Jones pov
Aku hanya memerhatikan gerak langkah Eve kelihatan suram sejak diterjah private question oleh Sebastian tadi . Awalnya langkah kami menuju ke bilik tapi melencong ke library pulak .
" kau boleh pergi sekarang " arah Eve tiba-tiba . Aku terkejut .
" its okay , Miss Alexanders . Saya kena bersama dengan cik tak kira apa yang berlaku " jawab aku cuba tersenyum
" get lost . Now ! " arah Eve sambil menuding jari ke arah pintu Library . Aku terdiam lalu menurut arahan yang diberi dan meninggalkan gadis itu bersendirian
' apa boleh aku buat ? Dia nampak sedih . Aku dapat lihat diwajahnya penuh kekecewaan . Apa boleh aku buat ? ' soal hati aku
Tiba-tiba telefon bimbit aku berbunyi . Aku mengangkat .
" hello ? "
" .... "
" kau diam boleh tak ! Tak payah nak desak aku . Aku tahu apa aku patut buat . Kau tak tahu apa-apa . Jadi senyap ! "
" ... "
" okay . Aku cuba dapatkan lebih perhatian dan kepercayaan dia untuk settle kan misi ni . Kau bagi aku lebih masa . Aku akan selesaikan dia . Kau jangan risau . Aku takkan mungkir janji aku "
" ... "
" okay . Papehal aku roger kau "
Telefon bimbit dimatikan . Sekian lama , aku memandang ke arah bilik Library itu . Misi yang telah lama aku rancang sehingga lupa untuk dijalankan . Aku lupa siapa aku bila dengan budak ni . Senyuman dia buat aku leka . Aku patut sedar . Aku tak sama taraf dengan dia . Aku patut lakukan misi ni sementara masa masih ada . Kalau tidak , penyamaran aku akan terbongkar dan gagal . Aku tak suka gagal ! Aku benci ! Mungkin aku boleh gunakan keluarga Jonesville ni . Aku tersenyum sinis penuh kekejaman . Aku akan membunuh dia . Dia lah target aku . Aku takkan gagal !
****
Eve pov
Sejak kejadian makan tengahari kelmarin aku dah tak berjumpa dengan Rayyan . Adakala berjumpa juga di ruang makan tapi bersama semua ahli keluarganya . Keluarganya yang dulu memandang rendah terhadap aku kini sudah meminta maaf dan berbaik . Tiada lagi salah faham dan persengketaan yang berlaku antara aku dan keluarga Jonesville . Urus niaga kami juga berjalan lancar . Tapi entah kenapa aku dapat rasakan sesuatu yang buruk akan berlaku . Sesuatu yang sangat buruk . Aku bangun dari katil lalu menuju ke arah balkoni . Angin malam menyapa badan aku . Sejuk . Aku perlukan udara malam untuk berfikir . Perlukan idea
" aku rindu kau , Al . Rindu kau sangat ! "
" kau bodoh takde otak . Tak guna . Alphonse bodoh . Shit ! " jerit aku . Geram bila memikirkan hal lelaki yang seorang ni . Boleh pecah kepala aku . Pintu bilik aku diketuk perlahan , Jones menjengguk ke arah aku . Aku tersenyum .
" yes Jones . Kenapa nampak kepala je ni ? Shark makan badan kau ke ? " tanya aku . Jones ketawa lalu masuk ke bilik aku membawa sedikit kudapan malam . Aku tahu dia dengar aku jerit tadi .
" ni untuk apa ? " tanya aku
" takde apa . Ni memang untuk miss . Mana tahu Miss lapar ke . Tu sebabnya saya bawakkan makanan ni " Jawab Jones selamba
" yeke ni ? Hahaha thanks . You're the best , Jones " puji aku . Jones terdiam . Entah kenapa aku rasa wajahnya sedikit murung kebelakangan ni .
" Jones ? Kenapa macam sedih je ? Ada pape tak kena ke ? Ada orang buli awak ke ? " tanya aku prihatin
" Tak.. Takde pape lah Miss . Saya okay . Saya keluar dulu ye . Miss makan lah " jawab Jones berdalih sebelum beredar .
Aku hanya memerhatikan langkah Jones menghilang apabila pintu bilik aku ditutup . Sandwich dan hot chocolate yang terletak elok di atas meja aku capai . Satu potong sandwich aku makan dan hot chocolate aku minum tak lama selepas itu . Aku berasa pening . Cawan berisi hot chocolate jatuh lalu tumpah . Aku tumbang . Tak bermaya . Aku pelik ' kenapa badan aku tak boleh bergerak ? Kenapa ? ' . Aku mula cemas . Badan aku menjadi kaku . Aku cuba menggerakan badan aku sedikit demi sedikit tapi semakin aku cuba bergerak . Darah mengalir keluar dari mulut dan hidung aku . Aku terseksa . Aku kembali kaku . Dapat aku lihat seseorang membuka pintu bilik aku perlahan-lahan . Aku ingin menjerit untuk bantuan tapi suara aku tak keluar . Aku cuba lagi tapi tak berjaya . Sekali lagi aku ingin cuba , susuk badan seseorang yang membuka pintu tadi memandang aku sambil tersenyum sinis sambil memegang pisau belati . Aku terpaku . Dia ! Adakah dia hendak membunuh aku ? !
****
Suasana hening dsn sepi . Semua ahli rumah sedang tidur . Tetapi tidak bagi Eve , dia kesakitan menahan ajal yang bakal dihadapi . Darah mengalir keluar dari badan kecil itu seperti air yang membuak-buak . Susuk tubuh lelaki yang dulunya disangka baik penuh dengan kelembutan dan budi bahasa kini hanya memandang ke arahnya dengan wajah bengis .
' Jones '
Pisau belati di tangan kirinya lambung-lambung . Pintu bilik Eve ditutup lalu dikunci dengan rapat . Langkahnya diatur ke arah Eve lalu duduk mencangkung di depan gadis itu . Wajah gadis kesakitan menahan racun yang ada dalam minuman dan makanan dimakan tadi . Silap dirinya juga apabila melonggarkan pertahanan dan mudah percaya pada lelaki yang disangka baik tetapi rupanya talam dua muka .
" kenapa pandang saya macam tu , miss ? " soal Jones bersahaja . Eve mengetap bibir menahan kesakitan dan kemarahan dalam diri . Badannya mengigil . Jones ketawa terbahak-bahak . Oleh kerana bilik Eve ini kalis bunyi , tak kira apa yang berlaku dalam bilik itu takkan didengari dari luar .
" kenapa nampak macam marah ? "
Senyap
" Saya ada buat salah ke ? "
Senyap
" sedap tak makanan tadi tu ? Saya letak sedikit ramuan special buatan saya sendiri " kata Jones lagi . Kelihatan bangga apabila umpannya mengena sekarang cuma tinggal beberapa jam saja sebelum ajal datang menjemput gadis itu pergi .
"kkke... Kenapa ? " tanya Eve dengan susah-payah
" kenapa ? Miss nak tahu ? Hahaha . Sebenarnya saya ni datang tempat Miss dengan satu misi iaitu ' killing the queen ' . Lama jugalah saya menyamar untuk mendapat kepercayaan Miss . Akhirnya , saya da berjaya membunuh permaisuri villa ini dengan kebolehan ciptaan saya " cerita Jones sambil duduk di depan Eve . Eve terkesima . Rupanya orang ini ingin membunuh dirinya . Tak sangka lelaki itu sekejam ini . Sungguh Eve kecewa .
" mmmee....reka aa...kan da...tang cccarri... Kau . Kkau... aa..kan mmaa..ti " ucap Eve sinis . Pandangannya mencerlung tajam ke arah Jones .
Eve menguatkan diri untuk cuba duduk . Jones yang terkejut dengan ucapan dan tindakan drastik Eve cemas apabila dia tidak sengaja menikam belakang badan Eve menngunakan pisau belatinya . Eve menjerit kesakitan . Sebaik sahaja Eve kembali meniarap . Jones yang ketakukan berlari tergesa-gesa meninggalkan Eve
Pandangan Eve kejap terang kejap kabur . Bertapa kuatnya racun dalam badannya itu bersama tikaman dibelakang badannya membuatkan dirinya betul-betul tidak bermaya . Dia hanya memandang ke arah pintu bilik dan berharap akan ada orang yang datang untuk membantunya . Dalam keadaan seperti ini , hanya seorang saja yang terlintas di fikirannya .
' Alphonse '
' Alphonse '
' Alphonse '
Pandangannya kabur . Dia hanya dapat melihat susuk tubuh seseorang yang menjerit namanya .
' aku akan mati ke ? Tolong aku . Al ! '
Gelap ! Pandangan Eve gelap tak bergerak . Kaku .
ANDA SEDANG MEMBACA
Sweet Revenge
RomansaSeorang gadis jutawan bernama Eve Alexander yang hidup dengan ceria dan sempurna bertukar apabila kedua ibu bapanya telah dibunuh pada 13 tahun dahulu . Ditambah pula dengan kejadian yang menimpa gadis itu dan rakannya , Alphonse ketika mereka berum...
