Eve pov
Setelah pulang dari sekolah . Aku terus naik ke bilik ku sambil membawa makanan yang aku beli di Cafe lalu di letakkan atas meja . Aku baring di atas katil . Blazer entah sudah tercampak ke mana . Aku pon tak tahu . Tali leher aku longgarkan kasar . Rimas . Mata aku tertumpu pada siling bilik . Tengah fikirkan strategi untuk berdepan dengan 'mereka' . Untuk seketika lalu aku bangun menuju ke bilik air . ' aku kena jadi lagi kuat dari sekarang . aku tak boleh leka ' baju sekolah bertukar kepada baju singlet hitam dengan seluar sukan . Aku capai glove yang selalu aku pakai untuk berlatih lalu pergi ke bilik sebelah yang menempatkan pelbagai alat untuk bersukan seperti mini gym pada aku . Punching bag yang tergantung menjadi mangsa aku . Aku menumbuk dan menendang dengan sekuat hati . Aku tak tahu kenapa tapi aku sangat marah . Masa berlalu dengan pantas sehingga aku tidak sedar yang aku sudah menghabiskan banyak masa dalam bilik ini . Siang bertukar malam . Aku terbaring di atas lantai bilik itu . Penat . Peluh membasahi seluruh tubuhku . Keadaan di situ gelap kerana aku terlalu asyik sehingga lupa untuk membuka lampu di rumah tapi tak mengapa aku dah biasa dengan keadaan macam ni . Dari dulu lagi dan tak berubah pun kedudukan barang-barang dalam bilik ni daripada peralatan serta perabot , semua sama jadi mudah bagi aku untuk bergerak walaupun dalam keadaan gelap . Aku sengaja tidak mengubah apa-apa dalam rumah ini sebab ini rumah kesayangan mama . Jadi aku akan biarkan kedudukannya seperti yang mama susun .
Tiba-tiba aku terdengar sesuatu . Perlahan tapi sangat jelas di telingaku . ' ada orang datang ! Dia masuk rumah ini ! ' aku terus duduk dan memerhatikan sekeliling ' siapa yang berani nak masuk rumah aku ini ? ' omel aku sambil mengenggam penumbuk . Langkah ku atur perlahan menuju ke tangga . Aku pandang sekilas bilik ku sambil berfikir ' nak pergi ambil telefon ke ? Aku perlukan back up ke ? ' aku berjalan menuju ke bilik ku perlahan-lahan agar tidak menarik perhatian si penceroboh . Telefon ku capai lalu di tukar kepada mod senyap dan dimasukkan dalam poket seluar . Topeng separa yang tergantung milik mama aku ambil lalu dipakai .
" I'm ready . " kata ku sambil tersenyum . Kejam !
Aku berjalan menuju ke tangga dengan selamba . Aku menguap perlahan . Bosan . Si penceroboh yang menyedari kehadiranku dengan pantas bersembunyi di sebalik perabot namun dapat kulihat dengan jelas kedudukan mereka . ' ada 7 orang . Pistol ? Hmm nice ' Langkahku mati bila tiba di ruang tamu . Nafas ku tarik dan hembus perlahan . Mata-mata si penceroboh masih tertumpu pada ku mungkin menunggu masa untuk menerkam mangsanya . Jam di pergelangan tangan ku pandang ' 10 minit . Eh tak 5 minit . Aku akan habiskan riwayat dia orang ' aku senyum perlahan . Jam saat telah disetkan . Aku terus menerkam ke arah sofa di hadapan ku . Ada 2 orang sedang mengacukan pistol ke arah aku . Namum belum sempat hendak menembak , Aku telah merampas senjata tersebut dicabut pelurunya lalu dicampak ke tempat lain . Tumbukan dilayangkan oleh seorang dari mereka dan mengenai wajahku . Bibir ku berdarah . Tendangan telah aku lepaskan dan mengenai perut lelaki tersebut . Dia tergolek di lantai . Dengan pantas aku tumbuk perut lelaki itu bertubi-tubi membuatkan lelaki itu pengsan . ' sangat lemah . Maid aku lagi kuat dari ini ' . Seorang lelaki telah mencekik aku dari belakang sehingga aku sukar untuk bernafas . Aku terus menghentak siku aku berkali-kali pada perut lelaki tersebut dan tangannya aku pusingkan ke belakang lalu aku menendang kaki kirinya membuatkan dia terduduk . Lehernya aku hentak kuat . Dia pengsan . Tembakan bertubi-tubi telah dilepaskan . Aku mengelak dengan pantas lalu bersembunyi di sebalik sofa tadi kemudian senyap . Aku terus bergolek ke arah mana datangnya orang yang menembak tadi lalu menendang pistolnya hingga terjatuh . Aku menumbuk bawah dagunya kuat sehingga berbunyi . Krakk ' patah rasanya . Peduli apa aku ? ' dia mengerang aku terus menumbuk muka lelaki itu bertubi-tubi . Seorang lagi lelaki telah datang dari arah belakang hendak menetakku dengan pisau . Aku mengelak tapi malangnya pisau tu telah mengenai lelaki yang rahangnya patah lalu mati .
" kau tengok . Aduh , kan dah mati . Aku baru nak have fun malam ni . Kau ni tak sporting la . Biar la aku buat art sikit kat lelaki tu dulu baru la bunuh dia ! Bodoh ! " kata ku kecewa dan marah .
YOU ARE READING
Sweet Revenge
RomanceSeorang gadis jutawan bernama Eve Alexander yang hidup dengan ceria dan sempurna bertukar apabila kedua ibu bapanya telah dibunuh pada 13 tahun dahulu . Ditambah pula dengan kejadian yang menimpa gadis itu dan rakannya , Alphonse ketika mereka berum...