Rayyan pov
Pelbagai jenis makanan yang telah dihidangkan di atas meja makan . Aku hanya tersenyum apabila dijemput untuk duduk . Kerusi aku tarik perlahan- lahan menjaga adab ketika nak makan . Vellareena yang duduk disebelah aku jeling sekilas . Teringat kejadian tadi . Dimana adik aku sendiri bergaduh dengan Emily sebab nak duduk sebelah aku . Aduh perkara yang memalukan betul . Perangai dia betul-betul dah ikut kau , Eve . Aku ketawa perlahan . Vellareena terus mencubit peha aku kuat
Aku lihat semua ahli dah ada cuma yang pelik ' mana orang yang dah jemput keluarga aku datang sini ? Orang yang dikenali dan disegani ramai . Yang aku dengar , dia seorang lelaki yang sangat berkarisma dalam melakukan kerjanya . Sedikit pun tidak akan menolak atau terlepas pandang benda penting ketika ingin menjalankan urus niaga dengan mana-mana syarikat . Aku dan dia pasti boleh berkerjasama dengan baik . Beberapa lama berlalu , bunyi tapak kaki yang ditunggu-tunggu menuruni tangga dengan perlahan-lahan . Semua ahli keluarga aku bersiap sedia , ada yang membetulkan kot yang dipakai , betulkan make up la , rambut la . Tiba-tiba seseorang menjengah ke ruang makan dengan senyuman di wajahnya .
' Eve ! '
" yo what's up ? " sapa Eve ramah . Dress pendek berwarna hitam dikenakan pada tubuh . Rambut panjangnya dibiar lepas .
" what're you doing here ? " tanya aku serta merta .
" saja tengok-tengok . Kenapa ? Tak boleh ke ? " jawab Eve lalu ditarik kerusi dan duduk di hujung meja .
" hey ! Kau mana boleh duduk sini . Kau tak layak la duduk dengan kita orang . Kau tu maid je . Tak setaraf kita orang ni " jerkah Emily sambil berdiri menuding jari ke arah Eve . Eve hanya duduk sambil tersenyum .
" kau cakap macam ni rumah kau . Kau layak sangat ke duduk sini ? Sini pun bukan tempat kau " ujar Eve lalu memeluk tubuh . Wajah Emily kemerahan menahan marah .
" habis ni rumah kau ke ? Kau tu sedar la diri sikit . Kau tu maid je kat sini . Mana layak nak cakap macam tu kat aku " jawab Emily sinis
" haah betul tu . Kau tu cuma maid . Jangan-jangan kau memang betul nak goda orang dalam rumah ni . Sedar la diri tu sikit . Kau tak layak la . Da la hodoh . Ada hati nak goda tuan rumah ni " sambung Morgana lantang . Semua ahli keluarga aku ketawa terbahak-bahak kecuali aku dan Vellareena .
" bagi lah lagi . Kata-kata cacian . Aku nak dengar . Bagi lah . Cepat . Kasi lah aku sedar kalau kau boleh " sindir Eve pula . Morgana dan Emily terdiam .
" hey perempuan , jangan kurang ajar dengan mama aku . Kalau tak , tahu lah nasib kau " jerit cousin aku , Felix
" hahahaha kau ni memang bodoh . Our deal is off . Cancel . Aku taknak berurusan dengan orang yang kurang ajar macam kau ni . Tak reti hormat orang . Da la aku yang jemput kau datang , tapi aku pula yang kau nak halau . Wow awesome ! Bravo " kata Eve sambil memberi tepukan yang meriah . Aku hanya memerhatikan saja tingkah laku mereka
" heyy ! Kau .... " jerkah Felix lantang terhenti apabila Eve bangun dari kerusi dan berdiri di hadapannya . Kolar tuxedo nya ditarik rapat pada wajah Eve . Senyuman sinis dihadiahkan .
" jaga sikit tingkah laku kau tu . Aku tuan rumah ni . Jaga bahasa kau , aku boleh je halau kau dan buat kau serta keluarga kau ni miskin , merana lagi hina dari kau buat aku . faham ! " Eve lantang memotong percakapan Felix . Semuanya senyap . Gerun dengan wajah gadis dihadapan aku ni . Lain betul dari kali pertama aku jumpa dia .
Tiba-tiba seseorang datang lalu memegang tangan Eve
" miss Alexander , stop it . Please " ujar pemuda itu . Pegangan tangan Eve pada kolar Felix semakin kuat . Wajah Felix telah bertukar kemerahan . Mata gadis itu mencelung tajam pada Felix
ANDA SEDANG MEMBACA
Sweet Revenge
RomanceSeorang gadis jutawan bernama Eve Alexander yang hidup dengan ceria dan sempurna bertukar apabila kedua ibu bapanya telah dibunuh pada 13 tahun dahulu . Ditambah pula dengan kejadian yang menimpa gadis itu dan rakannya , Alphonse ketika mereka berum...
