bab 17

90 2 0
                                    

3 tahun dah berlalu .

Rayyan masuk ke dalam pejabatnya sambil membawa briefcase lalu diletakkan di atas meja . Laptop dibuka . Seorang gadis memakai baju ketat putih dan skirt paras lutut berwarna hitam masuk sambil membawa secawan kopi .

" thanks Anne " ucap Rayyan . Cawan itu dibawa ke bibir dan dihirup perlahan-lahan . Gadis itu masih berdiri sambil memandang ke arah Rayyan . Senyuman menggoda dihadiahkan . Dahi Rayyan berkerut 'apa masalah minah ni ? Semacam je . Sengih-sengih macam tu'

Beberapa minit berlalu , Anne sebagai PA hanya memandang ke arah bosnya , Mr. Rayyan .

" yes Anne ? Anything else ? Ke you nak duduk senyum-senyum kat situ sampai tamat time kerja nanti ? " suara Rayyan mengejutkan Anne . Gadis itu berdehem .

" sorry Sir . Saya nak bagitahu pagi ni Tuan takde sebarang meeting tetapi petang nanti  Tuan kena pergi tengok keadaan tapak pembangunan terbaru sebab ada masalah sedikit jam 3 . Kemudian , Tuan ada meeting dengan pengarah Gracia's Holding jam 7 sekali dinner di sana " terang Anne panjang . Rayyan hanya mengangguk .

" tu je ? " tanya Rayyan kepada Anne . Gadis itu mengangguk

" okay . You may leave " mata Rayyan terarah di pintu keluar office . Anne membuat muka tidak puas hati lalu berjalan keluar dari bilik bosnya . Rayyan ketawa melihat PA nya itu ' ada hati nak mengorat aku . Apa lah budak itu ' matanya kembali tertumpu pada skrin laptop .

Masa berjalan dengan pantas . Jam Rollex primier ditangan kirinya dipandang sekilas ' 20 minit lagi sebelum jam 3 petang ' dengan pantas tangannya mengemas meja kerja dan membawa ipad dan pelbagai perkara lain ' lepas pergi tengok tapak , kena pergi dinner pulak . Haih bosan '

Rayyan terus keluar dari office nya setelah memaklumkan kepada Anne , pintu kereta dibuka . Enjin kereta dihidupkan lalu meneruskan perjalanan untuk ke tapak pembinaan

Panas terik tidak membataskan semangat Rayyan untuk meneliti kerja yang dilakukan di tapak . Dia dah 2 kali pusing tapak pembinaan itu . Selesai saja menyelesaikan hal kerja di tapak pembinaan itu , kereta dipandu masuk ke sebuah restoran mewah . Rayyan keluar dari kereta lalu masuk ke dalam restoran itu . Jam dipandang sekilas jam 7.20 ' nampaknya aku dah pecahkan record bersih aku . Ni semua pasal kesesakan jalan tadi . Haih ' langkah dilajukan sambil memerhatikan di mana Mr. Gracia berada . Seorang lelaki separuh abad melambaikan tangannya ke arah Rayyan . Butang kot dibetulkan .

" I'm sorry sebab lambat . Tadi pergi tengok tapak pembinaan baru ada masalah . Tu yang lambat sikit . Saya minta maaf " kata Rayyan seraya menunduk tanda maaf . Lelaki itu hanya ketawa

" It's okay . Your father already tell me about your meeting today "

" saya minta maaf sekali lagi , Mr. Gracia " ujar Rayyan tulus

" tak perlu panggil nama . Panggil uncle je lagipun uncle dengan dad kamu memang rapat " terang Mr. Gracia . Rayyan kembali tenang

" okay Mr.. Ops I mean , uncle . Shall we started our discusses ? " tanya Rayyan kepada Mr. Gracia

" taknak makan dulu ? Baik kita makan dulu baru kita bincang . Uncle dah lapar ni . Hahaha " ujar Mr. Gracia . Rayyan hanya mengangguk . Beberapa pingan makanan yang dipesan tiba . Mereka makan sebelum memulakan pembincangan .

Tak jauh dari meja Rayyan dan Mr. Gracia . Seorang gadis muda memakai dress biru laut dengan rambut yang disanggul rapi sedang berbincang mengenai hal kerjanya dengan 2 orang ahli koperat berjaya yang dijaga oleh 2 orang bodyguard yang berdiri di kiri dan kanan 2 lelaki koperat itu .

Setelah hampir 2 jam berbincang mengenai hal kerja , gadis itu meminta diri untuk ke washroom . Seorang dari ahli koperat itu telah meletakkan serbuk putih dalam cawan gadis muda itu lalu mengacaunya hingga larut .

Sweet RevengeWhere stories live. Discover now