Sebastian pov
Langkah aku ambil menuju ke satu bilik di tingkat 2 . Tombol pintu aku pulas lalu masuk perlahan-lahan . Tombol pintu ditutup kembali . Kelihatan susuk tubuh yang sedang berbaring mengiring membelakangi aku . Aku terus berjalan ke arah katil itu tapi tiba-tiba saja , susuk tubuh tadinya aku pasti tengah tidur , sedang mengacukan pistolnya pada aku . Langkah aku mati .
" take it easy man " ujar aku . Kedua tangan aku angkat separa bahu .
Pistol yang diacukan pada aku diturunkan . Aku hanya memandang kejap susuk tubuh yang sedang berbalut di hadapan aku ni .
" kau dah okay ke ? Kau kena banyak berehat . Kalau tak , kau akan rasa lagi sakit dari sekarang ni , Al " ujar aku sambil memeluk tubuh .
Lelaki itu hanya tersenyum . Dia mula berdiri . Dia sengaja membuat beberapa rengangan untuk memastikan badannya dalam keadaan baik . Kesan tembakan pada belakangnya semakin membaik cuma dia mungkin masih boleh rasa sakit dari kesan tembakan itu
" Need time to recover " kata aku .
" tak ada masa untuk berehat . Anyway Sebastian , aku ada soalan untuk kau . Kau kena jawab " ujar Alphonse keras . Aku hanya mengangguk perlahan
" macam mana kau boleh jumpa mama dan papa Eve . Bukan ke dia orang ni dah mati masa kemalangan dulu tu . Now kau cakap dia orang still hidup . Apa semua ni ? " tanya Alphonse
Aku dah agak dia akan tanya aku soalan ni . Haih nak berterus terang ke haa . Susah la macam ni
" okay . Kalau aku cerita . Aku harap kau boleh tunaikan permintaan aku pulak ? Amacam ? " soalan dibalas soalan oleh aku . Alphonse termenung sejenak sebelum mengangguk . "
" okay . Macam ni ceritanya ... "
*****
Eve pov
Aku tersedar dari tidur apabila terasa bahang . Perlahan-lahan aku membuka mata tapi kembali menutup cepat . Silau cahaya matahari menusuk mata aku . Pedih . Sekali lagi aku membuka mata lalu memandang ke arah tingkap bilik aku . Langsir berwarna merah hati itu telah diselak dan diikat kemas oleh seseorang . Aku mengeluh
' ni mesti kerja Jones '
Aku terus menarik bantal dan menekup muka aku kuat . Beberapa saat kemudian . Aku terus membaling bantal itu ke tingkap tadi .
' stress nya . Aku bosan la '
Aku terus bangun dari berbaring lalu berjalan menuju ke tingkap bilik . Tangan aku laju saja menutup langsir tadi . Bilik aku kembali gelap . Saat aku berjalan menuju ke arah katil . Mata aku terhenti lalu memerhatikan pokok maple yang sentiasa menjadi santapan mata aku bila waktu pagi . Rasanya dah lama aku tak pergi tengok pokok itu . Niat nak sambung tidur . Aku abaikan . Langkah diatur menuju ke beranda . Pintu beranda aku buka perlahan-lahan .
" hi " sapa aku pada pokok itu .
" sihat ke "
" rindu aku tak . Lama tak tengok kau . Sorry tau "
Beberapa lama kemudian aku ketawa . Aku dah gila kut sebab bercakap dengan pokok . Penghadang beranda aku panjat lalu terus melompat ke arah pokok itu . Tiba-tiba kaki aku tergelicir ketika berpijak pada dahan pokok itu , tindakan pantas aku ambil apabila tangan aku sempat berpaut pada dahan tadi dan bergayut untuk beberapa saat sebelum mendarat dengan selamat .
" fuh ! Nasib baik tak jatuh . Lama betul aku tak workout ni " ujar aku sendirian . Bahu aku picit perlahan-lahan . Tangan aku menyentuh ukiran nama yang ada pada batang pokok itu .
' rindu betul kat kau . Al '
Aku duduk di atas rumput sambil mendongak ke arah daun-daun pokok itu . Aku berbaring
' mana kau dah pergi ? Taknak balik sini langsung ke ? Aku perlukan kau tuk buat semua kerja aku . Kata butler . Tapi takde bila aku perlukan kau . Tak guna betul '
Aku bergolek-golek atas rumput itu dengan bebas beberapa lama tak rasa tenang macam ni . Aku meniarap sambil menongkat dagu . Kelihatan kawasan pokok maple itu penuh dengan daun kering yang gugur . Aku mengeluh sebelum berdiri . Rambut panjang aku sanggul tinggi . Penyapu dicapai lalu menyapu kawasan itu sedikit demi sedikit sehingga bersih .
Kelihatan kereta milikku memasuki perkarangan rumah aku diiringi beberapa lagi kereta .
Beberapa orang keluar daripada kereta itu . Nampak macam tetamu tapi sikap mereka agak kurang ajar apabila salah seorang butler telah dimarahi dengan teruk hanya kerana terjatuhkan beg milik tetamu itu . Aku terus melulu ke arah mereka .
" kenapa ni ? " tanya aku pada butler itu
" sorry miss , tak sengaja jatuhkan beg milik puan ini " jawab butler itu
" nayy its okay , pergi panggil kan Uncle Robert . Saya uruskan hal di sini " arah aku sambil tersenyum . Butler muda itu hanya mengangguk lalu berlari masuk ke dalam rumah . Aku hanya tersenyum memandangnya . Sangat comel .
" err miss ? " panggil seseorang
" yes . Anything .... " kata-kata aku terhenti apabila melihat orang yang memanggil aku tadi
' thats guy . Rayyan '
ANDA SEDANG MEMBACA
Sweet Revenge
RomanceSeorang gadis jutawan bernama Eve Alexander yang hidup dengan ceria dan sempurna bertukar apabila kedua ibu bapanya telah dibunuh pada 13 tahun dahulu . Ditambah pula dengan kejadian yang menimpa gadis itu dan rakannya , Alphonse ketika mereka berum...
