Shone hanya memandang ke arah pintu bilik Eve yang telah dikunci dari dalam . Apalah agaknya nasib Jones selepas ini . Shone berjalan perlahan-lahan menuju ke aras bawah . Tv dihidupkan . Dia berjalan ke arah peti ais dan mengambil sebekas ais krim beserta sudu lalu duduk di atas sofa menghadap tv . Keadaan badannya yang teruk apabila dibelasah oleh Jones tidak diendahkan . Dia mula menyuap sesudu aiskrim ke dalam mulutnya sambil menonton rancangan di Tv .
Beberapa lama kemudian , Alphonse keluar dari biliknya dan melihat Shone sudah tertidur di atas sofa . Mukanya kelihatan bengkak , mungkin ada berlaku pergaduhan semalam . Tv ditutup . Alphonse mengambil selimut dari biliknya dan menyelimutkan Shone sebelum berlalu ke tingkat atas . Baru sahaja dia hendak mengetuk pintu bilik Eve , kedengaran bunyi sesuatu . Sayup tapi dalam bahaya . Dengan segera , Alphonse mengetuk kuat pintu bilik Eve . Tiada respon . Sekali lagi dia mengetuk pintu bilik Eve dengan kuat sehinggakan Shone tersedar diikuti Ace dan lain-lain . Mereka terus keluar melulu ke arah Alphonse .
" kenapa Al ? " tnya Ace
" Eve taknak buka pintu " jawab Alphonse
" kenapa dia tak nak buka pintu " tanya Edward
" mana lah aku tahu ! " jerit Alphonse . Semua tersentak . Shone hanya menyandar sambil memeluk tubuh . Sakit ditubuhnya masih belum kebah .
" Eve . Buka pintu ni ! " jerit Alphonse lagi sambil mengetuk pintu biliknya kuat
" Ace , kau ada spare keys kan ? " tanya Raffael
" ouh yelah " Ace segera berlari ke biliknya .
Beberapa minit kemudian , Ace kembali bersama spare keys . Ketika Alphonse cuba untuk membuka pintu bilik Eve . Shone telah memegang bahunya sambil mengelengkan kepala
" aku rasa kau tak patut masuk dalam tu . Kau takkan nak masuk bila dia dalam keadaan macam tu . She's might kill you too " kata Shone . Suasana senyap seketika , Edward saling berpandangan dengan Raffael dan Ace . Alphonse pula hanya memandang ke arah pintu bilik Eve yang masih tertutup .
Suara yang sayup-sayup tadi telah hilang . Diganti dengan suasana yang sangat sunyi . Mereka semua mengambil keputusan untuk tunggu sejam dua lagi sebelum menerjah masuk bilik Eve . Alphonse hanya berdiri dan berjalan mengelilingi ruang tamu rumah sahaja . Raffael pula merawat luka Shone . Edward dah mula terlelap . Ace hanya menonton rancangan di tv dengan tenang seakan dia tahu apa yang terjadi di atas .
Setelah 2jam berlalu , mereka semua mula naik ke tingkat atas . Pintu bilik Eve diketuk perlahan . Beberapa minit kemudian , pintu bilik itu terbuka . Alphonse mendahului masuk ke bilik Eve . Eve nampak macam baru keluar dari shower room . Beberapa tin beer yang telah kosong berselerak di atas lantai . Makanan ringan yang tidak habis dimakan , jatuh berselerak di atas lantai . Bau hanyir darah bercampur beer memenuhi ruang bilik itu . Semua orang senyap . Terkaku kecuali Shone . Perlahan-lahan dia melangkah lalu memeluk Eve . Nafas Eve turun naik tanda kemarahanya belum habis . Shone mengusap lembut kepala Eve sebelum gadis itu tertidur . Baju dan seluarnya basah .
Edward mula berjalan masuk dari tempat Eve keluar tadi . Shower room Eve . Alangkah terkejutnya apabila melihat mayat seorang lelaki dalam tab mandi . Darahnya bercampur air dan mati dengan mata yang terbuka . Mahu sahaja dia menjerit gerun dengan keadaan itu . Terdapat sebilah pisau dengan kesan darah di atas lantai bilik air tersebut . Satu bateri dan wayar pada badan lelaki itu . Raffael yang berdiri dibelakang Edward juga kelu tanpa suara .
" Ia dipanggil art from princess Himiko . Aku rasa kau orang mesti pernah dengar kan tentang diktator ni . Aku nak hantar dia kat bilik aku " kata Shone seraya mengangkat Eve .
" okay . Kau jaga dia . Aku nak panggil orang tuk clean all this mess " kata Ace
" mayat tu kau suruh orang kau simpan dulu " kata Shone
" kenapa ? " tanya Alphonse
" sebab bila Eve bangun nanti , aku rasa Eve nak kau delivery mayat tu balik pada tuan dia " jawab Shone selamba sebelum beredar . Semua yang ada di situ terpinga . Alphonse hanya berdiri kaku . Ace terus menghubungi kenalannya sambil menarik Alphonse keluar dari bilik Eve . Semasa sedang menelefon kenalanya , Ace memberi isyarat jari telunjuk ke arah bilik Shone lalu menolak Alphonse . Bagai tersedar dari mimpi , Alphonse terus melulu masuk ke bilik Shone . Kelihatan Shone baru saja hendak membuka baju Eve . Muka alphonse menjadi merah . Satu tumbukan singgah pada muka Shone
" apa kau buat ni ? " tanya Alphonse berang
" aku nak tukar baju dia . Takkan kau nak dia kene demam pakai baju basah tu " jawab Shone tenang .
" tu bukan tugas kau ! Jadi jangan cuba buat macam-macam . Faham ! " jerkah Alphonse
" ni bukannya kali pertama aku tukar baju dia . Lagipun aku boleh matikan bom guna satu gunting dengan mata tertutup tkkan aku tak bole tukar baju dia yang senang giler tu dengan mata tertutup ? " jawab Shone . Alphonse terdiam . Tiba-tiba lampu bilik terpadam . Keadaan Gelap gelita , Alphonse dan Shone memandang ke arah pintu bilik . Ace sedang tersenyum sambil berkata
" kalau macam ni . Takkan nampak kan . Jadi biar la dia buat , Al "
Alphonse pasrah lalu keluar dari bilik diikuti Ace . Ace sempat menunjukkan isyarat tumbs up ke arah Shone sebelum pintu bilik ditutup .
YOU ARE READING
Sweet Revenge
RomanceSeorang gadis jutawan bernama Eve Alexander yang hidup dengan ceria dan sempurna bertukar apabila kedua ibu bapanya telah dibunuh pada 13 tahun dahulu . Ditambah pula dengan kejadian yang menimpa gadis itu dan rakannya , Alphonse ketika mereka berum...