Rayyan pov
Aku terpana ketika menyaksikan pergaduhan atau boleh dikatakan pembunuhan yang terang terjadi dihadapan mata . Kedua orang lelaki itu kuat . Seorang lelaki yang berhoodie biru gelap itu pantas mengelak setiap serangan yang dilakukan oleh David . Siapa lelaki berhoodie itu ? Aku hanya mendiamkan diri . Mata aku liar memerhatikan keadaan keluarga aku dan maid kami . Nasib baik mereka selamat . Aku menghembuskan nafas lega . Tangan aku mula rasa kebas dek ikatan kuat dari tali ini membuatkan setiap kali , aku cuba untuk melepaskan diri , tali ini semakin kuat mencengkam tangan aku . Luka dan sakit dibadan aku hiraukan . Kelihatan kepala papa dan wajah mama yang berdarah sebab diseksa oleh David . Sungguh dia tak menyangka , lelaki yang menjadi rakan kongsi syarikatnya sendiri ada menyimpan niat untuk membunuhnya sekeluarga . Hati aku cukup terkilan . David adalah lelaki yang cukup profesional dalam hal berkaitan syarikat tapi nilah sikap sebenarnya lelaki itu . Pada mulanya aku pelik bagaimana David boleh berada di dalam rumahnya di ruang tamu ketika aku baru balik rumah . Dan keadaan rumah aku juga gelap . David mengajak aku ke ruang makan rumah aku jadi aku pun ikut . Bila nampak semua ahli keluarga dan maid aku diikat dan dalangnya adalah David ! Aku bengang jadi aku cuba menerkam ke arah David tapi aku tak sedar bila masa orang mengetuk kepala aku dengan benda keras buat aku tak sedarkan diri . Aku tersedar apabila ada orang menyimbah air ke muka aku . Orang itu ialah konco David . Dia bercadang untuk merampas kuasa syarikat aku dengan papa . Tapi papa tak benarkan , dia sanggup dipukul dan diseksa oleh David dari memberikan syarikatnya . Papa cakap David ini seorang yang licik , dia akan bunuh mereka semua jika kita berikan syarikat kita pada dia . Memang itu tujuannya sebenar iaitu membunuh kami sekeluarga .
Aku hanya berdiam diri memerhatikan gerakan dari lelaki berhoodie . Fikiran aku cepat mentafsir sesuatu . Sesuatu yang aku kenal . Dia terus menghadiahkan serangan kepada David sehingga David jatuh tapi salah seorang dari konco David telah menarik badan lelaki berhoodie agar menjauhi David , dia menumbuk dan menendang badan lelaki berhoodie sehingga dia jatuh melutut tapi sesuatu telah berlaku diluar jangkaan aku apabila satu tembakan tepat mengenai kepala konco David dan dia terbaring kaku di atas lantai . Lelaki berhoodie itu ketawa dan berdiri memegang perut lalu menunjukan tanda f*ck pada David . Ayat hinaan diberikan kepada David . David yang diam kembali bengis meluru ke arah lelaki itu . Sepakan dan tumbukan pantas mengenai lelaki itu . Tapi dia ..... Masih tersenyum sinis . Beberapa cahaya laser tepat pada dada David dan konconya membuatkan David terkejut lalu melangkah ke belakang beberapa tapak . Lelaki berhoodie bangun lalu mengangkat sebelah tangannya . Hoodie yang menutup kepalanya diturunkan . Jelas kelihatan rambut panjang dark choco dan wajah terlindung dibalik half-mask hitam . Aku tersenyum tanpa aku sedar ,
" hey , I found you . Again " ujar aku . Gadis yang pernah membantunya dulu . Gadis itu elok berjalan ke arah aku lalu melutut
" hey . We meet again . Am I right ? " tanya gadis itu perlahan . Matanya tepat memandang ke arah aku . Cukup membuatkan aku berdebar . Perasaan apakah ini ? Aku mengangguk perlahan . Aku tak dapat berfikir dengan waras
" save my family " pinta aku sayu . Berharap gadis ini dapat membantunya seperti dahulu .
" yeah , sure . Everything for ma boy " jawab gadis itu seraya tersenyum manis . Aku memandangnya dengan pandangan tidak percaya . Gadis itu sempat bermain mata dengan aku sebelum membuka sweeter dan menyanggul rambutnya . Dia tak lupa untuk melakukan beberapa gerangan panaskan badan . Beberapa minit berlalu ,
" okay . I'm ready " ujar gadis itu .
Maka bermulalah aksi yang keganasan berlaku . Setiap serangan dibalas serangan . Tiba-tiba adik aku , Vellareena memanggil nama aku perlahan . Hanya aku dan Reen sahaja yang sedar , ahli keluarga yang lain dah tak sedarkan diri apabila diseksa tadi
ANDA SEDANG MEMBACA
Sweet Revenge
Storie d'amoreSeorang gadis jutawan bernama Eve Alexander yang hidup dengan ceria dan sempurna bertukar apabila kedua ibu bapanya telah dibunuh pada 13 tahun dahulu . Ditambah pula dengan kejadian yang menimpa gadis itu dan rakannya , Alphonse ketika mereka berum...
