bab 5

159 4 0
                                    

Eve pov

Deringan telefon mengejutkan aku dari tidur ' hish siapa pula yang telefon malam- malam buta ni . Tak ada otak betul ' omel ku sambil terus mengangkat telefon tanpa memandang ke arah skrin .

" hello ? Apahal kacau orang tengah-tengah malam ni . Tak guna ! Kalau tak kacau hidup orang lain tak boleh ke ? " kata ku

" hello . Kau ni . Lupa ke ? Kau orang suruhan aku . Ada aku suruh kau tidur ? Bangun la pendek ! Kau tak pergi sekolah ke ? " kata rayyan . Aku terus bangun dari berbaring ' asal la aku angkat call tadi . Aduh , lembab nya kau ni , Eve ' malang betul kalau mamat ni dah call aku .

" aku tahulah . Dah lama bangun . Kau sibuk apsal . Tertiba je baik sangat pergi call-call aku . " kata ku . Rayyan hanya ketawa dan menyambung .

" hahaha kau ni memang comel betul . Okay la . See you soon . Aku ada banyak arahan untuk kau harini " lalu terus mematikan telefon . Aku terpana ' selamba sial laki ni . Tak guna ' . Aku termenung seketika ' ada dua hari je lagi jadi kuli dia . Lepas ni aku takkan ada kaitan lagi dengan dia , hahaha tak ada lagi rayyan ! Yoshh . Aku akan berusaha . ' aku tersenyum lalu bangun lalu mencapai tuala masuk ke dalam bilik air untuk bersiap . Setelah selesai bersiap . Aku capai blazer dan turun ke tingkat bawah . Sunyi . Aku memandang ke arah meja makan

" selalu nya budak tu akan membebel kalau aku tak makan breakfast mungkin sebab takut aku sakit . Haha . Aku memang betul-betul dah rindu kau ni . Tapi aku kena settle kan dorang dulu then kita boleh hidup happy . Selepas dorang lenyap dari dunia ni . Semua nya sekali " kata ku sambil mencapai kunci kereta lalu masuk ke dalam kereta . Earfon aku pasang kuat dan pandu keluar kereta dari porch .

Tanpa disedari ada sepasang mata yang memandang dengan pandangan tajam lalu mengekori kereta itu .

Setelah 10 minit memandu . Aku tiba di sekolah . Aku berhenti di depan lobby dan menyapa pakcik itu

" hello . Macam biasa ya . " tersenyum dan berlalu . Pak cik itu hanya tersenyum .

Langkah ku lajukan menuju ke kelas dengan harapan supaya tidak bertembung dengan rayyan namun semua hanya angan-angan sahaja apabila rayyan yang sedang menyandar pada dinding sebelah pintu kelas memanggil nama aku .

" Eve . Kau lambat . kau ingat kau jalan laju macam itu hatta kau lari sekali pun kau akan jumpa aku juga . So jangan berangan nak lari . Faham ? ! " kata rayyan lembut sambil tersenyum sinis . Aku menjeling ' setan ni . Aku benci kau . Aku boleh je lari dari kau bukan susah sangat pon tapi misi aku lagi penting dari permainan bodoh kau ini .

" belikan aku air . Aku haus la . Aku nak fruity juice . Cepat sikit " rayyan menyambung .

" okay . " balasku sepatah sambil menuju ke cafe . Rayyan mengekori aku dari belakang ' apa yang mamat ni nak . Tadi suruh beli air ni buat apa ikut aku pula ? Rimas la sial ! ' . Aku tersalah langkah lalu terjatuh . Aduh , lutut aku berdarah .

" kau ni okay tak ? Haihh kan dah berdarah . Kau tahu tak boleh jatuh wang hantaran sebab kecacatan ni . Nanti kau tak kahwin pulak sampai tua . Meh sini biar aku tolong kau " kata rayyan sambil memegang tangan aku . Tindakan spontan apabila aku menepis lalu mengikat tangannya ke belakang . Rayyan terkedu . Cuba melepaskan diri . Tangannya semakin sakit .

" kau gerak . Aku bunuh kau . Cubalah . aku takkan segan-segan nak patahkan tangan kau dan bunuh kau kat sini " kata aku sambil tersenyum , kejam !

" Oii Eve . Kau nak patahkan tangan aku ke apa ni ! " rayyan menepik . Aku tersedar lalu melepaskan tangan rayyan .

" maaf . " itu sahaja mampu aku ucapkan dan terus berlalu ke cafe . Rayyan hanya memandang aku dengan pandangan tidak percaya . ' Eve control diri kau . Kau takkan nak rahsia kau terbongkarkan ' aku tarik nafas perlahan-lahan lalu hembuskannya . Tindakan itu dilakukan berkali-kali . Tangan aku mengigil , kuat . Aku genggam . Teringat sesuatu .

Sweet RevengeWhere stories live. Discover now