Satu kiriman kotak hitam besar tiba di hadapan sebuah rumah agam . Seorang butler mengambil kotak itu dan dibawa masuk ke dalam rumah . Tiada siapa tahu apa yang ada di dalamnya . Kotak hitam itu segera diserahkan kepada tuannya yang sedang menikmati kopi .
" apa benda ni ? " tanya Bosnya . Butler itu hanya menggeleng kepala .
" kau buka la " arah lelaki itu . Butler itu hanya mengangguk . Dia duduk lalu membuka balutan bungkusan itu dengan cermat . Penutup kotak itu dibuka . Kelihatan dua kotak yang berasingan . Satu kotak mengandungi daging cincang dan satu lagi kotak mengandungi beberapa tulang . Mata butler itu terbeliak termasuklah bosnya . Lelaki itu marah lalu menendang kotak itu . Butler itu terkejut lantas berdiri tegak .
" mana kau dapat bungkusan ni ? Siapa yang bagi pada kau ? ! " jerkah lelaki itu . Butler itu hanya menggeleng kepala . Telefon bimbitnya dibuka lalu menaip
' saya hanya nampak bungkusan ini di luar rumah . Saya amik bawak masuk dalam dan berikan pada tuan '
Lelaki itu tersenyum sinis
" tak guna ! Macam mana dia bole tahu aku kat sini ? Jones . Jones . Kau gagal bunuh dia ! Sekarang kau da ditimpa malang . Kau nak heret aku sekali dengan kau ! Sial "
Lelaki itu berpaling .
" kalau kau tipu aku . Bukan lidah kau je yang hilang . Aku akan pastikan lepas ni . Dengan seluruh badan kau pun aku bagi anjing makan . Ingat tu ! "
butler itu mengangguk gerun . Jelaslah kenapa dia tidak bersuara kerana lidahnya telah dikerat . Kesilapannya apabila dia tidak sengaja menyebarkan aktiviti haram tuannya ketika dia mabuk kepada seorang pelacur . Kerana pelacur itu , lidahnya hilang . Pelacur tu telah dibunuh selang beberapa hari lidahnya hilang .
Lelaki itu membuat satu panggilan telefon
" jones gagal bunuh dia "
" ... "
" aku pasti sebab dia dah bunuh jones "
" ... "
" budak bodoh tu ! Hantar mayat jones kat aku . Kau faham tak ! Dia tahu alamat aku ! "
" ... "
" HEY ! Ni SEMUA RANCANGAN KAU . KAU YANG NAK BUNUH DIA ! KAU DENGAR SINI ! KALAU AKU KENA TANGKAP , AKU AKAN PASTIKAN AKU HERET KAU SEKALI . KAU INGAT TU ! "
Panggilan dimatikan . Telefon bimbitnya dibaling pada tingkap . Serta-merta tingkap pecah berderai . Mukanya diraup kasar .
" Hendry ! " panggil lelaki itu . Butler nya tiba perasaan takut .
" aku perlukan protection . Give me the Best one ! Now ! " arah lelaki itu . Butler itu mengangguk lalu beredar . Lelaki itu tersenyum perlahan . Dia duduk lalu menghadap halaman luar rumahnya melalui tingkap ruang tamu .
' aku takkan mati . Aku tak boleh mati . Kau yang patut mati ! Kau orang semua patut mati ! '
****
Edward povAku hanya memerhatikan bungkusan di luar rumah itu . Loceng pintu telah dibunyikan . Pasti tak lama lagi , ada orang yang akan datang buka pintu dan amik bungkusan itu . Beberapa minit kemudian , seorang lelaki keluar dan memandang pada bungkusan itu . Matanya meliar memerhatikan sekitar rumahnya . Aku menyorok di balik tiang elektrik . Lelaki itu masuk sambil membawa bungkusan itu .
Satu alat telah dipasang pada kotak itu bagi memudahkan aku mendengar perbualan mereka . Walaupun ini bukan sebahagian dari rancangannya tetapi aku perlu lakukan untuk mengetahui siapa dalang disebalik semua ini . Setelah mendengar perbualan mereka , aku beredar menaiki kereta yang aku parking di depan rumah selang 6 rumah dari rumah agam itu .
YOU ARE READING
Sweet Revenge
RomanceSeorang gadis jutawan bernama Eve Alexander yang hidup dengan ceria dan sempurna bertukar apabila kedua ibu bapanya telah dibunuh pada 13 tahun dahulu . Ditambah pula dengan kejadian yang menimpa gadis itu dan rakannya , Alphonse ketika mereka berum...