanya Jake .
" samalah tu . You perli I kan " jawab Trisha
" Jake , Trish . Apa lagi yang kamu gaduhkan ni ? Bising lah mummy dengar " sampuk Mrs Caroline selaku mama kepada Jake dan Trisha .
" ni abang ni . Dia cakap Trish tak cantik " adu Trisha pada mamanya
" Eleyh , sikit-sikit nak mengadu . Apa pon tak boleh Trish ni " kata Jake
" biarlah . Kalau you kata I tak cantik maksudnya you pun tak handsome la sebab kita kan adik beradik " balas Trisha
" haha takde nya Trish . I tak cakap I handsome tapi memang kenyataannya macam tu . You nak buktikan apa lagi ? " jawab aku spontan .
" tak payah nak riak sangat la ! Abang bukannya handsome sangat pon ! Sibuk nak perli orang . Kalau abang tu handsome , mana girlfriend ? Bagitahu sikit ? Mana ? Trish tak nampak pon selama ni " sindir Trisha pula . Jake terdiam . Kata-kata dari Trisha bagaikan batu yang menghimpap kepalanya .
" abang taknak riak sebenarnya tapi memang kenyataan yang my angel is more beautiful than you . Nanti ada masa , kalau abang dah jumpa dia , abang bawak dia jumpa Trish pulak " balas Jake lagi .
" kalau ? Maksud abang ? Dia hilang ke ? " tanya Trish
" haha tak hilang cuma jauh dari abang . Dah lah kau banyak tanya la , Trish . Kalau dilayan , sampai tahun depan pun belum tentu habis . Cepat . Jom gerak " jawab Jake sambil menuju ke arah kereta .
" okay fine . Taknak cakap dengan abang da lepas ni " rajuk Trish .
" okay kalau macam tu , duduk rumah lah . Abang rasa kereta penuh , tak boleh nak bawak trish . Abang pergi dengan mama jela . Paris , wait for me ! " laung Jake kuat
" okay . Yelah . Trish nak ikut , nak ikut , nak ikut jugak . Muat je kereta ni . Abang . Nak ikut gak " pujuk Trish bertubi-tubi
*****
Suasana rumah agam milik mendiang Alexander's sedikit huru-hara dengan sikap cik muda mereka . Seorang tutor lelaki , Jaimeyy Nickelback dihantar ke rumah untuk mengajar Eve tentang sistem menguruskan syarikat , komunikasi dan sebagainya . Baru sahaja 2 minggu berlalu , pelbagai masalah timbul gara-gara cik muda itu . Habis pening kepala maid dan butler yang ada dibuatnya .
Mula-mula sewaktu lelaki itu tiba ke rumah , Eve telah menyamar sebagai salah seorang maid dalam rumah dengan memakai baju maid dan menyapu di halaman rumah agam itu . Sangkaannya , dia berjaya menipu lelaki itu tetapi rupanya tidak . Lelaki yang dipanggil Jaimeyy terlebih dahulu memasuki rumah agam lalu duduk di ruang tamu . Eve rungsing seketika sebelum mendapat idea untuk memberi lelaki itu minuman . Diletakan ubat sembelit dalam air lalu dihidangkan pada Jaimeyy .
" Sir ? Here your drink " pelawa Eve ramah .
" ouh thanks tapi saya tak pesan minuman pun " ucap Jaimeyy sambil menunduk sedikit
![](https://img.wattpad.com/cover/72243592-288-k925995.jpg)
YOU ARE READING
Sweet Revenge
عاطفيةSeorang gadis jutawan bernama Eve Alexander yang hidup dengan ceria dan sempurna bertukar apabila kedua ibu bapanya telah dibunuh pada 13 tahun dahulu . Ditambah pula dengan kejadian yang menimpa gadis itu dan rakannya , Alphonse ketika mereka berum...