*****
Alphonse povTangan dan kaki masih lagi terikat pada kerusi . Aku melihat keadaan Allan yang duduk di kerusi lemah akibat dari pembedahan itu . Aku memerhatikan keadaan sekeliling . Aku tak tahu berapa lama kami dah ditangkap dan dikurung . Makanan diberikan terhad . Makan hanya 1 kali saja sehari dan minuman pula hanyalah air paip . Perit tekak dan perut aku cuba endahkan .
Aku masih lagi memerhatikan keadaan Allan yang semakin teruk . Badannya sedikit cengkung . Kesan darah kering pada bajunya masih jelas . Luka pembedahan itu masih belum pulih .
" Allan ? Allan ? Kau okay ke ? " tanya aku . Allan tidak memberikan respon . Aku cuak
" Allan ! Oii Allan ?! Jawab la . Bangun Allan . Bangun cepat ?! " panggil aku sedikit kuat . Perit tekak menyeksakan aku untuk bersuara . Allan masih tidak memberikan respon .
" oii . Bodoh . Oiii ! Cepat ! Datang selamatkan dia ! Cepat selamatkan dia ! " panggil aku pada kedua orang pengawal yang sedang berkawal di luar bilik gudang lama . Mereka menjenguk namun tidak mengendahkan panggilan aku .
" kalau ... kalau kau ... tak tolong dia ... aku takkan bagi tahu kau apa-apa lagi selepas ni . Semua penyamaran kau akan terbongkar . Eve akan datang dan bunuh kau orang sebab kau dah buat aku dan Allan terkorban " ujar aku lagi . Tidak lama kemudian , pintu dibuka . Seorang doktor lelaki tiba sambil membawa dua beg yang berisi peralatannya .
Pintu bilik kembali ditutup dan dikunci . Aku merenung tajam doktor yang ada di depan aku ini .
' Tak guna . Sebab kan duit , kau sanggup bersubahat dengan dia orang semua . Memang tak guna ! '
Doktor itu segera menghampiri Allan . Tali yang mengikat badan Allan dibuka satu persatu . Badan Allan diheret perlahan dan dibaring atas lantai yang berdebu . Satu set jarum suntikan dikeluarkan . Aku cemas
" kalau dia mati ! Aku takkan lepaskan kau ! Ingat ! Aku takkan lepaskan kau ! " jerkah aku kepada doktor itu . Doktor itu masih tidak memberikan respon takut . Dia menyuntikkan sesuatu kepada Allan . Kemudian dia mengeluarkan satu beg air untuk dimasukkan di dalam badan Allan . Dia menggunakan tiang penyangkut topi untuk menyangkut beg air itu .
Satu beg lagi dipenuhi barangan untuk membedah . Satu gunting dikeluarkan . Baju Allan dibuka . Kesan jahitan bom itu masih kelihatan walaupun semakin sembuh . Doktor itu segera mengunting tempat jahitan itu perlahan-lahan
" kau buat apa ni ! Sial ! Apa kau buat ! Kau nak bunuh dia ke ! Kau ingat aku main-main . Aku cakap aku akan bunuh kau kalau kau bunuh dia ! Kau pekak ke " jerkah Aku lagi . Doktor itu berkerut . Dia mengambil satu pita pelekat lalu ditampal pada mulut Alphonse . Doktor itu membuat isyarat supaya senyap . Matanya dihalakan ke arah pintu . Aku masih lagi meronta-ronta . Dia segera melakukan pembedahan dan mengeluarkan bom yang ada di perut Allan . Aku terdiam .
' Bingung tentang apa yang berlaku . Kenapa dia keluarkan bom tu . Dia kan musuh '
Doktor itu menyimpan bom dalam beg alatannya . Dia mula menjahit kembali luka Allan dengan kemas . Dia menoleh ke arah aku sambil menunjukkan isyarat tumb-up . Topeng penutup mulut dibuka . Aku terkejut melihat muka doktor itu . pita pelekat pada mulut aku ditanggalkan
" Raffa . Apa kau buat kat sini " tanya aku sedikit berbisik . Raffael tersenyum sedikit sambil menyimpan alatannya .
" aku datang sebab Eve suruh tolong kau orang tapi aku minta maaf . Kau kena bertahan lagi sikit . Aku tak dapat nak selamatkan kau dari tempat ni lagi " ujar Raffael sedikit sedih .
" lagi ? Maksud kau " tanya aku
" maksud aku , belum lagi . Kau kena bertahan buat sementara . Eve ada plan . Hopefully kau faham " jawab Raffael .
" macam mana kau orang tahu aku bukan 'aku ' ? " tanya aku
" hahahaha Eveline Alexander . Apa je yang dia tak tahu pasal kau . She's the one who know abt you're not ' you ' . Kenapa kau tak contact kita orang pasal Allan ? Kita orang boleh tolong kau , Al . Kita kan satu team " jawab Raffael perlahan .
Aku hanya mendiamkan diri . Rasa bersalah menguasai diri kerana bertindak bodoh . Allan hanya mengangguk perlahan . Sebelum berlalu , dia sempat memberikan pesanan ringkas dari Eve .
" keep cool and stay alive "
Ikatan pada tangan aku dah dilonggarkan sedikit namun lakonan perlu diteruskan untuk memberikan lebih masa bagi Eve merancang serangan seterusnya .
' aku harap kau berjaya , Eve . Aku akan sentiasa dengan kau . Ingat janji aku '
****
Raffael berjalan keluar dari bilik kurungan Alphonse dan Allan . Mask masih dipakai . Cermin mata dibetulkan . Langkahnya santai berjalan ke arah ketua leader itu . Lelaki itu sedang duduk di atas singgahsananya seperti seorang raja . Memandang tajam ke arah Raffael yang menghampiri .
Pandangan tajam dari lelaki itu sedikit sebanyak membuatkan Raffael tak keruan namun demi misi yang diberikan . Dia memberanikan diri dan berdiri di hadapan leader itu .
" mana bayaran aku ? " tanya Raffael sambil menghulurkan tangannya .
" periksa beg dia . Aku taknak tengok lelaki ni bawak keluar apa-apa yang milik aku dari sini " arah lelaki itu pada konco-konconya . Kedua beg alatan pembedahan Raffael diperiksa . Nasib baik bom yang dikeluarkan dari badan Allan disimpan rapi dalam kotnya .
Lelaki itu hanya merenung segenap wajah Raffael . Mungkin ingin mencari kejujuran dalam diri Raffael . Debaran dihati Raffael diredakan dengan mengimbas memori bersama abangnya , Edward .
" mana bayaran aku ? " soalan yang sama diutarakan tapi dengan mimik wajah yang berbeza kerana Raffael berani untuk merenung mata lelaki itu kembali sambil mengangkat kening kanan . Beberapa saat kemudian , lelaki itu ketawa
" hahahahaha ! Aku suka kau ! Kau berani . Kau dah selesaikan tugas kau ? " tanya lelaki itu
" kau boleh suruh budak-budak kau periksa dua orang tu . Aku dah ikut apa yang kau suruh buat . Asalkan dia orang tak mati " jawab Raffael lancar
" bagus . Sangat bagus ! Nah habuan kau " puji lelaki itu sambil menghulurkan satu sampul berisi duit .
" okay . Kalau kau perlukan service aku lagi . Call me " ujar Raffael ketika menerima sampul itu . Lelaki itu hanya mengangguk . Raffael cuba untuk berjalan perlahan-lahan ketika keluar dari tempat itu . Tiba-tiba lelaki itu bersuara
" aku suka kerja kau tapi pastikan kau tak buat hal dengan aku . Aku boleh hancurkan kau bila-bila masa je . Simpan rahsia ni untuk kau dan budak-budak aku je . Kalau kau berani bocorkan rahsia ni , bukan kau je aku cari . Seluruh keluarga kau pun terima nasib yang sama "
Raffael hanya berlagak santai mengangguk dan berlalu pergi dengan keretanya . Semasa perjalanan pulang , Raffael sedar ada satu kereta yang mengekorinya dari belakang jadi dia terpaksa mengubah destinasinya . Dia pergi ke tengah bandar dan berhenti disebuah apartment . Rumah sewanya yang lama . Dia mengeluarkan smartphone nya dan menghubungi seseorang . Tiba-tiba lelaki berambut hitam memasuki kereta Raffael .
Kereta orang suruhan lelaki itu memerhatikan Raffael memberikan lelaki itu duit yang banyak membuatkan lelaki itu mencium Raffael dengan rakus . Adengan itu ingin ke babak yang seterusnya memaksa kereta asing itu beredar akibat jijik melihat adegan itu .
" kau boleh berhenti sekarang ! " ujar Raffael tegas . Lelaki itu berhenti .
" amik duit kau dan berambus ! Aku jijik dengan kau ! " ujar Raffael lagi sambil melempar duit ke muka lelaki itu
" kau jijik dengan aku ? Kau sedar sikit . Kita ni pernah jadi gay . Jangan kau ingat kau tu suci sangat ! " jerkah lelaki itu pula dan berlalu pergi bersama duit yang diberikan oleh Raffael .
Raffael hanya memandang kosong lelaki itu beredar . Sejarah hitam yang cuba disembunyikan dahulu . Dia telah tersilap langkah . Dipandang hina oleh jiran-jiran sehinggakan ahli keluarga sendiri , ibu bapanya juga memandang seperti dia seorang yang orang tak berguna kecuali abangnya , Edward . Dialah lelaki yang memberi semangat untuk Raffael berubah dan meninggalkan gejala tak sihat itu . Dia yang memberi harapan untuk hidup . Semuanya kerana Edward .
YOU ARE READING
Sweet Revenge
Roman d'amourSeorang gadis jutawan bernama Eve Alexander yang hidup dengan ceria dan sempurna bertukar apabila kedua ibu bapanya telah dibunuh pada 13 tahun dahulu . Ditambah pula dengan kejadian yang menimpa gadis itu dan rakannya , Alphonse ketika mereka berum...